✨ ~SSCEB 3~ ✨

1.1K 100 22
                                    

"Woi! Mana kau nak lari?!" Jeritan seseorang membuatkan Taufan dan Halilintar mencari punca suara itu. Mereka sekarang berada di pekan dengan berhoodie agar tidak diketahui oleh orang lain.

Mereka akhirnya tiba di sebuah lorong kecil. Terbuntang mata mereka melihat seorang budak lelaki dikerumun oleh beberapa lelaki.

"Kita kena tolong dia!" ujar Taufan risau. Mana tak risau kalau nampak tujuh orang dekat budak tu. Dahlah budak tu pendek dan nampak pucat.

Halilintar mengangguk setuju. Belum sempat mereka melangkah ke arah budak itu, tiba-tiba sahaja seseorang melompat dari atas bumbung lalu selamat mendarat di hadapan budak lelaki itu. Dia berhoodie menyebabkan Halilintar dan Taufan tidak mengecam mukanya namun, tidak bagi lelaki-lelaki itu. Mereka berdua terpaksa membatalkan niat untuk menolong budak itu.

"Wah wah! Kakak dia dah sampai! Bagus! Hah, mana duit yang aku minta?!" soal lelaki berbadan tegap dengan kasar. Memang nampak hebat, tapi perangai hampeh.

Halilintar dan Taufan memandang antara satu sama lain. Kakak?

Orang itu hanya mendiamkan diri sambil mencerlung tajam ke arah semua lelaki di situ. Budak lelaki itu turut mendiamkan diri sambil memegang erat jaket yang dipakai oleh orang itu.

"Kau kenapa tak menjawab? Dah bisu?" sindir lelaki yang berada di sebelah lelaki tegap tadi.

Orang itu tersenyum sinis. Dia segera menendang perut lelaki itu sehingga lelaki itu terduduk. Lelaki itu memegang perutnya menahan sakit.

"Tak guna!" Lelaki berbadan tegap itu menghayunkan penumbuk ke arah orang itu, namun, dia pantas menunduk dan mengundurkan badannya, sekali gus, budak yang berada di belakangnya turut terundur sekali. Orang itu mendepakan tangan kanannya, sebagai tanda melindungi budak itu. Nasib sahaja kesemua lelaki itu berada di hadapannya sahaja.

Halilintar dan Taufan yang melihat secara senyap berasa kagum. Whoah, boleh tahan.

"Ish, serang dia!" arah lelaki berbadan tegap itu.

Akur dengan arahan itu, mereka segera menuju ke arah orang itu. Orang itu menolak lembut badan budak itu ke belakang. Dia menggepalkan penumbuk lalu menumbuk lelaki yang semakin hampir dengannya. Tumbukannya tepat mengenai muka lelaki itu. Lelaki itu pula pengsan tidak sedarkan diri.

"Ish!" Lelaki yang berbadan kurus laju sahaja menghayunkan penumbuknya ke arah orang itu namun, orang itu terlebih dahulu memegang tangan lelaki itu lalu dipusingnya. "Arh!" Merintih kesakitan dia apabila tangannya dipusing. Orang itu terus sahaja melempar tubuhnya ke sebelah kirinya menyebabkan lelaki itu menghentak dinding bangunan. Pergh, nasib tak retak dam nasib baik pakai sarung tangan.

"Tara guna!" Lelaki yang kelihatan seperti orang cina menendang perut orang itu dan mengenainya. Orang itu terdorong ke belakang dan hampir sahaja mengenai budak lelaki itu. Budak lelaki itu bergetar apabila melihat orang itu menahan sakit. Dia takut sangat.

Orang itu berdecit geram. Berani korang pukul aku? Lelaki cina itu tersenyum sinis. Dia cuba menghadiahkan sebuah penumbuk kirinya namun terbantut ketika orang itu memegang tangannya lalu dipusing badan lelaki itu.

Orang itu memegang kedua tangan lelaki cina itu lalu menyepak lutut lelaki itu dari belakang sehingga dia melutut. Lelaki cina itu menahan sakit. Rasanya tulang dia patah kot. Terus sahaja orang itu menendang belakang badan lelaki cina itu menyebabkan dia jatuh pengsan. Orang itu memandang empat lelaki di hadapannya. Only four left.

Halilintar dan Taufan hanya memerhati sahaja. Kan bagus kalau ada popcorn. Best pulak tengok aksi diorang ni. Ek eleh dua orang ni. Orang lain tengah berlawan, diorang pula boleh senang lenang je? Lantak koranglah.

