A Day Of My Own Nightmare

4 2 0
                                    

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera buat semua!!

Terima kasih sebab sudi singgah dan baca. Jangan lupa vote, komen dan share!!

Untuk merasai lebih debaran, baca sambil dengar lagu tu ye

-Endforit
#ReadersAreMyInspiration

………※……‥※‥……※………※………※………

Hari ini agak mendung. Matahari juga tidak muncul dari awal pagi sehinggalah ke petang, namun hujan masih belum membasahi bumi.  Hati ini tidak pernah senang sekiranya hari mendung.  Pada pendapat aku mendung menunjukkan sesuatu yang kurang baik, manakala hujan adalah rahmat.

Aku mengambil tempat di hadapan kaunter.  Hari ini pelanggan tidak ramai seperti kebiasaannya.  Keadaan ini telah menambahkan lagi gusar di dada.  Coffee Espresso aku hirup sambil memerhati sepasang suami isteri yang merupakan pelanggan yang ada pada ketika itu.  Aku melihat gelagat mereka yang sedang ketawa seronok bercerita.  Aku melihat di atas kepala mereka tertera umur dan nama mereka.  Si suami 38 tahun, Jhonny Jack Granhum.  Manakala si isteri 40 tahun, Hanna Granhum.  Walaupun begitu, aku dapat melihat betapa hormatnya Hanna kepada suaminya.

Aku tidak tahu bagaimana aku boleh dapat kelebihan ini.  Aku juga hidup sebatang kara dan dibesarkan di rumah anak yatim.  Jadi aku tidak tahu asal-usul aku.  Tiada siapa yang tahu tentang kelebihan yang aku ada ini.  Walaupun aku pernah bercerita tentang kelebihan aku ini kepada penjaga aku, dia hanya mentertawakan aku dan berkata aku terlalu taksub dengan manga kegemaran aku, Death note.

Memang kelakar bila diimbau semula.  Di rumah anak yatim tersebut aku tidak mempunyai kawan kerana mereka menganggap aku ini mempunyai kuasa jahat.  Di rumah tersebut cerita Death Note agak popular disebabkan salah seorang daripada kami yang bakal keluar dari rumah tersebut menghadiahi aku sebuah manga yang berjudul Death Note.  Aku dengan bangganya menerima buku tersebut.  Dia berkata kepada aku, buku itu sesuai dengan aku kerana aku merupakan watak utama dalam manga tersebut. 

Dari situ aku menggelarkan mata aku sebagai 'Shinigami Eyes" di mana mereka yang memperolehi mata tersebut boleh mengetahui identiti seseorang dan berapa banyak jangka hayat seseorang.  Namun aku hanya mampu melihat nama dan umur mereka, aku juga tidak mempunyai death note untuk membunuh. 

Ketika aku sedang seronok menikmati secawan coffee dan termenung kosong, aku terkejut dengan bilangan nombor di atas kepala seseorang yang sedang melintasi jalan.  Dia mempunyai empat bilangan nombor, 1256 tahun?! Cawan coffee yang aku pegang terjatuh ke lantai dan pecah, pasangan suami isteri tadi menoleh ke arah aku.  Aku segera meminta maaf dan mengutip semula cawan yang pecah itu.  Aku terkejut dan tertanya-tanya, mata aku tidak pernah salah selama ini.  Aku mengangkat kepala aku untuk melihat siapa yang sudah mencecah 1000 tahun itu.  Namun sebaik sahaja aku mengangkat kepala dia sudah tiada.  Aku cuba berfikiran positif, mungkin aku terlalu penat.

                         *     *     *

Hampir sebulan, aku masih tertanya-tanya siapa dia? Siapa yang mampu hidup selama itu, apa yang lebih menambahkan kerunsingan aku, aku tidak dapat melihat nama dia.  Malah aku juga tidak tahu samada dia lelaki atau perempuan.  Mustahil. 

Sedang aku membaca novel di ruang tamu, pintu rumahku diketuk. Aku meluru untuk mendapatkan tetamu tersebut.  Hairan, boleh dikatakan aku tidak pernah didatangi sesiapa.  Aku mengambil kunci yang tergantung di dinding, aku membuka selak dan membuka kunci di tombol pintu.

"Jaenee..."

suara lelaki itu sangat dalam.  Aku memandang ke atas untuk melihat wajahnya, anak matanya begitu gelap.  Lingkaran hitam disekeliling mata menampakkan lagi kelesuannya.  Wajahnya lonjong dan cengkung, bibirnya kebiruan.  Hidungnya sangat mancung dan bengkok seperti ahli sihir.  Kulitnya begitu pucat.  Dia berkubung  di dalam jubah hitam yang lusuh.  Baunya juga begitu tengit yang aku tidak tahu dari mana datangnya bau itu, samada dari lelaki itu atau jubahnya yang lusuh. Dalam ingatanku hanya teringatkan Voldemort dan Orochimaru. Kedua-dua makhluk ini mempunyai sikap yang seakan-akan sama dan mereka mempunyai peneman haiwan yang sama iaitu ular. Mereka juga terkenal dengan mempunyai mata yang berwarna kuning seperti ular. Apa yang membezakan kedua makhluk ini adalah voldermort tidak mempunyai hidung dan rambut manakala orochimaru mempunyai hidung dan rambut yang panjang.

Aku melihat anak matanya.  Aku menjadi gerun seakan-akan aku lemas ke dalam matanya kerana terlalu gelap.

"Jaenee..." Sekali lagi aku tersentak dengan kedalaman suaranya.  Dia menyebut nama aku untuk kali kedua.

"S-siapa?" Aku tidak percaya betapa bergetarnya suara aku.  Kaki dan tangan aku menjadi sejuk kerana takut.  Sekali lagi dunia Harry Potter mempengaruhi aku 'adakah ini dementor?' soalku.

Lelaki itu masih tidak bergerak.  Tetapi kini dia tersenyum lebar menampakkan gusinya yang kehitaman dan tidak mempunyai sebatang gigi.  Mahu termuntah aku dengan bau yang keluar dari mulutnya.  Aku baru teringat, aku tidak dapat melihat nama lelaki ini. Sekali lagi aku melihat ke atas, 1256. Jantung aku seperti terputus dari organ lain. Seakan-akan dia terjatuh ke dalam perut, perut pula memulas-mulas. Situasi ini membuatkan aku menjadi lebih takut. 

Bukan manusia ke? Malaikat maut?  Aku terjatuh melutut kerana terlalu takut bercampur bau-bau yang sungguh meloyakan.

Bahu aku terasa sejuk, begitu sejuk.  Aku kini tidak rasa lagi lantai rumahku, kaki aku terhayun-hayun ke hadapan dan kebelakang.  Aku tidak tahu kemana dia ingin bawa aku pergi.  Mungkin ini penamat hidup aku.  Air mata membasahi muka kerana terlalu takut.  Aku belum bersedia lagi.

                            *     *     *

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                            *     *     *

Aku tersedar dari tidur ku.  Tidak aku pasti tidur atau apa, yang pasti mimpi itu sungguh menakutkan.  Aku bangun dan melihat jam di dinding.  3.00, pagi atau petang? Aku bangun menghampiri tingkap untuk melihat samada pagi atau petang. Gelap.  Aku kembali menuju ke katil untuk menyambung tidurku. Alangkah bahagianya. 

- - - - - - - - - - - - TAMAT - - - - - - - - - - - -

Do vote, comment and share please 😘😘😘

A Day Of My Own NightmareWhere stories live. Discover now