Kepergian

67 2 0
                                    

"Tak pernah expect langsung someone yang aku rasa takkan tinggalkan aku , at last tinggalkan aku 😔"

Kau kena ingat , Allah boleh ambil orang yang kau tak pernah jangka yang kau akan kehilangan dia dan Allah juga boleh menggantikan dia dengan orang yang tak pernah kau sangkaan.

Ingat! Allah boleh memberi sesuatu pada bila-bila masa dan dia jugalah yang boleh ambil kembali sesuatu itu pada bila-bila masa sahaja.

Perit...

Hati bagai ditoreh rasanya, emosi celaru membingungkan kepala. Sedih kecewa menyelubungi semesta.

Pejamkan mata... Usap & belai lembut tubuh kau, pujuk hati serupa pujuk budak-budak menangis berebut gula-gula.

Sakitkan? tiada siapa yang merasa melainkan diri sendiri.

Hari demi hari ia berlalu...

Terasa kosong tanpa dia. Mengeluh sepi, merenung objek didepan mata. Tanpa sedar titisan air mata makin laju. "Tuhan! kuatkan aku! Hati! tolong kuat!" teriak sendiri.

walaupun ada ketika sedang bergelak ketawa, wajah dia, suara dia atau kenangan bersama dia pasti akan menghantui. Senyuman yang terukir semakin pudar. Akhirnya aku kalah lagi. Tertunduk teresak. Aku lepaskan sepuasnya sendiri hingga diri tenang.

Terkadang bila rasa rindu itu terlalu kuat, hendak saja aku jerit pada dia "AKU RINDUKAN KITA" Tapi hakikatnya aku cuba menahan diri dari mengingati dia dengan pelbagai cara. Aku taknak dia terbeban dengan perasaan aku jika aku meluahkan isi hati aku. Biar aku sakit sendiri, biar aku simpan sendiri rasa rindu yang pahit itu.

Dia bilang dia mahu aku bahagia sedangkan dialah antara kebahagiaan aku. Dia bilang dia mahu aku gembira sedangkan dialah antara kegembiraan aku. Dia bilang dia takut dia menyakiti aku tanpa sedar sedangkan dia telah sakiti aku dengan cara perpisahan.

Kini... Aku dan dia masih bersama tapi tanpa ikatan tanpa status. Biar masa menentukan. Dia bilang " Kita follow the flow ya?". Aku tahu segala perasaan antara kami tu masih ada dalam dirinya cuma dia sengaja menidakkannya.

Aku akan terus menunggu selagi termampu. Aku akan terus setia menanti walau entah bila masanya. Doakan kami ya....


Diari HatiWhere stories live. Discover now