Kala diri hilang tumpuan
Langit infiniti menarik perhatian
Lalu kuintai dimensi alam
Di mata bintang dan sang rembulanIndah nian langit nan kelam
Tiada bayangan gumpalan sang awan
Luas terbentang langit Tuhan
Lukisan misteri yang cuba kuselamBulan menyanyi gurindam
Bintang-bintang menari gamelan
Bulan berlagu riang
Bintang-bintang bersatu girangHati yang kuncup berbunga kembang
Melihat bulan mengukir senyuman
Hati yang suram berganti terang
Menyaksikan bintang menari hiburanBiarkan bulan dan bintang menari
Dan aku disini setia memerhati
Biarkan malam tanpa mentari
Dan aku di sini terus menikmatiTeruslah menyanyi wahai bulan
Hadiahkan aku keamatan sinaran
Teruslah menari wahai bintang
Hadiahkan aku nur yang terangBiarku buang semua khayalan
Dan gantikan fantasi dalam fikiran
Biarku buang semua angan
Agar bisa kuraih semua impianTeruskan menyanyi wahai bulan
Purnamakan wajahmu dan sinari malam
Teruskan menari wahai bintang
Kerlipkan cahayamu dan sinari insanBiarkan bulan dan bintang terus menari
Sehingga menyinsingnya sang mentariSumber: internet
Langit malam dipandangnya kosong. Tatkala bintang-bintang berkelip-kelip, dia tersenyum gembira namun senyumannya kian pudar apabila melihat Sang Bulan tidak memunculkan dirinya.
"Bulan tipu! Bulan kata bulan akan setia! Bulan TIPU!"
Meja diketuk kuat menggunakan sudu kecil pada tangan kanannya. Semua 'mata-mata' di kedai itu menumpukan ke arahnya. Dia mengetuk perlahan meja itu berkali-kali dengan dahinya sebelum perbuatannya terhenti apabila perasan akan kehadiran 'mata-mata' yang suka menyibuk. Dia mengangkat mukanya.
"Apa pandang-pandang? Nak mati?!"
Dia menengking. 'Mata-mata' tadi kembali menyambung kerja masing-masing. Dia tersenyum seorang diri. Cawan kecil berisi soju dicapai lalu dihirupnya sekali teguk.
"Ahh~"
Nikmat baginya untuk meminum soju pada ketika ini walaupun dia tahu yang dia mungkin mabuk selepas meminum soju. Tapi dia apa kisah? Sebahagian muka mulai merah kerana mabuk. Sedu pula sentiasa menemani pada setiap minit. Pandangannya mulai kabur.
PPAKK!
Kepalanya terlentok di atas meja.
"Ahjussi!"
Lengan bajuku ditarik. Serta-merta mukaku memaling ke arah si pelaku. Pipinya merah padam kerana mabuk. Kepalanya telah terlentok di atas meja. Dia tersenyum ke arahku. Dia tersedu.
"Ahjussi!! Saya nak balik."
Dia menarik-narik hujung baju aku. Aku pandang dia pelik. Sesuka hati panggil aku 'ahjussi'. Aku muda lagi lah!
"Nak balik!"
"Eh,perempuan ni! Lepaskanlah!"
Aku menolak ke tepi tangannya. Tangannya terjuntai ke bawah dan terhayun-hayun selepas aku menolak. Perbuatannya sebiji macam tangannya tidak berfungsi.
"Ahjusshi! NAK BALIK!"
Suaranya nyaring meminta aku membawanya pulang. Aku dapat rasakan yang semua telah memandang kami. Aku menggelabah.
"Owh! Ani! Saya tak kenal pun dia. Haha..hahah!"
Aku ketawa palsu sambil tangan aku menepis tangan perempuan pelik tadi. Menyusahkan orang!
"Aduh! Apa patut aku buat?"
