"Awalnya Ain bangun? Nak buat sarapan?" ibu menegurku yang sedang termenung di meja makan. Spontan aku menoleh pada ibu dan mengukir senyuman.
"Ibu, Ain dah terjaga tadi terus tak boleh tidur. Duduk kat dapurlah, terang sikit." aku menarik sedikit kerusi di sebelahku dan mempersilakan ibu duduk.
"Ibu ke bilik air dulu, Ain tolong ibu masak air boleh?" aku mengangguk dan terus berdiri mencari cerek.
Sebaik cerek ditenggek di atas dapur, aku terdengar bunyi kerusi di tarik. Kepala aku palingkan ke belakang, ibu.
"Nurrul Ain. Dah lama ibu dengar nama tu. Sejak dari Along sekolah menengah lagi," aku terdiam. Topik awal pagi, menyingkap rahsia Along.
Diam-diam aku menarik kerusi berhadapan dengan ibu.
"Ain pandai, Ain top scorer sekolah, Ain juara pidato, Ain cantik, Ain suka makan puding jagung, Ain tak sombong. Semua tu dah ada dalam kocek ibu," ibu sambung lagi bicaranya. Jemari ibu menekup di belakang tanganku.
"Ibu sekali pun tak pernah tengok budak bernama Ain sampailah Angah bawa balik majalah sekolah dan tunjukkan pada ibu. Itupun gambar kecil aje, ada jugalah terselit gambar masa camping, gambar kawad kaki, gambar aktiviti sekolah. Sekarang, ibu dah nampak sendiri Nurrul Ain pujaan hati Along," ibu menarik tanganku kedalam genggamannya.
Aku tunduk malu. Malu dipuji berhadapan begini.
"Ibu dengar dari Angah, Ain pensyarah di universiti? Ain belajar sampai luar negara dan ada pangkat Dr? Betul ke?"
Aku mengangguk-anggukkan kepala sahaja.
"Eh, tak sepadan benar dengan Along. Along kerani biasa aje, maklumlah dia belajar tingkatan enam sekerat jalan terus panggil temuduga JPA. Tak sabar nak kumpul duit katanya, nak meminang Ain," bersungguh ibu bercerita.
"Ain minta maaf, ibu." Lekas-lekas aku pula membalas.
Ibu geleng kepala.
"Tiga tahun, Along gigih bekerja. Dia koyakkan muka surat gambar kelas Ain dan tampal pada pintu almari. Dia kata dia dah janji nak jaga diri dan pinang Ain bila tiba masanya. Waktu Ain ke Australia, Along frust. Dia jatuh sakit. Seminggu tak bekerja. Dia kata Ain tak ingat janji dia," melopong mulut aku. Nabhan demam sebab aku ke Australia?
"Along cuba cari gadis lain sebagai ganti. Tapi ibu tahu, Along buat semua tu bukan dengan hati yang ikhlas. Sebab dia memang menunggu Ain. Tak kira berapa lama. Waktu Along jumpa Ain semula, dia call ibu bagitau dia nampak penyejuk mata. Ibu ingatkan dia mengarut apa rupanya dia terjumpa Nurrul Ain dia." ibu tersenyum sambil menggenggam jemariku.
Akumengetap bibir. Sebegini ikhlas Nabhan dan keluarganya menerima aku tanpabanyak soal bicara?
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Tinggalkan (Completed)
Short StoryCinta itu tidak rumit. Tapi aku yang merumitkan keadaan sehingga cinta kelihatan sukar untuk di capai. Terlalu banyak keindahan yang aku kejar rupanya yang lebih indah tercicir bertahun-tahun dari kenangan. Kisah aku dan Along Nabhan bukan kisah c...