Makna dan Pengertian Ikhtilat
Mengambil makna lainnya, Ikhtilat adalah berkumpulnya beberapa laki-laki dan wanita yang bukan mahramnya di satu tempat, yang memungkinkan terjadinya hubungan diantara mereka apabila melangkaui pandangan mata, isyarat ataupun dengan bercakap-cakap.Saya cuba bawakan secara ringkas mengenai ikhtilat serta pengertian ikhtilat,ciri-cirinya,serta juga huraian awal (ringkasan) untuk permahaman kita dalam topik ikhtilat ini,in sya Allah.
Ikhtilat ini,mengikut pendapat dan kefahaman saya yang sedikit ini,tidaklah terbatas hanya kepada kaum muslimah semata-mata. Namun,ia merangkumi kaum muslimin juga.
Allah s.w.t berfirman:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluannya."
(An Nuur : 30-31)dan satu hadist yang begitu popular sekali iaitu menerangkan mengenai pandangan pertama itu dibolehkan,tetapi tidak untuk kali keduanya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.."
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi.)Kerana,apabila ikuti pandangan pertama kepada pandangan seterusnya,itu sudah lain sedikit.Pandangan pertama itu boleh jadi terlihat,terpandang,ternampak atau terjadi secara tiba-tiba tanpa sempat menundukan pandangan,maka ianya dimaafkan,berbanding dengan pandangan yang seterunsya,sedang kita sudah mengetahui,namun melihat seolah tidak mengetahui kita sudah melihatnya berulang kali,apabila berulang dan kerap melihat,maka timbul perkara-perkara yang di kuatiri sebagai syubhat.wallahualam.
MAKNA Ikhtilat
Dari segi makna ikhtilath secara bahasa adalah bercampurnya sesuatu dengan sesuatu yang lain (Lihat: Lisanul 'Arab 9/161-162).Adapun maknanya secara syar'i iaitu percampurbauran antara laki-laki dan perempuan yang tidak hubungan mahram pada tempat. (Lihat: Al Mufashshal Fî Ahkâmil Mar'ah: 3/421 dan Al Mar'atul Muslimah Baina Ijtihâdil Fuqohâ' wa Mumârasât Al Muslimin hal. 111)
Ikhtilat terbahagi kepada dua bentuk :
a) ikhtilat ghoiru syar'ie (tak ikut syariat Islam)
b) ikhtilat syar'ie (berlandaskan syariat Islam)Ikhtilat ghoiru syar'ie :
Percampuran yang boleh menjatuhkan maruah.
Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah, seperti perhubungan antara lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi.
Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam, seperti bergurau senda antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.
Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat yang perlu melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan.
Tidak ikut adab Islam.
Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.Ikhtilat syar'ie :
Mempunyai hajat, iaitu ada perkara yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.
Menjalankan tuntutan dakwah, yakni amar makruf nahi mungkar.
Menghadiri jemputan, contohnya : kenduri kahwin dan lain-lain.
Menunaikan haji dan umrah.
Bermesyuarat atau pembentangan, yakni yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.Dan, setiap ikhtilat pula mestilah mematuhi syarat berikut :
Tidak bersentuhan
Menjaga aurat
Menjaga adab bercakap
Mengasingkan tempat (pada tempat-tempat tertentu).Terdapat batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang telah digariskan dalam Islam. Batas-batas ini harus diikuti dan dan dipatuhi demi menjaga hubungan itu sendiri daripada hukum harus menjadi haram. Antara batas-batas pergaulan yang mesti dijaga ialah :
1. Elakkan berurusan dengan lelaki selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal-hal yang di luar kemampuan wanita seperti dalam hal baiki kereta, baiki laptop dan sebagainya. Disebabkan keterbatasan kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. Dalam keadaan ini ia diharuskan.
2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunalah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mel atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, dan bukannya bahasa pasar.
Ikhtilat laki-laki dan wanita memiliki tiga keadaan :
Ikhtilath wanita dengan mahramnya dari lelaki, dan ini tidak ada kesamaran tentang bolehnya.
Ikhtilath wanita dengan lelaki asing untuk tujuan kerusakan, dan ini tidak ada kesamaran tentang haramnya.
Ikhtilath wanita dengan lelaki asing di tempat tempat ilmu, toko toko, perpustakaan perpustakaan, rumah sakit rumah sakit, perayaan perayaan, dan semisal itu, maka ini pada hakikatnya terkadang orang yang bertanya menyangka pada awal perkara bahwa itu tidak membawa kepada fitnah masing masing dari dua jenis dengan lainnya.
Dan untuk menyingkap hakikat jenis ini maka kami menjawabnya dari jalan mujmal dan mufashol:
Adapun jawaban mujmal maka sesungguhnya Allah Ta'ala menjadikan lelaki diatas kekuatan dan kecenderungan kepada wanita dan menjadikan wanita diatas kecenderungan kepada lelaki dengan adanya kelemahan dan kelembutan. Maka bila terjadi ikhtilath timbul darinya pengaruh yang membawa kepada terwujudnya tujuan yang buruk karena nafsu itu selalu memerintah dengan yang buruk dan hawa nafsu itu membuat buta dan tuli dan setan memerintah dengan kekejian dan kemunkaran.
Adapun jawaban mufashol maka syariat ini dibangun atas maksud dan sarana. Dan sarana dari suatu maksud yang menghubungkan kepadanya memiliki hukum yang sama dengannya. Maka wanita adalah tempat pemenuhan keinginan lelaki. Dan syariat menutup pintu pintu yang membawa kepada bergantungnya setiap orang dari dua jenis tersebut dengan yang lain. Dan itu nampak jelas dengan apa yang akan kami bawakan untuk anda dari dalil dalil Al Kitab dan As Sunnah.
Dan banyak kebaikan serta hikmat dalam menjaga ikhtilat pengaulan ini sebenarnya andai kita ketahui.
wallahualam😊
Copy in internet
At Ibrah Islam Nukilan.Sharing by Nursyarifah Syed Putra
YOU ARE READING
*RINTIHAN AND LUAHAN HATI *😞💔plus TEGURAN🙂
Acakhanya rintihan dan luahan hati author ?dan teguran Author pun tak reti buat ayat sangat Author buat ikut suka je Kalau ada yang rasa macam tidak berkenan Cakap je key. mana tahu author boleh cuba perbaiki semula ?