****
Qiswany memandang tangannya yang digenggam oleh Puan Halifah."Kamu nak ke tengok Hazwin membesar tak ada ayah? Kamu nak ke tengok Hazwin tu sedih bila tak tahu langsung siapa ayah dia? Kamu nak ke jadi isteri nusyuz? Sudah-sudahlah tu bergaduh. Tak baik. Ibu, ayah, semua tengok kamu berdua pun penat." Belakang Qiswany diusap lembut.
"Pergilah tegur dia kalau kamu dah sedia nanti. Janganlah dingin sangat dengan dia. Kesian ibu tengok dia tu. Boleh ea?" Puan Halifah bangun dan berjalan ke peti sejuk mahu mengambil kek coklat yang dibuatnya semalam.
Qiswany yang termenung selepas mendengar kata-kata ibunya bangun. Dia mengintai Fikrie yang berada di ruang tamu. Dia melihat sahaja Fikrie yang mendukung Hazwin sambil mengalirkan air mata.
Dia memerhatikan sahaja Hazwin yang berada dalam pelukan Fikrie. Dia terfikir, patut ke dia mula berbaik dengan Fikrie semula? Atau biar je dia macam tetamu yang datang ke rumah?
Ibu kata kalau dah sedia boleh tegurkan? Jadi, dia ambil keputusan yang dia belum sedia. Hatinya sangat sakit bila teringat kata-kata suaminya dulu.
IBU duduk di sofa selepas menuangkan air dan menghidangkan kek coklat kepada Fikrie. Qiswany duduk di sebelah Hazwin supaya anak kecil itu tidak terjaga dari tidurnya.
"Rie datang ada apa ni? Kenapa tiba-tiba je?" Puan Halifah duduk di kerusi bersebelahan dengan Fikrie.
"Erm, sebenarnya Rie nak tumpang tidur dekat sini. Tapi kalau ibu tak nak tak apa. Rie boleh je cari hotel." Qiswany yang tidak memandang dirinya dipandang. Wanita itu sedang menumpukan perhatiannya pada anaknya yang sedang tidur.
"Ehh, tak payah. Kamu tidur je sini. Buat apa ibu nak suruh kamu cari tempat tidur lain? Ibu nikan ibu kamu." Puan Halifah berdabik dada. Fikrie hanya tersenyum.
"Terima kasih, bu. Rie tak lama pun. Dua malam je."
"Hmm, jangankan dua malam, setahun pun ibu bagi. Pindah terus sini pon boleh." Puan Halifah memerli sambil memandang Qiswany. Fikrie hanya ketawa. Tak sanggup nak melawan kata-kata mentuanya.
Qiswany serta-merta memandang ibunya. Dia membuat reaksi apa-yang-ibu-nak-buat-sebenarnya? Tapi pandangan anaknya Puan Halifah tak hiraukan. Biar anaknya terima pengajaran sedikit.
"Rie boleh tidur dekat bilik atas. Kat atas ada tiga 4 bilik. Tapi satu je yang kosong. Tapi kalau kamu nak tidur bilik Wany, ibu tak kisah pun." Puan Halifah menunjuk ke tingkat atas sambil tersenyum. Qiswany membiarkan sahaja ibunya memerli dirinya.
"Adik, pergi tunjuk bilik laki kamu. Jangan nak mengada sangat." Qiswany berdiri sambil mendukung Hazwin. Dia mula berjalan ke tingkat atas.
"Rie ikut je Wany tu." Fikrie mengangguk dan mencapai begnya yang berada di lantai lalu mengikuti langkah Qiswany ke tingkat atas.
"Bilik awak kat sana." Qiswany menunjuk ke arah bilik yang bersebelahan dengan biliknya. Fikrie memandang Qiswany. Panggilan yang dulunya aku-kau dah bertukar kepada awak-saya pula?
Dia biarkan sahaja perkara yang dia perasan. Tak naklah Qiswany berkasar dengannya lagi.
"Thanks, Wany." Fikrie tersenyum ke arah Qiswany sebelum pintu bilik dibuka. Qiswany melihat Fikrie sehingga pintu biliknya tertutup semula.
Hazwin yang berada dalam dukungannya mula merengek. Dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik supaya Hazwin dapat tidur dengan selesa.
BEG pakaian diletakkam di sebelah pintu bilik. Stokingnya dibuka sebelum menghempaskan dirinya di atas katil. Akhirnya, dia dapat tidur di rumah mentuanya. Rasa gembira sangat dapat jumpa anaknya.
