#MARRIAGE
BAB 10LILLY POV
Abang hael menghampiri saya, dia menarik kerusi di hadapan saya dan terus duduk. Entah kenapa tiba-tiba hari nie dia mengajak saya untuk berjumpa. Bukankah hari ini dia sepatutnya pulang ke kampung bersama ernie memandangkan esok keluarga syamel mahu meminang ernie dan berbincang tentang perkahwinan mereka berdua.
“bukan sepatutnya hari nie abang balik kampung dengan ernie?”soal saya.
“ya, tapi ernie whatsapp abang tadi, dia suruh abang pulang sendiri sebab syamel akan pulang dengan dia hari nie”abang hael
“ok, lepas tu tujuan abang ajak jumpa kenapa? Mesti ada apa-apa nie kan?”
“ya. Abang nak tanya kamu sesuatu dan abang mahu kamu jujur dengan abang”abang hael bernada serious.
“ok, tanyalah”
“kamu berdua ada sembunyikan apa-apakah dari abang?”abang hael
“sembunyikan apa? Takdalah”
“habis tu kenapa ernie tiba-tiba nak kahwin dalam masa terdekat nie dan lagi pelik ernie tak nak majlis sanding. Dia Cuma nak majlis nikah saja itu pun secara kecil-kecilan”soal abang hael.Saya menelan air liur yang terasa berat untuk di telan. Saya menyedut sedikit milo ais di hadapan saya. Soalan abang hael betul-betul buat saya gementar. Entah perlu atau tidak saya beritahu dia, saya takut ernie akan marahkan saya.
“lilly....”panggil abang hael dengan wajah garang.
Mahu tidak mahu terpaksa juga saya ceritakan perkara sebenar pada abang hael. Saya tahu saya sudah berjanji dengan ernie agar tidak memberitahu abang hael, namun abang hael patut tahu perkara sebenar. Apa lagi abang hael adalah wali kepada ernie memandangkan bapa mereka sudah tiada.
“kenapa kamu rahsiakan perkara penting nie dari abang?!”bentak hael setelah habis saya bercerita.
Orang-orang yang ada di dalam cafe memandang ke arah kami. Saya hanya senyum dan memberi isyarat maaf kerana menganggu mereka kemudian memandang abang hael semula.
“saya minta maaf, tapi ernie yang pesan supaya tak beritahu abang”
“lilly tahu tak perkara nie penting untuk abang tahu? Ernie tu adik abang, abang yang bertanggungjawap pada dia. Tapi kenapa kamu sanggup belakangkan abang?”marah abang hael dengan suara yang sedikit perlahan.
“saya minta maaf, saya Cuma tak nak ernie marahkan saya. Saya taknak menambah masalahnya”
“abang kecewa dengan kamu, selama nie abang harapkan kamu untuk sampaikan apa-apa berita tentang ernie. Tapi hal sebesar ini kamu boleh sorok dari abang”abang hael.Saya diam seketika dan menunduk memandang bawah. Inilah pertama kalinya abang hael memarahi saya. Saya tahu saya salah tapi saya buat atas permintaan ernie.
“saya minta maaf, saya tahu saya salah. Saya tak sengaja”balas saya dengan suara perlahan.
“sekarang nie kamu tahukan yang ernie akan kahwin dengan jantan tak guna tu?”abang hael.
“ya saya tahu”
“macam mana dia boleh setujuh untuk berkahwin dengan ernie?”abang hael
“ernie yang pergi jumpa syamel, mula-mula syamel taknak tapi lepas ernie berjumpa dengan orang tua syamel barulah syamel setujuh untuk kahwin dengan ernie dengan syarat diorang sekeluarga tak nak majlis besar diorang Cuma nak majlis nikah”jawap saya tidak mahu lagi berahsia.
“apa?! Anak diorang yang buat ernie macam tu lepas tu diorang pandai-pandai nak letak syarat!”abang hael.
“abang perlahanlah sikit suara tu, orang pandang”
“sepatutnya ernie yang beri syarat bukan diorang”abang hael
“ya, saya tahu. Saya pun mula-mula tak setujuh juga tapi ernie dah setujuh dengan syarat diorang. Saya nak buat macam mana lagi”
“ishh! Diorang nie memang dah melampau!”abang hael.Abang hael berdiri dan keluarkan sekeping duit kertas rm10, di letakkan di atas meja kemudian dia terus melangkah laju tinggalkan saya. Saya turut berdiri dan mengejar abang hael.
YOU ARE READING
MARRIAGE
RomancePENULIS : NINAA NINA PAGE : NINAA TYPEWRITER Bermula sebagai PA kepada syamel selaku COO syarikat NN holding, ernie sudah pun menyimpan perasaan kepada syamel sejak pertama kali mereka bersua muka. Berbeza dengan syamel yang membenci Ernie dan...