🕊Bella🕊
Tiga hari tidak bertegur sapa sesama sendiri.Aku sengaja melancarkan mogok rajuk.Berharap Daniel akan mengalah dan memujukku.Tapi seperti biasa,rajukku tidak membawa sebarang kesan.Daniel tidak kisah dan tidak peduli sama sekali tentang rajukku.
Handphone yang aku beli tiga hari lalu masih ada didalam almari solekku.Aku masih belum beri pada Daniel.Aku mahu berinya ketika kami sudah berbaik nanti.
Ketika sedang melayan perasaan,tiba-tiba aku teringat pada Jeremy. Dia tidak pernah membiarkan aku merajuk.Dia tidak pernah juga meninggikan suaranya padaku.Dan dia tidak pernah lupa akan tarikh-tarikh penting dalam hubungan kami berdua.
Tanpa sedar airmataku mengalir! aku biarkan airmata itu terus mengalir,setidaknya cara itu sedikit menenangkan diriku.Aku mengenangkan detik-detik indah ketika bersama Jeremy.Aku tahu! aku salah kerana mengenangkan semua itu.Tapi hanya itu saja yang mampu mengubati rasa sunyi yang terbeban di hatiku. Teresak-esak aku menahan sendu.
"Oh Tuhan apa yang aku buat ni? tidak! jangan fikir lagi tentang lelaki itu Bella.Stop!" Aku mengutuk diri,aku tidak patut memikirkan semua itu lagi.
Aku melepaskan keluhan panjang.Aku lihat jam dinding menunjukkan angka 9.00 malam tapi Daniel masih belum pulang. Setahu aku masa kerjanya 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.Mungkin Daniel ambil overtime,tekaku.
Aku membaringkan tubuh di sofa panjang.Entah bila aku terlelap aku tidak sedar. Aku hanya terjaga selepas aku terdengar bunyi ketukan bertubi-tibi. Aku yang masih dalam kebingungan tidak memperdulikan ketukan itu.Sangkaku hanya bunyi bunyian dari jiran sebelah. Tapi!..tidak, bunyi ketukan itu dari arah pintu rumaku.
Aku tersentak! rasa mengantukku hilang serta merta dan di ganti dengan rasa takut dan gementar.Suara itu! suara Daniel dan aku tahu kenapa mengetuk pintu secara kasar begitu.Kalam kabut aku bangun menuju ke pintu.Terketar-ketar tanganku memulas tombol pintu.
Sebaik saja pintu terbuka luas,aku lihat Daniel sedang berdiri sambil memandangku tajam! bau arak sangat kuat menusuk hidung.
"tidur matikah?" degusnya sebaik saja melangkah masuk. Dia tidak dapat mengimbangi tubuhnya menyebabkan tubuhnya terjatuh di atas lantai.
Sejak bila? Terketar-ketar bibirku menahan rasa.Aku menjarakkan diriku jauh darinya.Aku tidak dapat berfikir de gan tenang.Kenangan lalu tiba-tiba menjelma di kotak fikiranku.Aku mula rasa takut pada Daniel.Aku takut dia akan bertindak kasar seperti dulu.
“ Bella….Bella…mari sini...kenapa ko jauh-jauh ni.Saya nda mabuk ba ini.Sikiiiit saja saya minummm sama kawan tadi.’’ Jerit Daniel.Sesekali dia ketawa kecil!
Aku sudah jadi tidak tentu arah! bergegar tubuhku.Peristiwa bertahun tahun lalu muncul tanpa di paksa.Sehingga kini aku masih rasa trauma tentang semua itu.
⚡flasback
“ Bella…kalau kau rasa kau nda boleh hidup sama saya kau pigilah balik sama tunang kau itu.Aku tahu bah kau masih nda boleh lupa tu bekas tunang kau kan!!! Kau masih belum puas kan sama dia.Pergilahhhh kita bercerai saja" Jerit Daniel,aku sudah bermandi air mata kerna sedang menahan rasa skit hati yang sangat mendalam.Aku yang masih berusaha melupakan kenangan demi kenangan demi untuk kehidupan baru ini rasa terpukul dengan kata-kata lelaki yang telah berjanji menerima semua kisah silamku.
" Tapi....aku sayang kau Bella.Telampau sayang!!! Tapi kenapa aku rasa kau nda macam aku.Betulkah kau sayang aku Bella? Jawablah Bella...kau sayang aku kah ? Bella...mana kau? tolong aku.... !!! "
Terjerit-jerit Daniel meluahkan perasaanya.Ketika itu usia perkhawinan kami baru sahaja mencecah bulan ke tiga.Dan ketika itu aku juga aku masih dalam tempoh mengenali dirinya.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...