Hampir satu tahun
Saat di mana aku tidak mahu masa berputar
Berharap ketika itu ianya kekal begitu
Tapi apakan daya aturan Dia lebih sempurna
Akur dan terima seikhlas hatiHampir satu tahun
Rasa masih sama malah tidak hilang
Tidak pasti ia kekuatan atau kelemahan diri
Pasti ianya kekal begini tidak berubah
Seakan aku melupakan tapi tidak sebenarnyaHampir satu tahun
Segala usaha telah aku curahkan
Tidak pernah rasa menyesal dengan semuanya
Sepenuh daya aku tunjukkan keikhlasan
Niatnya kekal hanya satu tiada yang lainHampir satu tahun
Sementara di depan mata aku cuba tanpa lelah
Kini hanya mampu dalam tadahan tanganku
Seandainya tangan ini tidak mampu di angkat
Hati masih lagi ada untuk memintaHampir satu tahun
Manisnya masih terasa walau tiada gulanya
Satu keindahan yang telah diberikan
Akan di semat sampai detik terakhir
Terima kasih wahai Maha MemberiHampir satu tahun
Terasa seperti semalam baru di tatap
Berlinangan air kesedihan masih terbayang
Lunak bicara terngiang ngiang di deria ini
Takkan dibiarkan ianya hilangAku setia? Satu ruang masih sama
Aku lawan? Tidak kelihatan di mata
Aku tunggu? Masih kekal menantiKau kenal aku macam mana