Fikrie tersenyum sendiri. Sekaligus rindu pada isterinya dapat dilepaskan dengan hanya memerhatikan gerak-geri isterinya.
Tanpa dia sedar, dia mula memejamkan mata. Akhirnya dia tertidur di atas katil tersebut.
"HAZWIN. tadi dia buat apa kat Hazwin? Dia apa-apakan Hazwin ke?" Hazwin yang sudah bangun dari tidurnya merenung Qiswany. Jari telunjuk yang berada dalam genggamannya yang kecil dieratkan lagi genggamannya.
Qiswany memandang anaknya dengan senyuman. Dia tahu Fikrie cuma terharu melihat Hazwin. Rasanya dia belum pernah jumpa Hazwin. Yelah, masatu Hazwinkan masih dalam kandungannya.
Sekarang dia berfikir. Macam mana nak elakkan dirinya dari berbual dengan Fikrie. Dia masih perlukan masa. Satu persatu ideanya datang. Tahulah nanti dia nak buat apa.
"RIE, tambahlah lagi. Ibu masak banyak ni. Gembira punya pasal. Macam nilah jadinya." Fikrie yang duduk di sebelah Qiswany hanya tersenyum.
Puan Halifah yang duduk di sebelahnya menyambung makan. Matanya merenung Qiswany yang sedang menguis-nguis makanan. Dahlah makan sikit je. Kalau sakit macam manalah agaknya.
"Adik, makanlah. Janganlah buat main je makanan tu." Qiswany yang sedang mengelamun tersentak.
"Adik dah kenyanglah, bu. Adik naik dulu tengok Hazwin." Fikrie yang hendak menyuapkan nasi ke dalam mulut terhenti.
'Hazwin?' Dia melihat Qiswany naik ke tingkat atas dari meja makan.
Puan Halifah menggeleng. Anaknya itu langsung tak mahu berbaik ke dengan menantunya? Sel-sel otaknya mula berhubung. Puan Halifah mengangguk dan menyambung makannya.
Fikrie melihat makanan di pinggan isterinya. Langsung tak terusik. Cepat-cepat dia habiskan makananya dan bangun ke sinki. Dulang yang berada di atas kaunter dicapai.
Pinggan Qiswany dia atas meja diletakkan di atas dulang bersama dengan secawan air. Fikrie tersenyum ke arah ibu mentuanya dan berjalan ke atas sambil menatang dulang.
QISWANY tersengar bunyi ketukan pintu biliknya. Dia yang terbaring di atas katil bangun dengan malas-malas dan membuka pintu.
Selepas sahaja buka, dia terus berjalan semula ke arah katilnya tanpa melihat siapa yang mengetuk biliknya.
Qiswany menjatuhkan dirinya supaya dapat meniarap dia atas katil. Pintu bilik ditutup.
"Ibu nak apa ni?"
Fikrie yang berdiri sambil menatang dulang melihat isterinya dengan senyuman.
"Abang bukan ibulah." Qiswany terus bangun dan duduk sambil melihat Fikrie dengan muka terkejut.
"Apa awak buat dalam bilik saya?" Qiswany membungkuskan dirinta yang sedang duduk dengan selimut. Mukanya sahaja yang ditunjuk.
Fikrie meletakkan dulang dia atas meja kecil sebelah katil dan duduk di lantai berhadapan dengan Qiswany yang duduk di atas katil.
"Saja." Dia tersenyum.
"Ok keluar." Qiswany melirikkan matanya ke arah pinty biliknya supaya Fikrie keluar.
"Tak selagi Wany tak makan."
"Saya tak lapar." Selepas sahaja dia berkata, tiba-tiba perutnya berbunyi.
"Wany nak tipu abang pun tipulah. Tapi perut tu takkan menipu kalau dia minta diisi." Fikrie menunjuk perut Qiswany yang bertutup selimut.
"Diamlah. Keluar please."
"Wany tak makan, abang tak keluar." Fikrie menyilangkan tangannya dengan muka yang serius.
Qiswany melepaskan keluhan panjang sambil menjeling Fikrie. Makanan yang berada di sebelah katilnya di capai.
Fikrie tersenyum bila isterinya mengikuti apa yang dikatakan. Itupun kena paksa baru boleh.
"Wany.."
TBC
YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomancePermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...