Bab 26

6.1K 190 4
                                    

Kembalilah..

Kembalilah...

Kamu harus kembali...

"Tidak!"

"Sayang? Kenapa ni?"soal Daniel pelik apabila Kamelia meracau dalam tidur.

"Tiada apa-apa...."beritahu Kamelia lalu menguak rambutnya kebelakang.

"Bagitahu la saya...Kenapa?"soal Daniel risau lalu mengusap kepala Kamelia dengan lembut.

"Tiada apa-apa...Betul. Maybe sebab kebelakangan ni saya rasa tidak berapa enak sangat..."jawab Kamelia agar tidak merisaukan suaminya.

Semenjak beberapa minggu ni, dia sering termimpikan perkara yang sama dimana dia akan mendengar suara-suara itu.

Sudah hampir setahun usia perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipun dia mimpi perkara sebegini.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata semula, secara tiba-tiba tekaknya menjadi loya sehingga menyebabkan dia berlari masuk ke dalam tandas untuk memuntahkan isi perutnya.

"Sayang ok?!"soal Daniel panik.

"Ok...Cuma rasa loya sikit. Maybe sebab migraine..."

"Kurangkan bekerja tu sikit. Nanti awak sakit..."

"Tidak boleh...Saya dah janji dengan mendiang Wong untuk jaga syarikat sebelum Lily boleh mengambil alih sepenuhnya."beritahu Kamelia.

"Ok...But at least kurangkan sikit, please..."

"Fine..."

Daniel memapah tubuh kecil Kamelia untuk kembali ke katil memandangkan Kamelia masih pening.

"Jom pergi klinik? Nak?"

"Hmm...Boleh juga."

Daniel membantu Kamelia menukar pakaian yang sesuai untuk ke klinik.

Sebaik sahaja selesai, mereka berdua tanpa membuang masa terus ke klinik yang berdekatan.

"Hmm...Saya check tekanan darah dan gula semua nampak normal. Demam pun tidak. Mungkin puan ada salah makan?"soal doktor itu kepada Kamelia.

"Saya tidak pasti..."

"Ok...How about your period?"

Mata Kamelia mula membesar apabila doktor itu mula menyebut berkaitan period.

"Saya baru ingat yang sudah hampir 3 bulan saya tidak period..."

"Berkemungkinan puan pregnant. Kalau macam tu, puan bagi sample air
kencing untuk kepastian."doktor itu menyerahkan bekas plastik kecil kepada Kamelia.

Daniel hanya berdoa agar apa yang dikatakan oleh doktor itu adalah benar.

Kamelia kembali dan menyerahkan bekas plastik tersebut kepada jururawat.

"Ok...Saya sudah periksa dan memang betul puan sedang mengandung. Kita boleh ke bilik ultrasound untuk confirm kan."beritahu doktor itu yang membuatkan Daniel terus memeluk Kamelia dengan erat.

Kamelia hanya mampu tersenyum kerana dalam setahun usia perkahwinan mereka, dia tahu yang Daniel betul-betul mahukan seorang anak.

Doktor itu menyapukan gel berwarna biru diatas permukaan perut Kamelia sebelum meletakkan alat ultrasound tersebut.

"Haa...Look! Here they are!"

"They?"soal Daniel bingung.

"Yup...Your baby kembar sebab saya boleh nampak ada dua gumpulan disini."

"REALLY?!!"ucap Daniel tidak percaya. Dia terlalu gembira sehingga dia berkali-kali mengucup dahi Kamelia.

"Yes...Sesiapa ada keturunan kembar?"

"Saya ada! Saya sepatutnya ada kembar tapi kembar saya meninggal dunia sebaik sahaja di lahirkan."beritahu Daniel.

"I see...Patutlah puan boleh mengandung kembar...Semuanya ok. Puan boleh ambil vitamin di kaunter dan boleh pulang ya. Jangan pula check up every month!"

"Alright...Thanks doktor!"

Mereka berdua keluar dari bilik doktor tersebut untuk mengambil vitamin sebelum pulang ke rumah.

"Thanks sayang..."ucap Daniel lalu mengenggam tangan Kamelia.

"Thanks for what?"soal Kamelia dengan senyuman.

"Thanks sebab mengandungkan anak saya..."

"You're welcome...Make sure jaga our kids elok-elok."

"Ok...I promise!"

~~~~~
Huhuhu....Tidak lama lagi dorang ada baby😭😭😭

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now