"Aiikk...ini je ke lauk yang awak masak yang?. Ayam masak kicap dengan telur dadar je?." Soal Encik Zakaria ketika Puan Amara meletakkan mangkuk yang berisi lauk ayam masak kicap bersama dengan sepinggan telur dadar diatas meja makan mereka.
Situasi sebegini amat susah bagi Puan Amara yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Setiap masa, setiap detik dia harus memikirkan apalah nasib bagi keluarga ini. Dia amat risau dengan masalah kewangan. Bukanya apa, barang-barang keperluan di rumah juga semakin berkurangan sejak Encik Zakaria diberhentikan kerja.
"Barang-barang keperluan dekat dapur tu semua dah makin menyusut je abang. Ni je yang ada, saya masak ni je lah." Balas Puan Amara
"Kalau dah tau barang tu dah tak ada, kenapa tak bagitahu abang..boleh la kita pergi belanja."
"Abang, kita mana ada duit sangat abang nak belanja barang dapur." Kata Puan Amara
"Lagipun, kita kena lah juga berjimat sikit. Iyelah mana tahu kalau ada apa-apa kecemasan nanti." Kata Puan Amara lalu duduk di bersebelahan suaminya. Dia mula menyendukkan nasi untuk Encik Zakaria.
"Haihh..." Keluh Encik Zakaria. "Sayang, abang minta maaf sangat-sangat sebab abang, kita tak boleh hidup macam dulu."
"Tak apalah abang, saya tau awak dah usaha sehabis baik untuk cari kerja tapi, mungkin belum ada rezeki lagi."
Mereka berdua akui yang kehidupan mereka sekeluarga tidaklah seperti dahulu. Walaubagaimanapun, mereka percaya yang adanya pelangi disebalik awan yang mendung.
kedengaran bunyi tapak kaki turun dari tingkat atas memecah keheningan. Tidak lain tidak bukan Sabrina lah yang sedang meluru menuruni tangga apabila dia terbau ayam masak kicap di dapur. Sabrina yang kuat makan orangnya sudah pasti akan berlari seperti Usain Bolt mengharungi segala rintangan yang ada demi makanan.
"Haa...anak kesayangan awak tu dah turun la tu gamaknya. Dah dengar dah bunyi tapak kaki dia tu." Kata Puan Amara
Encik Zakaria tergelak kecil, dia tahu beno dengan anak daranya tu, memang pantang betul dalam bab bab makanan ini. Agaknya kalau makanan ada ratunya, memang Sabrina lah calon yang cocok.
"Emmmm...sedapnya bauu ayam masak kicap mama..!!" Jerit kecil Sabrina. Tanpa dipelawa, dia terus meluru duduk di sebelah Puan Amara. "Aihh kamu ni, kalau bab makanan laju je muncul ye, kalau mama suruh tolong mama buat kerja kerja rumah, batang hidung pon tak nampak." Ujar Puan Amara.
Sabrina hanya tersenyum sinis. Betul je cakap mamanya itu, makan laju, bila buat kerja terus hilang dari radar. Tapi apakan daya, dia memang suka makan. Dia telah mencuba pelbagai jenis makanan daripada western, hinggalah sushi, kimchi dan seangkatan dengannya. Tak lupa juga masakan melayu tradisional.
Mereka sekeluarga makan dengan penuh selera walaupun dalam seminggu ni hampir tiga kali mereka makan nasi yang berlaukkan ayam masak kicap. Kedengaran bunyi kipas dan bunyi kunyahan mereka sahaja yang boleh didengari dalam kesunyian tersebut. Walaupun senyapnya mereka dari luaran, tetapi masing-masing sedang berbicara dengan minda dan melayan perasaan masing-masing. Bagaikan sebuah kata-kata yang tidak terucap.
"Emmm mamaa...papa...". Panggil Sabrina dalam nada yang mendayu. Biasanya kalau sabrina panggil orang begitu, mesti ada sesuatu yang dia ingin minta ataupun menyatakan sesuatu. Encik Zakaria dan Puan Amara memandang antara satu sama lain sebelum menyahut panggilan anaknya itu.
"Ye Sabrina, ada apa?" Ucap papanya
"Emm..Mama dengan Papa tau kan lusa hari apa?"
