Side Story (1) - Adib

787 27 0
                                    

Makmal Komputer...

bzzt bzzztt!

Hm? Adib melihat sebuah mesej masuk. Kerja ditangannya terhenti seketika. Nombor asing yang terpampang di atas phone menarik perhatiannya.

[ Hey, hon! Bwt ap?]

Kening Adib terangkat dengan tanda tanya. Siapa pulak ni?

Sedikit teragak, Adib membalas, [Sorry, sapa ni?]

[.....your honey la, sapa lagi! Aii, blom tua lgi dh nyanyuk.]

Mulut Adib bergerak2, dahinya berurat 💢 dengan rasa marah dan sabar bercampur baur. Dia membalas,

[Arza?]

[Pim Pong! Hey, hey, jgn mrah! Huduh muka. Tak ensem dh tunang ksyangan I nie..😝]

Wajah Adib berkerut. Sejak bila dia tukar nombor ni? Mengeluh, Adib membalas,

[Sjak bila tkar 6ber ni?]

[Hehehe, sjak smpai Mlaysia of course! Jap, antar gmbr.]

Sampai Malaysia? Dia sampai Malaysia, tapi tak bagitahu aku? Adib mengurut dahi.

Bzztt bzzztt!

Adib membuka mesej tersebut, dan hampir membaling handphonenya ke dinding.

Gambar yang dihantar oleh Arza adalah gambar dia dengan geng kelas Kasturi. Kodok, Padi, Poji, MU, Keli, Sen-sen, Laila, dan yang seangkatan dengannya.

Dia ni lah!!!

[Knapa smpai bru gitau?] Adib rasa tersisih.

[Hey, hey! Sja bgi surprise!]

Knok! Knok!

Ketukan dipintu kedengaran dalam masa yang sama mesej Arza masuk. Adib bangun dan membuka pintu bilik kerjanya dengan handphone masih ditangan.

" Yes...!?"

Pom! Pom! Pom!

" Surprise! Happy birthday big man!" suara hampir 10 orang itu mengejutkan Adib yang terpaku dimuka pintu.

" hahahahha! Tengok muka dia macam katak terkejut dah!" suara ketawa Arza and the gang mengembalikan Adib ke realiti.

" yo, Adib! Lama tak jumpa, eh." Kodok sengih dan menolak Adib masuk ke pejabatnya. Mereka yang lain cepat2 masuk dengan kek ditangan Arza.

Walaupun rasa terkejutnya sudah reda, tetapi perasaan baru pula yang muncul. Matanya terasa pedih, tetapi ditahan dengan memejamkan mata.

Happy Birthday, huh...

" heh heh heh, Adib. Kau rasa terharu tak? Kami saja tak bagi tau yang Arza balik awal sebab nak sambut birthday kau!" Padi sengih jahat. Mereka semua ketawa. Adib cepat menangkap kepala Padi, dan disepit bawah tangannya.

" ahh! Adeh adeh! Sakit beb! Lepas lepas lepas!" Padi meraung dengan penuh rasa King dan dramatik. Ketawa mereka pecah lagi.

" tak guna punya member! Oh, sakit? Meh sini aku tambah lagi!" Adib meluku kepala Padi dengan penuh rasa geram dan dalam masa yang sama gembira juga. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan member2 yang lain semenjak dia bergelar guru.

Rupanya sudah 5 tahun berlalu. Kini mereka sudah mencapai kejayaan masing2. Padi dengan Poji dah sampai MIT. Keli, MU, Laila dekat Jepun. Kodok terbang ke German selepas graduat. Adib sahaja yang masih di Malaysia dan menyambung bakti sebagai seorang guru. Daus pula...

Adib menjeling ke arah majalah Gentleman di atas mejanya. Gambar Daus sebagai model menghiasi kulit muka majalah tersebut. Dan, dia juga bekerja sambilan sebagai pelakon.

" oh, ya. Daus nak bertunang hujung bulan ni. Kau kenal tunang dia?" tanya Arza selepas meletakkan kek tersebut di atas meja. Adib menggeleng kepala.

" dia rahsiakan nama tunang dia. Gambar pun dia sorokkan. Ceh!" Adib berdecit. Mereka ketawa.

" alah, biasalah. Nanti kita pergi rumah dia, tahulah kita nanti." Kodok ketawa. Dia tahu siapa, tetapi dirahsiakan atas permintaan Daus. Kodok sendiri terkejut tatkala mengetahui siapa tunang Daus. Dia tidak menyangka dalam diam, mereka berdua ada hubungan. Sen-sen menggosok2 hidungnya apabila mata Kodok singgah padanya. Wajahnya merah padam melihata Kodok sengih penuh makna.

