Namjoon sudah berangkat ke tempat kerja. Tinggallah aku dan dua orang ibuku di rumah.
Macam biasa lah nampaknya.
Kalau dulu tiap hari cuti je aku buat ! sekarang ni nampaknya tiap harilah aku kena kemas rumah.
Kim Namjoon ni.
Aku tahu dia sengaja nak kenakan aku.
Bedebah punya suami.
" Joo , eomma dan mama nak keluar kejap ni. Kawan eomma ada call nak jumpa. Joo nak ikut ? " Eomma mendekati aku yang sedang memvacuum di tepi tangga.
Aku menggeleng.
" Tak naklah. Joo nak kemas rumah. " Aku memberikan alasan. Padahal memang itu pun kebenarannya.
" Betul ni ? Rasanya kami balik lambat ni. " Eomma menyoal lagi.
" Nae. Lagipun nanti tengah hari , Joon balik makan. Joo kena masak untuk dia lagi. " Memang dah kebiasaan untuk budak tu balik makan tengah hari kat rumah.
Dia kata untuk memastikan aku tak lari dari rumah. Macam bodoh je aku dengar alasan dia tu.
Aku menyeka peluh di dahi.
Fuh...ni baru bahagian bawah. Kat atas lagi. Perghh !!
" Okaylah. Eomma pergi dulu. Joo jaga diri tau. Kalau ada apa - apa call eomma. " Eomma mengusap bahuku.
Aku mengangguk sambil tersenyum kepada eomma.
® ® ® ® ®
Aku melepaskan keluhan selepas punggungku selamat melabuh di atas sofa.
Aku ni bini dia ke maid dia ?
Aku tengok jam.
12:48 p.m.
Dia ni nak balik ke tidak ?
Aku dah penat masak untuk dia.
Ding dong !
Haaa panjang umur.
Ding dong ding dong ding dong !!
Weh ! Tak reti sabar ke ?!
Klak !
" Kau tak tahu nak sabar ke hah ?! " Aku memarahi orang di depanku itu.
" Excuse me. Who are you ? What are you doing here ? " Seorang perempuan yang baju salah ukur dan high heel setinggi menara KLCC berdiri di depanku dengan muka bitchy dia.
" Hah ? " Aku buat muka blur.
Anjing mana pula terlepas ni ?
" Woi perempuan ! Aku tanya kau. Kau buat apa kat rumah tunang aku ni ?! "
Tunang ?
√√
YOU ARE READING
[C] Housewife ft knj
Short Story[ NamJoo ] ® ® ® " Eyhh apa punya jenis suami lah manusia ni. Kalau aku ni bukan bini dia, dah lama aku tolak dia masuk gaung tau. " #qfffaaps02 start ; 280518 end ; 051218