Seperti mana yang mereka sangka, Sabrina pasti akan menanyakan mereka akan perihal itu kerana hari yang dimaksudkannya adalah hari yang istimewa bagi dirinya. Lusa merupakan hari kelahiran Sabrina yang ke-19 tahun. Sedar tidak sedar sudah besar juga anak mereka itu. sudah boleh disunting pon oleh sang kumbang.
" Kalau bolehh kan pa, Sab nak satu hadiah tu, cantik sangatt. Benda tu dah lama dah Sab usha. ". Ujar Sabrina dalam nada yang memujuk.
Encik Zakaria menarik nafas dalam. Dia agak khuatir tentang apakah permintaan anak daranya itu. Adakah dia sebagai bapa, mampu untuk memberikan segala yang diinginkan oleh satu-satunya cahaya mata mereka.
"Sabrina sayang,nak hadiah apa untuk hari lahir nanti?. Benda apa yang cantik sangat tu sampai puteri papa sorang ni teruja sangat?. InsyaaAllah papa boleh belikan."
"Betul ni pa?...BETULLL KEE??!.." Tanya Sabrina Rose.
Encik Zakaria hanya mampu mengangguk tanda setuju. Dia tidak sampai hati mahu mengecewakan perasaan anaknya.
Sabrina dengan pantasnya membuka telefon pintarnya seperti ingin menunjukkan sesuatu kepada ayahnya. Puan Amara hanya mampu melihat karenah mereka.
"Ni haa papa, cantikkan rantai Pandora ni!.."
Encik Zakaria melihat gambar yang dipaparkan Sabrina dengan penuh teliti. Betul juga apa yang diperkatakan oleh anaknya. Rantai yang diingini itu sangatlah cantik.
"Lepastu kann paa..., yang paling bestnyaa, rantai tu boleh bukak, then boleh letak gambarr. nanti Sab boleh la letak gambar mama dengan papa lepastu, rantai tu Sab akan pakai je 24 jam tak buka."
"Sabrinaa, sayang tau kan yang papa dah tak kerja sekarang, belanja untuk kita makan hari-hari pon cukup-cukup je. Mana papa nak cari duit untuk belikan Sab rantai tu?" Kata Puan Amara dengan berhemah supaya tidak mengguris perasaan anaknya.
Bermula dari situlah air muka anak mereka kian berubah. Sabrina terus duduk di tempatnya dengan elok dan menyambung kembali makan juadahnya. Puan Amara dan Encik Zakaria saling berpandangan. Mereka tahu yang ungkapan tersebut telah mengecewakan perasaan anaknya itu.
Encik Zakaria faham akan naluri dan keinginan anak gadisnya yang makin meningkat dewasa. " Sabrina sayang..., InsyaaAllah nanti papa belikan ye." Ucap ayahnya.
"Betull ni paa?!!"
"Sayangggg papa.!!"
***********************************************
Encik Zakaria menghampiri isterinya yang sedang membasuh pinggan di dapur. " Nak abang tolong apa-apa ke?" Sapa Encik Zakaria.
"Ehh abang, ingatkan abang tengok tv dekat depan tadi." Kata Puan Amara
"Memang abang dah pergi depan tadi, tapi abang kesian pula tengok isteri abang sorang-sorang basuh pinggan kat dapur ni." Kata Encik Zakaria sambil mencuit hidung isterinya. Dia terus mengambil kain lap dapur yang bersih dan mula mengelap pinggan basah yang baru sahaja dibasuh oleh isterinya.
Sedang asyik membersihkan perkakas dapur, Puan Amara memecahkan keheningan. " Mana abang nak dapat duit untuk belikan rantai Sabrina?". " Kita dah kekurangan duit tau abang, tak payah dilayan sangat kehendak anak awak tu."
"haihhhh, abang pon tak tau. Tapi InsyaaAllah abang kerja part time ke nanti. Ada duit sedikit, boleh la abang belikan rantai anak kita tu. Awak tak perlu lah risau sangat. InsyaaAllah kalau ada rezeki, ada lah tu."
"Haihh, iyalah bang." Kata Puan Amara.
~Bersambungg.....
YOU ARE READING
PENCULIK HATI SAYA!!
Romance"Iya, mungkin aliran perjalanan cinta dan hidupku mungkin agak "Cliche". Orang yang mendengarnya mesti akan kata yang kisah hidupku macam suatu mimpi mahupun cliche seperti drama-drama melayu di kaca televisyen tapi aku hanya mengabaikan sahaja mere...