BAB 13

275 10 0
                                    

#MARRIAGE
BAB 13

SYAMEL POV

   Saya bergegas ke rumah ramona selepas dia menelefon saya tadi. Entah apa yang jadi sampaikan dia menelefon saya dengan keadaan menangis teresak-esak.
   Setibanya saya di rumah ramona, saya terus masuk kedalam dan hampiri ramona yang sedang  duduk di sofa dengan keadaan yang tidak terurus. Apa yang jadi sebenarnya?
   Saya melabuhkan punggung duduk di sebelah ramona kemudian saya membetulkan rambutnya tidak kemas.

“honey. Are you okay?”tanya saya lantas memaut bahunya.
“tak, saya tak ok”ramona
“kenapa nie? Beritahu saya kenapa, ada orang kacau honey kah?”balas saya bernada risau. Ramona lantas memandang saya.
“kita kena kahwin syamel, kita kena kahwin secepat mungkin”ramona.
“ya, kan saya dah janji kita akan kahwin tapi sekarang nie saya masih busy banyak sangat kerja di office, honey tahukan?”pujuk saya cuba menenangkan ramona.
“tak boleh kita kena kahwin cepat, saya pregnant”ramona.

   Saya tercengang memandang dia, lidah saya jadi kelu, otak saya seperti tidak mampu menghadam apa yang baru saja terpacul keluar dari mulut ramona.

“honey berguraukan?”soal saya cuba menidakkan kebenaran.
“u fikir i gilakah nak main-main benda nie? Saya mengandung! Sebab tu i nak kita kahwin cepat, saya taknak orang perasan!”bentak ramona.
“tak, tak mungkin”balas saya masih tidak percaya.

   Saya berdiri dan terus melangkah keluar dari rumah ramona, saya abaikan saja ramona yang tengah memanggil-memanggil saya.
   Saya betul-betul tak dapat terima berita nie, kenapa semua mesti jadi seperti ini. Ya saya memang bencikan ernie, tapi hati dan fikiran saya menolak untuk saya madukan ernie.
   Apa yang perlu saya lakukan? Macam mana saya nak beritahu mummy daddy tentang semua nie? Adakah diorang akan terima? Kenapa semua mesti berakhir begini? Kenapa akhirnya saya akan terperangkap dengan perbuatan saya sendiri? Kenapa?!!

ERNIE POV

   Kertas putih bersaiz A4 yang tercatat keputusan air kencing yang saya lakukan semasa di hospital tadi terus saya tatap dengan senyuman lebar.
   Patutlah sejak beberapa minggu nie saya cepat letih, mual-mual dan muntah. Mahu makan ini dan itu, rupa-rupanya pembawaan si kecil di dalam perut saya.
   Saya merebahkan tubuh di atas sofa, rasa lega seluruh tubuh saya apabila berbaring. Saya mengusap-ngusap perlahan perut saya yang masih kempis. Tidak sabar rasanya menanti perut saya membulat dan habisnya 9bulan.
   Saya memandang jam di dinding seketika, syamel belum pulang lagi. Awal pagi lagi dia sudah keluar entah kemana, sampai petang belum pulang-pulang lagi.
    Sepatutnya hari minggu macam nielah dia meluangkan masa dengan saya. Tapi sebaliknya pula. Saya betul-betul tidak sabar menanti syamel pulang ke rumah, dia mesti gembira kalau tahu saya sekarang tengah mengandungkan anaknya.
   Saya harap berita nie akan jadi titik permulaan untuk syamel berubah dan boleh melayan saya dengan baik.
    Bunyi pintu di buka mematikan lamunan saya, saya memandang ke pintu. Syamel masuk ke dalam rumah, tidak buang masa saya terus menerkam syamel dan bawa dia duduk di sofa.
“apa kau nie?!”syamel
“saya ada berita baik untuk sayang dan saya yakin saya mesti gembira”balas saya begitu teruja.
“beritahu ja lah”syamel.
“teka lah”
“jangan buang tabiat boleh tak?”syamel

    Saya mengukir senyuman selebar yang boleh, kegembiraan saya semakin bertambah bila melihat syamel di sisi saya.
   Saya mengambil kertas keputusan yang saya letakkan di atas meja tadi kemudian saya serahkan pada syamel. Syamel mengeluh seketika sebelum mengambil kertas keputusan tu dari saya.
    Berkerut seribu dahi syamel memandang kertas keputusan itu kemudian di belek-beleknya berulang kali. Entah apa yang  di cari.

“aku tak faham, apa ada dengan kertas nie?”syamel. Saya mengeluh seketika.
“saya mengandung”balas saya gembira dengan senyuman di bibir.

MARRIAGEWhere stories live. Discover now