Lelaki berbadan tegap itu mendengus geram. Kali ni, dia pula menyerang dengan menghadiahkan sebuah tumbukan ke arah perut orang itu. Memandangkan lelaki itu mempunyai tenaga yang banyak dan berbadan besar, orang itu tidak dapat menahan serangan itu lalu terduduk sambil memegang perutnya. Perit. Budak lelaki yang berada di belakang orang itu, segera memegang erat jaket yang dipakai olehnya. Jantungnya tidak berhenti berdegup dengan pantas.

Lelaki berbadan tegap itu tersenyum sinis. "Well well.. Our heroin lost her energy.. Kali ni, giliran kitorang pula menyerang.." Berspeaking pulak dia ni. Ingatkan tak pandai.

Orang itu sedaya upaya menggunakan tenaganya untuk berdiri. Budak lelaki itu memegang lengan orang itu. "Kakak, jangan.." Budak itu menggeleng-geleng kepalanya.

Orang itu tersenyum nipis lalu mengusap kepala adiknya itu. Dia memandang tajam ke arah empat lelaki itu. Aku kena teruskan berlawan, demi Alif. Dia bersedia untuk menghalang dan menyerang mereka berempat.

Taufan yang melihat sudah tidak senang. "Halilintar, kita patut tolong dia.." Gila ke nak biarkan? Kitorang ni dahlah ada kuasa.

Halilintar memandangnya. "Kita tunggu sekejap.." Taufan mengeluh. Dia kembali memandang ke arah orang itu.

Lelaki berbadan tegap itu menghampiri orang itu dengan perasaan marah yang membuak-buak. "Heh, aku akan tamatkan riwayat kau.." Dia sekali lagi menendang perut orang itu menyebabkan orang itu menahan sakit. Dia cuba menstabilkan badannya daripada duduk.

Belum sempat dia menstabilkan badan, satu tumbukan hinggap sekali lagi di perutnya menyebabkan dia terbatuk darah. "Uhuk! Uhuk!" Dia memegang mulutnya. Dia melihat tangannya yang dipenuhi dengan darah. Dia menggenggam tangannya. Sekali lagi, dia terbatuk.

Lelaki berbadan tegap itu tersenyum puas. "Bagus! Darah kau keluar jugak.. Senang sikit aku nak belasah kau.. Tak padan dengan badan kecil, hati nak lawan kitorang? Heh, kau masih tak setanding dengan ayah kau.."

Orang itu menggetap bibirnya. Air mata mula bergenang. Dia menahan daripada mengalir. Dia sensitif bila orang sebut tentang insan bergelar ayah.

Lelaki berbadan tegap itu mengambil kesempatan untuk menyerang orang itu namun, tangannya ditahan oleh seseorang. Membulat matanya. "Engkau ni siapa pula?!"

Halilintar tersenyum sinis. Rupanya dia yang menahan lelaki berbadan tegap. Nice timing bro. Kalau boleh lambat lagi ye. 😓 "Itu bukan urusan kau.." Seraya itu, Halilintar yang masih memegang tangan lelaki berbadan tegap itu terus melempar badan lelaki itu ke arah dinding. Whoah, kuat juga dia ni. Mesti ramai peminat dia. 😂

Halilintar memandang sekilas ke arah orang itu. "Kau okey?"

Orang itu tidak menunjukkan reaksi sebaliknya, merenung ke arah lelaki-lelaki itu.

"Hiya!" Ketiga-tiga lelaki yang merupakan konco kepada lelaki berbadan tegap itu, berlari ke arah Halilintar. Halilintar mengeluarkan pedangnya. "Pedang Halilintar! Tetakan Halilintar!" Dia mula menyerang ketiga-tiga lelaki itu.

Bzztt

Mereka bertiga terus pengsan akibat serangan Halilintar. Halilintar menghilangkan pedangnya. "Taufan!"

Taufan yang bersembunyi segera mendekati abangnya. "Lapor kepada bonda!" Taufan akur dengan arahan Halilintar lalu mengeluarkan hoverboardnya menuju ke balai polis berdekatan.

"Kakak.. Alif takut.." ujar budak lelaki itu sambil memeluk erat kakaknya. Air mata tidak berhenti mengalir.

Orang itu tersenyum kecil sambil mengusap belakang adiknya itu. Dia kemudian memandang ke arah Halilintar dengan muka yang dingin. Dia menggenggam erat tangan adiknya lalu melompat tinggi ke arah bangunan.

Halilintar yang melihat terkejut. Macam mana dia boleh lompat setinggi tu? Misteri betul diorang ni.









Okey, tu jelah kot. Agak pelik kan? Haha, tapi harap korang suka. Bye!

Assalamualaikum! ^^

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS [C]Where stories live. Discover now