" cikgu Adib?" suara halus menyapa telinga mereka. Adib berpaling dan melihat dua orang pelajar perempuan mengintai disebalik pintu. Mereka kelihatan malu2 melihat geng Kasturi bersamanya.

" oh, lupa pulak cikgu. Farah, hari ni kelas cancel. Belajar sendiri, sebab cikgu ada tetamu hari nie." Adib senyum. Farah melihat 'tetamu' yang berkumpul bersama Adib dan mengangguk.

" okay~" cepat Farah dan kawannya lari daripada Makmal Komputer mereka.

" ohhh~ Cikgu Adib...cikgu, hari ni kita belajar apa?" Arza mengusik sambil mengerdip2kan matanya. Sengih musang si guntang terukir pada bibirnya.

Adib mengangkat kening dengan sengih keji.

" belajar ilmu biologi."

Mendengar jawapan selamba Adib, ketawa mereka pecah bergema. Wajah Arza merah padam dengan perasaan marah dan malu. Damn! Terkena pulak hari ni. Balas dendam lah tu! Arza merungut dalam hatinya.

" dah dah dah! Menyampah pulak aku tengok korang dua nie 'bermanja'." Poji berdecit. Sekali lagi mereka ketawa.

" minggu depan langsung, kan? Siapa lagi yang datang majlis kahwin korang?" tanya Keli.

" semua datang rasanya. Aku ada jemput cikgu Daud dengan pengetua. Cikgu Sakinah baru lepas bersalin, jadi dia tak dapat datang." Kata Adib.

" ohh...cikgu Daud, huh. Lama tak jumpa dia! Kau agak dia ingat lagi tak kita?" Kodok dan Arza sudah sengih2. Adib menjulingkan matanya.

" kalau dia tak ingat the troublematic Arza nie, memang bukan cikgu Daud la tu. Aku ingat lagi prank yang Arza buat selepas habis SPM hari tu. Mati2 aku ingat dia ambik secara private. Last2, muka dia tercongok dekat dewan exam. Buang karan jer aku sedih2." Laila teringat kelibat Arza yang sememangnya mengejutkan mereka.

" yalah! Mana dia dapat mercun dengan bunga api pun aku tak tau. Tahu2 jer, penuh dekat padang sekolah. Satu sekolah kecoh! Nasib baik cikgu Daud tak kena sakit jantung." Padi menggeleng. Ingat taubat dah, tapi masih lagi dia buat hal.

Arza ketawa kemenangan.

" kan aku cakap aku akan kembali dengan Arza yang lebih ekstrem dan gah! Wahahahahaha!" Arza buat aksi bodybuilder dihadapan mereka semua. Riuh dengan gelak ketawa.

Piuuu~! Bang bang bang!

Bunyi letupan tersebut mengejutkan mereka semua. Dengan pantas mereka berlari keluar dari Makmal Komputer. Adib sudah mengurut dahi.

" wow! Bunga api lah! Kelas mana yang buat hal tu?" Arza bertanya penuh keterujaan. Adib pandang Arza, dan menunjukkan ke arah wajahnya.

" kelas aku."

Senyap seketika.

Bergema ketawa mereka mendengar jawapan pasrah Adib.

" seriously?! Hahahhahaha!!" Arza ketawa terbahak2.

" budak2!! Jangan lari!! Tunggu!!!" suara jerit pekik beberapa orang guru menarik perhatian mereka semua yang sudah berdiri dihadapan koridor makmal. Mereka ketawa sakan melihat hampir 10 orang pelajar lelaki dan perempuan berpecah melarikan diri.

" siapa yang gila akan tunggu kalau kena suruh tunggu?! Blah blah blah! Misai kat belakang doh!" seorang pelajar lelaki melintas kawasan makmal komputer dan kata2nya mendapat sambutan ketawa daripada Arza and the gang.

Adib menutup sebelah mata melihat aksi pelajar kelasnya yang mengundang tawa bekas pelajar kelas Kasturi.

" weh, apa nama kelas kau?" Keli dan Poji bertanya hampir serentak kepada Adib.

" kau rasa?" Adib mengangkat kening.

" Kasturi?"

" Nope!" Adib menggeleng kepala.

" Cempaka."

" cehhh~" mereka 'booo' dengan jawapan Adib.

#############

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now