Tangan yang melingkar pada pinggang Amar ditolak perlahan. Dia berpaling melihat wajah cantik yang sedang lena tidur di sebelahnya. Lama dia merenung wajah itu. Rasa di hatinya bercampur-baur. Ada rasa sayang, ada rasa cinta, ada rasa bersalah dan banyak lagi rasa yang membuatkan dia resah pada ketika itu.
Jam di dinding dikerling, sudah pukul 2 pagi. Dia harus pulang segera. Mesti Suraya pun tengah menunggu kepulangannya di rumah. Apa lagi alasan yang harus diberi hari itu. Takkan alasan jumpa client lagi. Bingung Amar memikirkan alasan yang hendak diberi nanti.
Walaupun Suraya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada dia, tetap ada rasa bimbang di hatinya. Mereka yang waras mesti pandai berfikir, kalau alasan yang sama diberi dan situasi sama yang berulang, pasti akan menimbulkan rasa curiga di hati.
Satu keluhan berat dilepaskan. Berlaku curang kepada Suraya dan mendapat cinta gadis yang sedang lena di sebelahnya itu bukanlah sesuatu yang seronok untuk dilakukan. Dia keliru dengan perasaan sendiri. Suraya dia sayang, gadis itu pun dia sayang.
Gadis itu selalu mendesak meminta mereka bernikah kerana ketelanjuran mereka. Kadang-kadang, Amar tertekan juga. Bagaimana harus dia berterus-terang kepada Suraya tentang hal itu. Boleh ke Suraya memaafkannya? Boleh ke Suraya terima yang dia bakal bermadu?
Hendak melepaskan gadis itu, dia sudah terlanjur sayang. Bukan Amar tidak sayangkan Suraya, tiada apa pun yang kurang pada Suraya. Suraya seorang isteri yang baik, taat dan patuh kepadanya. Rumah tangga dan anak-anak pun dijaga sebaik mungkin oleh Suraya.
Mungkin masa yang membuatkan segalanya berubah, sejak dia menghabiskan banyak masa bekerja dengan gadis itu, hubungan mereka semakin rapat. Sehinggakan, masalah peribadi pun dikongsi bersama kadang-kadang. Maka hadirlah getaran di jiwa. Rasa yang tidak wajar untuk mereka rasa seperti rindu dan sayang turut hadir. Kesudahanya, rasa yang diklasifikasi sebagai CINTA itu membuatkan terjalinnya satu hubungan yang terlarang.
Hendak berpatah balik sudah terlambat, hendak diteruskan pun payah juga. Maka, mereka memilih untuk meneruskan juga hubungan yang terlarang itu. Maklumlah, sudah terlanjur sayang, terlanjur cinta dan terlanjur segalanya.
"You...kenapa bangun ni?" Suara serak basah gadis itu menyapa pendengaran Amar.
"I nak balik...dah lambat sangat ni. Nanti Suraya cari i pula."
"Hmm...temankan la i malam ni... Tak boleh ke? Malam ni je..." Gadis itu bagaikan merayu kepadanya.
Kesian pula dia mendengar rayuan gadis itu. Gadis itu memang pandai memujuk rayunya.
"Please Amar... You tak sayang i ke? Kalau you tak nak bermalam dengan i malam ni, maknanya you tak sayangkan i. Dan...kalau dah you memang tak sayangkan i, buat apa kita teruskan hubungan ni. Baik kita putuskan saja hubungan ni." Wajahnya dipaling dari wajah Amar. Dia memang sengaja hendak menguji Amar untuk melihat sejauh mana sayangnya Amar kepadanya.
"Pilihan macam mana tu sayang... Dah semestinya i pilih untuk stay dengan you malam ni kalau macam tu, tapi i kena balik juga. I takut Suraya curiga nanti. Tolonglah faham sayang..."
"Tolong faham you?? Selama ni i tak cukup faham ke? Selama 5 bulan ni hubungan kita, pernah ke i minta you bermalam dengan i? Tak pernahkan... Malam ni je i minta you bermalam sini temankan i. Susah sangat ke nak buat?!" Muncungnya ditarik. Sakit hatinya apabila Amar selalu melebihkan Suraya.
