Novella : Pilih Dia Atau Aku?

313 10 0
                                    

"Salam Alisa! Saya ada berita baik nak bagitahu awak. Yes, I want to back to Malaysia for a while. Yahoo! Can't wait to see you Alisa!"

Tidak berkelip matanya memandang skrin komputer itu. Mulutnya terlopong. Apa? Shahir nak balik ke Malaysia?

*** 

Lapan tahun yang lalu..

"Alisa, maafkan saya kerana terpaksa pergi meninggalkan awak. Saya lakukan ini semua untuk mencapai cita-cita saya." Kata Shahir lemah.

"Tidak mengapa, saya faham. Tapi awak akan pulang ke Malaysia semula, kan? Saya akan tunggu awak!" Alisa memandang Shahir.

"Jangan lupa balas emel saya nanti! I will miss you!" Kata-kata terakhir dari Shahir sebelum meninggalkan Malaysia.

Lapan tahun yang lalu, Alisa berusia 12 tahun manakala Shahir berusia 18 tahun. Walaupun jarak usia teramat jauh, itu tidak menjadi penghalang hubungan mereka. Entah mengapa Shahir begitu rapat dengan Alisa. Shahir menganggap Alisa tidak lebih sebagai seorang sepupu.

"Nah! Awak ambillah alamat emel ni. Malaslah nak balas-balas emel dengan Shahir!" Alisa menyerahkan sekeping nota kecil yang tertulis alamat emel milik Shahir kepada Nana yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.

"Eh, kenapa pula mesti Nana yang balas emel-emel Shahir nanti?" Nana yang ketika itu berusia 12 tahun memandang Alisa pelik.

"Kan awak sukakan Shahir? Sepupu saya?"

Nana terdiam. Perlahan-lahan Nana mengangguk sambil tersenyum.

"Oh ya. Semasa awak berhubung dengan dia nanti, awak anggap saja nama awak Alisa. Jangan sesekali mengaku yang awak tu Nana, faham?" Alisa mengerling ke arah Nana.

Nana terkejut! Namun dia terpaksa akur. Demi Shahir, dia akan lakukan apa sahaja.

***

Sebuah kereta memasuki lorong rumah Alisa. Nana yang turut menunggu di ruang tamu rumah Alisa agak berdebar menanti kehadiran Shahir. Alisa memegang erat tangan sahabatnya, Nana.

"Saya rasa berdebar sangat! Mesti Shahir handsome sangat sekarang kan?"

Nana mengangguk. Walaupun mereka saling berutus emel, dia dan Shahir tidak pernah mengutus gambar. Entah bagaimanalah rupa Shahir sekarang.

Dato Hussein menyambut kepulangan anaknya dengan senyuman dan penuh kegembiraan. Ramai juga tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga dan ahli keluarga terdekat datang bertandang. Ibu dan ayah Nana juga turut bersama pada majlis itu. Maklum sahaja, Puan Dahlia iatu ibu Nana dan Datin Liyana berjiran dan berkawan baik.

Setelah bersalaman dan bertanya khabar, Shahir memilih untuk duduk di sebuah sofa bagi melepaskan penat. Alisa dan Nana yang kebetulan turut berada di sebelah sofa itu tersentak! Wah, inilah peuang untuk berbual mesra dengan Shahir yang setelah lapan tahun terpisah.

"Hei! Buat-buat tak kenal ya?" Kata Alisa sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Shahir. "Sepupu kesayangan awaklah!"

"Ya Allah! Ini Alisa ke?" Ujar Shahir. Memang sedari tadi, Shahir memang tidak pernah lekang dengan senyuman. Itu yang membuatkan Alisa dan Nana cair memandangnya!

"Ye lah Shahir! Macam manalah awak boleh lupa sepupu sendiri! Lagipun kan kita sering balas emel?"

Nana tersentak! Alisa mengaku bahawa dialah yang sering mengutus emel dengan Shahir. Tiba-tiba hati Nana diruntun pilu. Sampai hati kau Alisa!

Shahir tergelak. "Ish.. Mana ada lupanya dekat sepupu saya seorang ni. Tak sangka awak dah besar sekarang. Last saya jumpa pun lapan tahun yang lalu, waktu tu awak masih di sekolah rendah!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 10, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Novella : Pilih Dia Atau Aku?Where stories live. Discover now