Chapter 5

277 9 0
                                        

"Yoona awak dah jumpa ke pengganti awak?" Yi Xing menyindir Yoona dengan senyuman sinis. Yoona rasa tercabar dengan sindiran Yi Xing yang agak angkuh dan kasar itu. Dia kemudiannya menjawab dengan yakin sekali.

"Sudah bos !" Namun lain pula katanya dalam hati 'Aduhai, cari penyakit tak sudah aku ni. Mana lah nak cari orang yang sanggup kerja bawah Yi Xing ni. Kalau tak ada nanti macam mana?' Yi Xing tersenyum sinis bagaikan memperkecilkan Yoona. Matanya dikecilkan sambil mengejek. Punggung disandar kemeja kerjanya. Kaki disilangkan dengan segak sambil berpeluk tubuh.

"Dia tu macam mana orangnya? Telinga dia besar macam awak jugak ke?" Yi Xing terus terusan menganjing anjingkan pekerjanya yang kelihatan tenang tapi sudah berubah menjadi pucat mukanya. Dia tahu, Yoona masih belum mampu mencari penggantinya lagi. Tengok air muka gelabah Yoona pun dia boleh tahu.

"Orangnya cantik, manis, telinga tak besar macam saya, langsing, tinggi sikit dari saya, berkarisma, mata cantik, gigi tersusun, jalan lenggang lenggok" Yoona menyebut satu satu perwatakan kawannya Nara ! Entah kenapa dia boleh menyenaraikan ciri ciri Nara pada bosnya pun dia tak tahu. Tapi dia nampak Nara dimata Yi Xing.

"Geurae, saya nak awak bawak dia masa hari awak berhenti kerja nanti, memandangkan dia gantikan awak, awak kena ajar dia dulu sebelum dia kerja dengan saya" Yi Xing berkata dengan nada mengejek. Tak percaya langsung dengan kata kata Yoona.

"Baik bos !" Yoona berkata dengan penuh kemarahan tapi cuba ditahan. Yi Xing tersenyum sinis sambil berjalan ke kerusi sandarnya.  Dia kemudiannya mengarahkan Yoona untuk meninggalkan dia bersendirian di bilik pejabatnya itu. Yoona akur. Sikit pun tak membantah kerana dia lagi suka keluar dari neraka itu.

Sepanjang masa bekerja, Yoona terpaksa beralih dari laman blog Nara ke laman blog Gmailnya. Dia mahu melihat respons orang ramai terhadap kerja kosong ini.

"Baru satu respons? Ish susahnya nak cari pekerja untuk bos cerewet aku ni. Lagi dua hari je tempoh yang tinggal" Yoona berkata sendirian. Sekejap sekejap dia menekan butang minimize kerana dia harus menyiapkan kerja untuk bosnya yang kejam itu.

Tiba tiba dia disergah. Sehun sedang buat muka gelabah. Yoona tak sedap hati. Aduhai kenapa muka Sehun gelabah semacam ni? Macam ada masalah.....

"Wae geurae Sehunnie?" Yoona bertanya kalut.

"Yoona, Tuan Zhang datang !!!" Sehun terjerit jerit kalut. Yoona terbelalak. Alahai. Masalah besar. Masalah besar !!! Dia ikut kalut. Dia mengemas segala dokumennya dan meluru keluar untuk menyambut kedatangan Tuan Zhang.

"Annyeong....." Nara terdengar suara Yoona. Yoona dilihatnya sedang melangkah masuk ke rumah sewa mereka dengan langkah longlai. Kesiannya. Mesti ada lagi hinaan dari Yi Xing seperti hari hari sebelumnya.

"Wae geurae?" Nara bertanya setelah Yoona masuk. Yoona mengeluh kuat. Mukanya masam mencuka. Geram.

"Biasalah, kena tengking. Bos salah letak fail, aku dimaki sesuka hati. Sebenarnya bukan salah letak tapi dia dah pegang sekali dengan fail lain. Dia kata aku cuailah apalah" Yoona mengeluh hampa dengan sikap bosnya yang garang macam harimau itu. Teringat kejadian di pejabat tadi, buat dia rasa nak tembak bosnya !

"Alahai, kalau aku jadi kau, dah lama aku kick bos kau tu" Nara berkata bengang. Kesian Yoona. Yoona mengeluh sekali lagi. Bukan salahnya pun dia tetap kena. Kalau Nara yang berhadapan dengan bosnya itu, tentu tak sampai dua bulan bosnya dilentur,  Nara sangat bahaya ! Nampak lembut tapi berbisa. Kenapalah Nara taknak menggantikan dia?

"Hajat hati memang nak kick, lempang sekali. Disuruhnya aku selongkar rak dia sampai dapat cari fail tu. Bila aku terpandang kat tangan dia, mulalah merah muka menahan malu. Disuruhnya aku kemas balik bilik dia. Sakit hati betul. Nasib baik ada Tuan Zhang kat situ. Kalau tak memang tak ada sabar dah" Yoona berkata tidak puas hati. Naik turun nafasnya menghamburkan semuanya.

Mr. Devil I Love YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang