"Cubalah cari kawan, jangan biasakan diri sorang-sorang nanti kalau susah senang nak minta tolong." pesan omma sebelum dia tinggalkan aku depan pagar sekolah.
Aku hanya angguk faham je walaupun aku tau aku akan abaikan pesanan dia tu.
Macam mana nak dapat kawan? Semua pelajar kat sekolah ni sombong namatey, aku pun tak kisah sangat kalau takde kawan.
"Terima kasih ssaem!" laung kami sekelas, guru yang mengajar tu pun keluar.
Aku mengemas buku dan terus keluar dari kelas menuju ke locker. Sama macam kemarin, aku bawa bekal ke sekolah.
Lepas ambil bekal aku terus menuju ke rooftop. Tempat biasa.
~
Sampai sahaja kat rooftop, Taehyung dah terjengul kat sana. Awalnya dia sampai, aku dah sedaya upaya datang awal kat sini, dia lagi awal rupanya!
"Hey, awalnya." tegurku, dia menoleh dengan wajah yang tenang.
"Oh budak, hai!" sapanya balik.
Dia panggil aku budak?
"Aku ada nama lah, Jung Haeun. Panggil Haeun okey?" kataku sedikit tegas.
"Aku lupa lah."
"Yelah."
Aku bersila, bekal ku buka dan isinya terus ku lahap.
"Kau tak lapar?" soalku. Dia hanya menggelang.
"Memang masa rehat kau selalu lepak sini? Tak pernah pergi tempat lain?"
Taehyung tergelak,
"Mestilah pernah, cuma aku lebih selesa bila berada kat sini."
"Kau takde kawan?" soalku lagi, kali ini aku dapat tangkap perubahan wajah dia.
"Aku tengah tunggu kawan aku lah ni." tuturnya dengan senyuman kecil.
Aku tak endahkan kata-kata dia tu sebab tak penting sangat.
"Kau pula takkan masih takde kawan?" soal Taehyung balik.
"Takde siapa sudi jadi kawan aku." balasku sedikit cemberut.
"Kesian."
"Apa kata kau jadi kawan aku, nak?" soalku teruja.
Taehyung bagaikan tersentak,
"Kau nak jadi kawan aku?"
Aku angguk pantas.
"Boleh juga."
Taehyung mengukir senyuman.
Dan bermulalah persahabatan aku dan Kim Taehyung, si lelaki rooftop yang misteri.
~
"Loceng dah bunyi, jom lah masuk kelas." kali ini aku ajak Taehyung sekali. Sebelum ni jawapan dia asyik...
"Kejap lagi." as always. sambil tersenyum dia pandang aku.
"Alah kau ni, jom lah sama-sama."
"Kau pergi lah dulu, aku nak stay kat sini sekejap lagi."
"Aih yelah kalau macam tu."
Akhirnya aku mengalah, aku membawa kaki ku turun dari rooftop dan segera ke kelas.
~
Semasa pulang, aku sengaja jalan jauh untuk melihat kelas lain yang satu gred dengan aku. Mana tahu terserempak dengan Taehyung.
Kelas lelaki tu aku tak tau lagi sebab dia berkeras tak nak bagitau, aku tak boleh nak paksa dia karang dia rimas.
Hampa! Aku langsung tak nampak dia, mungkin dia dah balik kut. Akupun tanpa tunggu lama terus keluar dari perkarangan sekolah.
Semasa aku kat pintu pagar sekolah, aku sempat berpaling ke belakang untuk melihat rooftop dari bawah.
And guess what? Aku nampak Taehyung, walaupun tak jelas tapi aku tau itu dia. Aku menggelengkan kepala,
Entah kenapa dia suka sangat kat sana. Masa balik pun sempat lagi menyinggah kat tempat tu.
Taehyung melambai ke arah aku, eh dia nampak aku ke? Tak sangka.
Aku lambai dia balik, kiranya aku nak pergi sana jumpa dia tapi hon dari kereta omma membatalkan niatku itu.
Aish ganggu lah omma ni. Aku segera masuk ke dalam perut kereta. Masa dalam keretapun mataku tak lekang daripada melihat rooftop sehingga lah kelibat sekolah tak kelihatan lagi.
"Amboi siapa yang Haeun tengok sampai leher tu dok pusing ke belakang?" soal omma.
"Chingu."
"Chingu? Haeun dah dapat kawan baru?"
Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Syukurlah. Siapa?"
"Nama dia Kim Taehyung."
"Lelaki?"
"Tak, pondan."
"Oh yeke? Ada juga pondan kat sekolah tu." jawab omma polos.
Aku ketawa,
"Gurau je lah, dia tak pondan pun."
"Ish Haeun ni kan!" omma mencubit manja lenganku.
Aku hanya mampu ketawa. Bila ada kawan ni, macam tak sabar pula nak ke sekolah. Lagi-lagi bila kawan tu kacak macam Taehyung.
Ok apa aku mengarut ni?
---
TBC
YOU ARE READING
Waiting : Don't Forget Me [ KTH ] ✔
Gizem / Gerilim[COMPLETED] "Don't leave me." ~ Dia roh yang tidak tenteram. Hanya Jung Haeun yang dapat membantu. Apakah misteri yang bakal terungkai? ~ "Sometimes you have to accept that people's part in your story is over."