Pintu bilik ku terbuka kasar secara tiba - tiba. Aku yang sedang disolek ringkas , menoleh . Nak tengok siapa yang tak ada adab sangat ni . Seketika , dia tercengang . Dah kenapa si minah ni buat perangai tak berapa nak betul di hari bahagia aku ni ?
Tajam Aira memandangku dengan bercekak pinggang. Aku ada buat salah besar ke ?
"Ok , dah siap . Jangan buat drama air mata pula ya takut effect kat make up nanti . Kejap lagi nak bergerak ke hotel dah ," ujar Kak Lina , jurusolek yang diupah mummy . Setelah dia selesai menyimpan barang make up yang diguna , Kak Lina mula beransur keluar tinggalkan aku dengan Aira .
"Kenapa ? ," soalku . Aira tidak lepas - lepas memandang tajam aku dengan mata bulat dia.
"Sampai hati kau kan ? ," suara Aira mengundur . Macam nak nangis je .
"Kenapa pulak ni ? Cuba cakap dekat aku ," aku menarik tangannya untuk sama - sama duduk dihujung katil bilik aku .
"Kau tak cakap pun , yang perempuan selama ini Asyraf tangkap cintun ialah kau ,"
"Laa , aku ingatkan apa tadi . Sorry , bagi aku pun semuani cepat sangat berlalu . Lagipun , masa aku bertunang dulu. Kau juga tak datang sebab pergi oversea kan ? Lepastu kita jumpa pun jarang - jarang sebab memasing busy . " terangku . Aira mengangguk , mengiyakan .
"Tapi –– kau tak pernah cerita pun lelaki yang kau angau anak si Tengku , majikan aku . " kesal Aira . Tak sangka sekarang Safiya dah jadi menantu Tengku Ahmad .
"Like I said before . Jumpa jarang - jarang kalau sebolehnya aku tak suka cakap pasal benda lain selain pasal kita. Kau tahukan aku dari dulu macam ni kan dengan kau ? ," soal Safiya pula .
"Yelah - yelah . Tapi kenapa aku yang tunang dulu , kau yang pulak yang nak pelamin dulu ?," soal Aira tidak puas hati .
Safiya tersengih .
"Sebolehnya kau tanya sendiri dekat anak majikan kau , kenapa dia nak cepatkan sangat majlis kami , " Safiya tergelak halus . Anak majikan kau tu miang ! Sambungnya .
"Kau tak tahu eh ? Si Qayyum ni pun satu , kawan baik dia kahwin dengan kawan baik aku pun dia tak inform . Kurang asam betul ," omel Aira . Tangan Safiya digapai .
"Apepun aku doakan rumahtangga kau kekal sampai bila - bila . Aku berani yakin yang kau takkan menyesal sebab pilih Asy jadi laki kau , dia baik sangat . Terus berubah lepas jumpa cinta monyet dia ," Aira ketawa .
"Bukan cinta monyet okey , cinta sejati . Lainlah kau ––– ,"
"Aku cinta sejati jugak ," laju Aira memotong . Risau betul aku cakap cinta monyet dekat dia.
Kami sama - sama ketawa selepas itu . Lepasni tak rasa yang boleh lepak macam sebelum ni . Kalau boleh pun , kena tunggu encik suami free .
Ketukan dari luar mematikan ketawa kami. "Fiya kereta dah sampai , Asy tunggu dekat dalam kereta . Cepat turun risau jem nanti lambat sampai hotel ," mak bersuara disebalik pintu .
"Ya , ya . Fiya turun sekarang ," Aira membantu aku bangun . Gaun ni boleh tahan besar tapi simple itu yang aku berkenan . Bunga - bunga dia berjaya menarik hati aku yang comel ni.
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
Chick-LitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...