Bab 16

163 12 9
                                    

Eja selitkan kad nama Reza yang dikeluarkan daripada diarinya ke dalam novel 1,2,3... Bintang di Langit. Dia tahu, hanya novel itu saja yang Bid tak akan sentuh. Kalau diletak di dalam mana-mana novel atau buku lain, peratus nak terkantoi dengan Bid itu tinggi.

"Maaf cik. Bos dah keluar." Kata gadis muda yang duduk di kaunter sekembalinya dari pantri.

"Aaa... dia akan masuk ofis semula tak?" Eja ingin tahu. Kalau Reza keluar sekejap saja dia tak kesah untuk menunggu. Lagipun, Bid masih lagi di Kedai JS.

"Hari ni kitaorang half day. Rasanya bos dah tak masuk ke ofis sebab pergi ambil wife dia."

Jeda seketika. Eja cuba mencerna apa yang diberitahu gadis muda di kaunter itu.

Reza-ambil wife dia? Eja betul-betul tergamam. Terkejut dengan apa yang didengarinya. Rasa tak percaya, namun tak mustahil juga.

Disebabkan terkejut, dia tak berfikir panjang, terus keluarkan sampul surat yang ingin diberikan kepada Reza itu.

"Boleh berikan pada bos adik?" Eja hulur sampul surat berwarna putih itu, namun ditarik kembali.

Dia keluarkan pen, menulis sesuatu pada belakang sampul tersebut. Kemudian, barulah dia berikan kepada gadis di kaunter itu.

Sebelum meminta diri, dia tak lupa ucapkan terima kasih dan hulurkan senyuman. Sekalipun, dia rasa senyumannya ketika itu mungkin kelihatan pelik.

Keluar saja dari syarikat Cetak Huruf itu, telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada Bid.

"Ya Bid. Aku kat bawah, depan kedai runcit yang dekat dengan JS ni," beritahunya sambil langkah diatur laju menuju kembali ke kedai JS.

"Jom balik."

Terkejut menyapa dia untuk kali kedua. Bid kalau datang JS paling sekejap pun setengah jam. Ini baru 15 minit sampai, dah diajak pulang.

"Awalnya." Dia dah rasa pelik semacam.

"Ofis aku call. Masalah blackout."

"Officemate lain, tak ada?"

"Minggu ni aku oncall. Hat lain-lain ada yang balik kampung, bercuti luar dari daerah."

Sementara mendengar penjelasan panjang Bid, dia dah nampak kawan seruahnya berdiri bersebelahan kereta.

Langkah yang tadi kecil bukaannya, tiba-tiba bertukar rentak. Jalannya menjadi kalut.

Sebaik membuka pintu kereta, dia terdengar nama mereka dilaungkan oleh Kak Nor. Rupa-rupanya, Bid tertinggal barang. Kelam-kabut sangat agaknya Bid sebaik menerima panggilan kecemasan daripada ofis.

"Nanti mailah lagi ya," kata Kak Nor sebaik beg berisi buku-buku dihulurkan kepada Eja.

"InsyaAllah. Jumpa lagi ya Kak Nor," Eja sempat bersalam sebelum masuk ke dalam kereta.

"Bye Kak Nor," lambai Eja sebelum Myvi Bid meluncur pergi laju meninggalkan kedai Jemari Seni.

"Eja! Eja!" Panggilan Bid membuatkan lambaian Kak Nor itu lenyap daripada fikirannya.

"Kat bilik ni," laung Eja dari dalam bilik. Novel yang ditanda dengan kad nama Reza itu disimpannya kembali ke rak buku.

"Awat off telefon?" soal Bid mengatur nafas yang berbunyi cemas. Bid baru pulang dari ofis ketika itu.

"Hah?" Eja meraba mencari telefon bimbitnya. Kemudian, barulah dia teringat yang telefon bimbitnya sedang dicas. Tadi bateri telefon bimbitnya habis terus. Dan, dia tak on pun sewaktu mengecas tadi.

TRIP (tribute version - Jemari Seni Publishing)Where stories live. Discover now