TLB 6

489 16 0
                                    


Taylor University Library - 8:56 am

Ayra menutup komputer riba dihadapannya. Kakinya dibawa ke arah rak buku berdekatan bagi mendapatkan bahan rujukan yang diperlukan.

'haihh, payahla macam ni...si Ilsya ni pun tah ke mana tak sampai-sampai lagi....'

Suasana perpustakaan pada pagi itu memang dipenuhi dengan ramai orang. Mungkin kerana peperiksan akhir semester yang sudah dekat dan kerja-kerja saat akhir yang tertangguh menyebabkan perpustakaan ini sedikit sibuk dan sesak.

Dari satu bahagian, dia kemudian bergerak pula ke bahagian rak yang lain.

Akhirnya mata hazelnya tertancap pada suatu buku di rak bahagian atas. Sangat tinggi bagi dirinya untuk mendapatkan bahan bacaan itu.

'Ni la masalahnya sebab tak nak minum susu Dugro waktu kecik dulu... Haihh'

Dia cuba menjengketkan kakinya. Hujung jarinya pula cuba menolak-nolak buku diatas rak yang baginya terlalu tinggi.

'kalau mengikut perkiraan, lagi sikit jatuh la buku tuu...'

Sedang dia sedaya-upaya mencuba, tangan kirinya tersiku buku dibahagian bawah. Kali ini satu buku dibahagian rak itu pula terjatuh.

Alamak!

Ayra cuba mencapai buku itu. Tetapi belum sempat buku itu mencecah lantai, buku itu terus disambut oleh seseorang.

Ayra segera menoleh , memandang ke arah figura yang berdiri betul-betul di sebelahnya.

Ayra menggosok matanya. Seakan tidak percaya apa yang sedang dilihat ketika itu.

Alamak!!!

'....Him or no him...'. Kali ini Ayra memejam matanya. Tangan kanan pula mencubit pipi kiri yang terasa panas.

Kemudian perlahan-lahan matanya dibuka semula.

Gulp! Air liur ditelan payah.

'...and the answer is him!'

Aisyh memandang wanita dihadapannya. Dia dapat menangkap wajah takut wanita itu. Mata hazel wanita itu direnung dalam.

Ayra melarikan wajahnya. Dia tidak tahu kenapa, yang pasti dia tidak boleh memandang mata lelaki itu.

Aisyh membuka langkahnya dan kemudian langkah itu dibawa rapat ke arah wanita yang masih lagi tegak tidak berganjak. Dia berdiri betul-betul dihadapan wanita itu .

"don't come any closer...stay away there..." . Takut-takut Ayra menuturkan itu. Ya, dia memang sangat takut. Tidak sangka akan berjumpa dengan lelaki itu lagi dalam keadaan begini.

Lelaki itu tunduk memandang Ayra yang hanya separas dadanya.

'omaigodd Ayra... Apa pulak salah kau kali ni!!! '

"don't worry... Im still not lose my plot and even to get hitched yet! "

'wait... Ok.... Dia tengah merendahkan aku ke ape?! '

'lose the plot' mempunyai maksud yang sama dengan 'going crazy', manakala 'hitched' merujuk kepada impression untuk 'menyatukan' seseorang.

Seperti di Malaysia, orang british juga mempunyai bahasa pasar mereka sendiri. Selain dialek dan pelat yang kuat, bahasa pasar itu juga membuatkan orang luar sukar untuk memahami percakapan biasa mereka.

Tetapi mungkin disebabkan Ayra pernah tinggal disana untuk beberapa tahun kerana mengikuti kakaknya yang melanjutkan pelajaran di London menyebabkan dia sedikit memahami loghat british lelaki di hadapannya.

The Law BreakerWhere stories live. Discover now