"cepatlah keluar. aku kat depan hospital dah ni."
chat kepada mamat jo- maksud aku mikael aku send dengan hati yang berat. kau fikir aku sudi ke ambil dia ni? sudikan jelah sebab dia dah janji nak belanja aku makan.
aku memandang ke hadapan dan ternampak mikael jalan melintas kereta aku. aih dia ni.
PONNNNN!
"eh mak kau kotak meletup jadi bulat!" latahnya. adeh, muka bukan main macho sekali melatah fuh jatuh maruah woi.
"HAHAHAHAHAHAHAH apalah kau ni. buat malu kaum aje." kataku masih dengan sisa tawaku. dia membuka pintu di sebelah pemandu dengan muka cemberut dia. pikir comel ke hah?
"ish kau ni. boleh aku pandu tak?" soalnya. hah lelaki, kereta orang buat macam kereta sendiri. tak tahu malu punya kaum.
"hah ngamlah kau pandu. aku penat ni. nak tidur kejap." jawabku lalu melompat dari tempat duduk pemandu ke tempat duduk penumpang yang berada di sebelah kiri aku.
"waish ganasnya. nasib kau pakai seluar." katanya. aku pandang dia dan senyum mereng.
"aku dah prolah. aku practice setiap hari ni." balasku. takdelah practice setiap hari sangat cuma dari kecil lagi aku memang ganas ngeh.
"hah yelah." katanya lalu menutup pintu dan berlari ke tempat pemandu. adeh, lari pun comel. eh apa kau ni tin? dah kena rasuk ni.
"MAKAN WE GO!" jeritnya lalu menarik hand-brake kereta aku yang dia buat dah macam kereta dia.
"TIDUR LEGGO!" jeritku lalu menolak tempat penyandar belakang untuk jadikan dia sebagai tilam. paham tak? buat-buat pahamlah.
"nanti sampai kau kejut aku eh. aku lapar tahap dewa ni." kataku lalu menutup mataku.
"wokay." jawabnya.
"FATIN. fatin~ kita dah sampai ni." kata mikael. namun fatin masih terbuai dalam mimpi indahnya ecewah.
"heih, macam mana nak kejutkan dia ni. dahlah gelap ni. kena tangkap basah pula nanti." gumam mikael sendirian. lepastu dia nampak botol mineral yang terisi separuh di sebelah kanan dia.
dia capai lalu membuka penutupnya selepas berfikir untuk 461963917391 kali.
"terpaksalah." katanya lagi lalu menuang sedikit air ke tapak tangannya.
"haih kenapa macam ada hujan kat muka aku ni?" soalku kepada diri sendiri. walaupun mata masih pejam namun mulut masih terbuka eseh.
"bangun!" jerit mikael. mata yang tadinya terpejam terus membulat esewah padahal mata sepet haha.
"hah kita kat mana ni? apa kau nak buat kat aku hah?!" soalku dengan cemas. apa ni rapat-rapat haish.
"kita dah sampai. jom makan." katanya lalu keluar dari kereta. aku rasa aku masih dalam alam mimpi akulah haha. namun kaki lebih cepat melangkah berbanding otak yang masih memproses.
"hurm, bagi mee goreng basah dengan bandung laici."
"sama."
okay, awkward silence. aku pandang dia, dia pandang aku, senyum. aku belek fon, nanti rasa awkward pula lagi. dahlah takde game.
"eh, kita jumpa lagi." kata satu suara yang buat aku menyampah. belum makan, dah nak muntah. pergh kuat gila penangan dia ni.
"hah ni sape pula?" soalnya lagi. kalau aku cucuk dia guna pencungkil gigi ni takpe kan? tak mati juga kan?
"hah ini, aku kenalkan tunang aku. bulan depan kitorang kahwin." balasku. mikael dah tunjuk muka cuak.
kau pikir aku tak cuak ke hanat?
YOU ARE READING
JIRAN
Acak"kak, kalau nak marah pun tak payahlah buat fesyen baru." aku keluar dengan memakai baju tidur lengan pendek hello kitty aku yang bertompok-tompok warna biru muda dengan pink, seluar paras lutut, tudung terbalik, dan selipar jepun berbiji-biji timb...