Dia menyusahkan aku lagi! Badannya terpaksa aku kendong menuju ke tempat bas. Harap saja badan kecil tapi berat! Aku bukan pun kenal dia. Mampus kalau girlfriend aku tau ni! Aku...
"Taetae..."
"Macam mana..."
Macam mana dia boleh tau nama aku? Pelik. Aku ada beritahu nama aku ke?
"Jang Tae Joon. Jangan...jangan tinggalkan saya lagi."
Jang Tae Joon? Dia mengeratkan pelukan di leher aku. Satu esakan mulai kedengaran. Entah kenapa timbul perasaan kesian aku padanya.
"Woi! Rumah kau di mana?"
Dia sekadar mendiamkan diri bersama esakan yang tak berkesudahan. Oh My God! Kenapa pula aku yang kena?! Kenapa? Ke- Aku dengar sesuatu. Bunyi telefon bimbit berdering. Perlahan-lahan aku menurunkan dia di kaki bangunan. Beg tangannya aku capai lalu segera aku geledah. Aku menjumpai telefon bimbitnya dan serta-merta nama -Jinhwan- tertera pada skrin telefon.
"Yeoboseyo?"
"Ji- EH! Nugu-yah?!"
"Saya..."
"Penculik eh? Pulangkan akak aku balik!"
"Ani! Saya jumpa akak awak. Dia mabuk."
"Owh. Ye ke? Sorry. Dia ada dekat mana sekarang? Biar saya ambil dia."
"Ambil dia dekat..."
Aku memerhati sekeliling sambil tangan kiri aku mengurut perlahan bahu aku yang sakit sehinggalah mata aku tertacap pada bangunan yang sedang kami duduk ini.
"JHS Entertainment."
"Okey. Nanti saya ke sana."
Panggilan dimatikan dan serentak dengan itu kepalanya terlentok di bahu aku. Matanya masih lagi mempunyai sisa baki air mata. Perlahan-lahan kepalanya aku sandarkan pada dinding bangunan. Baju sejuk yang aku pakai,aku buka lalu aku selimutkan ke badannya. Aku meletakkan kembali kepalanya ke bahu aku. Rambut yang cuba menutupi sebahagian mukanya aku kuak perlahan agar dia tidak terjaga. Tanpa aku sedar, senyuman kecil terbit pada bibirku.
"Awak?"
Aku memalingkan muka pada saat seseorang memanggil aku. Seseorang yang badan tinggi, kacak dan bergaya. Jauh dengan perwatakan aku. Dia memakai kot manakala aku sekadar berseluar jeans dan T-shirt murahan ni. Dari situ aku dapat mengagak yang ahli keluarga perempuan ni agak kaya. Senyuman tadi semakin pudar namun tetap aku paksa untuk kekal di situ.
"Awak Jinhwan ke?"
Soalan aku dibalas pandangan pelik darinya. Dia seolah-olah pegun di tempat dia berdiri. Matanya masih tidak berkelip memandang aku. Aku ada buat salah ke?
"Hyung!"
"Hyung?"
TO BE CONTINUED
750 Words
Thanks for reading this cliche story.
NEXT CHAPTER: 01 - Salah orang ni!
"Awak Jang Tae Joon?"
"Saya rasa awak salah orang ni."
"Mak dah cakap jangan bersama dengannya tapi kau degil! Sekarang, padan muka!"
"Tapi saya cinta akannya,mak."
"Saya jiran baru awak! Rumah saya no. 312. Kalau ada apa-apa masalah saya boleh tolong!"
"Jangan tekan loceng banyak kali lah! Bising!"
YOU ARE READING
Wrong Number
Fanfiction"Lost my way..." Ketika semua sedang bergembira pada hari Valentine,tinggallah satu insan yang duduk mengurung diri di dalam bilik. Dia hanya termenung melihat pantulan mukanya pada cermin. Hanya terlihat kesedihan di wajahnya. Tapi disebabkan satu...