jenis

39 0 3
                                    

Sejenis aku.
Kadang aku melihat, engkau jenisnya lain, dia jenisnya lain, mereka jenisnya lain. Sejenis yang hanya jenis itu yang memahami.

Aku berjumpa dengan pelbagai jasad yang mempunyai berlainan jenis.
Jenis jenis itu, tidak sama hatta dikoyak dicarik isi dalamnya.

Setiap jenis itu, tak perlu aku hurai tentunya tidak akan sama dengan yang lain.

Kejap, aku ade jumpa yang sejenis seperti aku dan aku melihat diriku didalam dirinya.

Haha, adakah itu aku? Adakah aku dah mati? Ke aku hanya ilusi?

Tidak. Itu dirinya, dan jenisnya seperti aku.

Oh, aku sedar. Bukan cuma aku. Ade juga sejenisnya menyerupai aku.

Kadang aku pelik dengan segelintir manusia yang menindas mereka mereka yang mempunyai jenis jenis yang lain.

Geng, jenis itu jenis mereka. Mereka itu adalah mereka. Dan kau adalah kau. Mengapa kau bersesak mengenai mereka? Fikirkan saja kain kau.

Aku pelik. Kadang mereka tidak paham kita. Bukan kadang malah memang.
Memang mereka tidak paham kita sejenis yang macam mana.

Terkadang, jika kita sudah lali dengan makan menggunakan tangan.
Mereka bidas! "Kenape makan menggunakan tangan, kita makan western makan lah guna sudu!"

Itu sejenis mereka yang tidak faham.

Kadang, sejenis kita yang sukakan kesedeharnaan. Kadang mereka juga bidas! "Tak tahu fesyen ke? Tak update! Kunno tahu tak?!"

Itu sejenis mereka yang juga tidak faham dan sikit tidak mahu mengerti bagaimana jenis kita.

People just need to know what type of us

Kadang aku bosan dengan mereka mereka yang begini. Tidak mereka hormat jenis jenis kami.
Tidak mereka cuba untuk faham apakah jenis kami.

Yang mereka sibukkan, hanya untuk menindas!

Mereka tidak akan faham kita, sejenis yang bagaimana;

JenisWhere stories live. Discover now