"Apa alasan i nak bagi kat Suraya esok kalau dia tanya i malam ni i pergi mana, buat apa, dengan siapa... You cakap senanglah, sebab bukan you yang menjawab." Dilepaskan lagi satu keluhan berat.
Tersiksanya dia rasa sekarang. Hendak pilih yang mana? Nak stay dengan gadis itu atau balik rumah. Bingung dia.
"Sebab tu lah i suruh you berterus terang dengan Suraya. Kalau dia betul-betul sayang you, mesti dia tak kisah you nak kawin lagi. Marah sikit dekat you tu biasalah, nanti lama-lama dia okaylah. Bila you nak bagitahu Suraya?"
Termenung Amar mendengar kata-kata gadis itu tadi. Ada betulnya juga. Kalau Suraya benar-benar sayangkan dia, mesti Suraya bagi dia nikah lagi satu. Tapi, ikhlas ke Suraya nanti jikalau dia membenarkan Amar bermadu?
"I tak sedia lagi nak bagitahu Suraya... Bagi i masa."
"Berapa banyak masa lagi you nak? Nak tunggu sampai i termengandung baru you nak berterus-terang dengan Suraya?!"
"You mengandung ke??" Amar cemas.
"Sekarang memang taklah, tapi coming soon?? Tak mustahil i akan mengandung kalau tiap kali kita make love you shoot inside me."
Amar meraup wajahnya, bertambah lagi keresahan dihatinya. Kalau gadis itu mengandung macam mana?
"Im sorry Amar... I tak berniat letak you dalam dilema. I cuma nak you halalkan hubungan kita. Itu je..."
Gadis itu bangkit dari pembaringannya. Dia melilit tubuh tanpa seurat benang itu dengan selimut tebal. Amar yang membelakanginya dipeluk erat.
"I sayang sangat dekat you Amar. I tahu i salah sebab jatuh cinta dengan suami orang. Tapi i tak boleh nak kawal diri i. I sanggup jadi isteri nombor dua kalau Suraya tak kisah. I sanggup bermadu."
Pelukan gadis itu dileraikan, Amar berpaling menatap wajah gadis itu. Matanya berkaca. Beberapa saat kemudian, airmata gadis itu menitis. Amar kaget melihat dia menangis.
"Kenapa you nangis?" Seraya itu, dia menarik tubuh gadis itu kedalam dakapannya. Rambut gadis itu dibelai.
"I takut kehilangan you... Sebab i rasa, you lagi cintakan i dari Suraya. Mungkin, you cuma mempermainkan i." Dia menangis teresak-esak di dalam pelukan Amar.
"I tak main-main dengan you. I serius. Okay...i janji i akan bagitahu Suraya dalam masa terdekat ni ya. Janganlah nangis lagi, i tak suka tengok you nangis macam ni."
"Betul you nak bagitahu Suraya??" Berbunga-bunga hati gadis itu mendengar janji Amar tadi.
"Betul sayang... I janji..." Kucupannya singgah di dahi gadis itu.
"Thanks Amar, tapi malam ni...you temankan i ya.. Please..."
"Okay...i temankan you malam ni." Senyuman manis terukir di bibir gadis itu.
'Akhirnya... Tak lama lagi, kau akan jadi milik aku sepenuhnya. Maaf Suraya, aku terlalu cintakan suami kau. Ya...aku pentingkan diri sendiri. Maknanya, hanya aku yang akan memiliki Amar. Kau aku akan singkirkan!'
Malam itu, mereka hanyut lagi dalam hubungan yang terlarang itu buat kesekian kalinya. Benarlah...ketika lelaki dan perempuan duduk berdua, ada yang ketiga berada di tengah-tengah. Yang ketiga itulah menyeru dan memujuk manusia supaya membuat dosa.
Semuanya kerana bisikan syaitan yang tidak putus-putus menggoda iman lelaki yang senipis kulit bawang. Setelah nafsu menguasai, tiada apalagi yang dikesali kerana masing-masing telah hanyut dengan dunia sendiri.
YOU ARE READING
Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅
RomanceBlurb➡Cinta bersulam benci *Story pertama yang terlalu banyak kekurangannya. Akan diedit semula. Jodoh itu ditangan Tuhan. Walaupun mereka nampak bahagia, namun ada sesuatu yang tidak kena dalam rumahtangganya. Akhirnya, rumahtangga yang dibina ham...