LM ; 2

5.4K 203 2
                                    

'Siempre encuentra tiempo para las cosas que me alegran'

Hailee Gray dan Helena Gray merempuh masuk ke arah gudang lama yang terletak di dalam hutan . Dua beradik ni memang hebat dalam bidang sebegini , sebab itulah dia menjadi mafia yang paling digeruni .

'Jangan ingat perempuan lemah ' itulah kata - katanya ketika pihak lawan memandang rendah terhadap kumpulannya

Anak - anak buah Encik Edward membuat bulatan mengurung mereka . Dua beradik itu tersenyum sinis , situasi ni yang paling mereka suka . Mereka kenal sangat dengan anak buah Encik Edward semuanya bodoh , lembab dan lemah. Tak reti guna pistol seeloknya .

Dalam beberapa minit sahaja , anak buah Encik Edward tumbang . Helena Gray mengambil pistol anak buah Encik Edward . Kesemuanya dikutip , tidak tinggal satu pun .

Hailee Gray menggelengkan kepala . Sudah masak dengan perangai adiknya .

"Letak balik pistol yang kau ambil . Kita tak pakai barang murah ni ", kata Hailee . Dia meninggalkan Helena di belakang .

Helena mendengus . Murah tak murah tetap pistol . Sekali tembak tumbang habis !

Nak tak nak dia terpaksa mengikut arahan kakaknya .

****

"Bos , aku rasa ada orang lain selain Edward dengan anak buah dia " kata Faris .

"Apa maksud kau ?", soal Bryan. Kening di angkat sebelah .

"Apa yang aku nampak dekat dalam laptop ni , ada banyak kesan darah . Semua anak buah dia terlentang atas lantai . Macam kkena tembak ", terang Faris . Bryan turut memandang ke arah laptop itu .

"Tak apa . Kita masuk je . Ingat apa yang kita plan ", kata Bryan ke anak buahnya . Masing - masing sudah bersedia dengan senjata api.

Mereka terus merempuh gudang lama , dipijaknya mayat anak buah Edward yang berlumuran darah .

****

"Eh kak , ada banyak lagi lah anak buah pakcik tua tu dalam tu ",

"Tak payah nak gelabah . Kita pernah alami situasi ni banyak kali . Jadi kenapa nak risau ",

"Er - akak ?", kata Helena tersekat - sekat . Hailee mengangkat keningnya . Sudah kenapa dengan adiknya ini ?

"Siapa kau ?", soal Suara garau di belakang Hailee . Serta merta badan gadis itu mengeras . Helena yang ingin menjawab pertanyaan kakaknya , tiba tiba sahaja mulut terkunci .

Mata Hailee dan Helena memandang gerak geri anak buah Bryan , yang sedang merempuh bilik utama milik Edward .

"Aku tanya , siapa kau ", soal Bryan dingin . Pistol dihalakan dibelakang badan Hailee .

Tanpa apa - apa amaran , Hailee terus memusingkan badan dengan pantas lalu menumbuk muka lelaki yang tidak dikenali .

Separuh anak buah Bryan , datang ke arah mereka . Apabila kekecohan mula berlaku .

Manakala Edward telah diikat oleh anak buah Bryan

Pengikut Edward semuanya mati diserang anak buah Bryan. Nampak tak betapa kuatnya anak buah Bryan

[SU] LOVELY MAFIAWhere stories live. Discover now