Loving you was like reaching a star. I know I can't reach it but I keep trying* * *
"Kamu berdua ingat tau pesan mama apa." Puan Sri Zahra mengingatkan mereka berdua.
Amirah tersenyum lalu tangan ibunya digenggam erat.
"Mama tak usah risau pasal kami berdua. Pandai-pandailah kami berdua jaga rumah ni."
"Ha, baguslah tu Mirah. Syazwan tu ingat sikit dah kahwin pun jenguklah Amirah kat rumah baharu dia ni. Jangan nak singgah rumah Athena jer." pesan Puan Sri Zahra pada anak bongsunya pula.
Syazwan tersengih lebar. Dia menepuk lembut bahu mamanya.
"Jangan risau, lambat lagi Syaz nak nikah. Minggu depan kan?"
"Amboi, macam kena paksa kahwin pula kamu ni. Nak ke kamu kahwin dengan Athena?" soal Puan Sri Zahra dengan kening yang sengaja dijongketkan.
"E-entah lah mama. E-entah." tergagap-gagap Syazwan mahu menjawab soalan mamanya.
Entah kenapa dia tak rasa kebahagiaan bersama Athena. Masa yang diluangkan bersama Athena amat merimaskan berbeza dengan masa yang diluangkan bersama isterinya.
Amirah dulu dan sekarang kekal sama. Walaupun suka berbahas lidah dengannya, sikapnya yang sentiasa tenang itu membuatkan dirinya senang untuk bergaul dengannya.
"Amboi, sengih ke telinga nampak."
Tiba-tiba senyumannya mati dan lamunannya terhenti. Syazwan menoleh orang yang berada di sebelahnya, Amirah.
Jantungnya berdegup-degup kencang apabila Amirah memandangnya.
"I love you."
Syazwan tersenyum lebar dan hatinya kembang kuncup dengan ucapan indah dari bibir Amirah. Dan tahukah Amirah seluruh hatinya ini juga kepunyaan dia? Kepunyaan Nur Amirah Farisya Binti Tan Sri Qayyum.
"Hahaha, kenapa senyum? Ya Allah kau ingat aku betul-betul maksudkan ke?"
Senyuman Syazwan mati. Dia memandang tajam ke arah Amirah. Terasa luka sedikit hatinya apabila dibuat begitu.
"Macamlah aku suka kau. Puih."
Tanpa melengahkan masa, Amirah beredar untuk naik ke biliknya. Hatinya tak suka apabila Syazwan turut terpaksa menemaninya dalam rumah baharunya.
"Kejap!"
Syazwan berlari mengejar Amirah lalu tangannya itu memegang erat pergelangan tangan isterinya.
"Aku... beritahu aku pendapat kau."
"Pendapat apa?"
"Aku keliru aku suka yang mana. Aku rasa aku suka 'dia' tapi dalam masa yang sama, aku ada hubungan dengan orang lain. Bila aku dengan 'dia', aku rasa bahagia sangat. Bila dia tak ada, hati aku sunyi dan kosong. Aku tak tahan. Aku tak tahu nak cakap apa kat dia."
"Kalau macam tu, Apa kata kau cakaplah kat 'dia' yang kau sangat mencintai 'dia' ?"
Syazwan mengangguk laju. Tangannya mengenggam erat tangan milik Amirah.
"Baiklah, aku cintakan kau, Nur Amirah Farisya Binti Tan Sri Qayyum."
Tangan Amirah terketar-ketar. Dia menapak ke belakang. Wajahnya kian memerah dan mata bundarnya makin membulat.
"HUHH? APA? M-MAKSUD KAU APA!"
Syazwan turut terkejut. Dia menampar mulutnya. Ah, malunya!
Dia terus menghayunkan langkah keluar dari rumah Amirah dengan muka yang berbahang. Rentak jantungnya semakin kencang.
"APA?" Amirah terduduk di atas lantai ruang tamu.
Dia memegang pipinya yang terasa panas. Dalam diam, dia turut tersenyum. Hatinya berbunga mekar dengan pengakuan indah tadi.
* * *
"Syazwan?" satu suara tiba-tiba menyapa lembut dirinya.
Syazwan menoleh ke belakang. Berdirinya Bella dengan senyuman manis di bibirnya.
Bella mula mengorak langkah ke arahnya."Kenapa duduk kat Starbucks sorang-sorang ni?" soal Bella dengan penuh mesra.
"Aku ... saje nak datang lepak sini. Kau?"
"Aku? Aku tengah cari jodoh. Haha." Bella mengerling sekilas Syazwan yang nampak gusar ketika itu.
"Kau ni, asal monyok hah? Nampak macam ada masalah. Cuba cerita kat aku. Manalah tahu aku boleh tolong kau kan?"
Bella menyentuh lembut tangan Syazwan tapi cepat-cepat tangannya ditepis oleh Syazwan.
"Maaf, aku tak suka disentuh." Syazwan berkata dengan nada tegas.
"Opss, sorry." Bella segera meminta maaf.
Sejak bila Syazwan berubah ni?
"Aku ada satu soalan untuk kau Bella." kata Syazwan.
"What is it?" Alis Bella berkerut.
"Kau pernah cintakan seseorang?"
Pertanyaan Syazwan itu membuatkan Bella tertawa. Entah apa yang gadis itu fikirkan hingga membuatkan dia tertawa.
"Kau tahu kenapa aku gelak? Sebab aku dah tahu sekarang punca kau monyok. Be a man lah Syazwan. Kalau kau rasa kau cintakan dia, kau mengaku jer dengan dia. Kalau dia tak sukakan kau, kau terimalah keputusan dia. Dah itu yang terbaik."
Syazwan mengangguk kecil. Tak lama kemudian, dia mengulum senyuman tipis.
"Thank you very much, Bell. I really appreciate it."
"You're most welcome, Syaz. Ha air ni kau belanja eh?"
"Amboi, sedap kau jer."
"Haha."
TBC
YOU ARE READING
Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018
Romance"Cinta ini ibarat puding. Nampak sedap dan manis tapi ada juga bahagian pahit yang perlu kita rasa." - Amirah Nur Amirah Farisya, gadis biasa yang tidak pernah mengidamkan dirinya untuk bahagia. Tengku Muhammad Syazwan, seorang lelaki pujaan gadis s...