PROLOG

46 6 3
                                    

BAMMMMMMM!

Matanya terbuka luas. Dadanya terasa senak akibat hentakan kuat distereng kenderaannya. Air bag mula keluar dari stereng itu namun cukup lambat untuk menyelamatkan bahagian hadapan badannya yang sudah tercedera akibat terhantuk dan terkena serpihan cermin.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Luthfi sukar bernafas kerana dadanya terlampau senak. Sakit. Luthfi toleh sekeliling. Keretanya masih berada di atas jalan. Mungkin selepas terlanggar divider sebentar tadi, kereta berpusing dan kembali berada di atas jalan raya. Kedudukannya sangat bahaya; tengah jalan.

Malam semakin kelam, dan kesakitan Luthfi semakin terasa. Badannya terasa berdenyut. Tiada sebuah pun kenderaan yang melalui jalan itu. Luthfi akui, jalan disitu terlalu sunyi pada waktu malam.

Lantas Luthfi cuba sedaya upaya menolak pintu kenderaan agar terbuka. Nasib sahaja kenderaannya banyak terjejas pada bahagia hadapan dan tepi kiri.

"Ergghhh..." Luthfi mengerang. Sakit yang dirasainya semakin menyengat apabila dia mula bergerak. Luthfi gigit bibir. Matanya mula berkaca-kaca menahan sakit yang tidak terhingga.

"ALLAH..." Bisik Luthfi perlahan. Kaki kanannya diletakkan keluar keretanya. Perlahan-lahan dia cuba bangkit dan meninggalkan kenderaannya.

PONNNNNNNN!

Mata Luthfi terbuka luas saat sebuah lori menghampiri keretanya dengan laju. Lantas dia melompat sedaya upaya menjauhi keretanya yang mungkin akan dilanggar oleh lori. Kudrat yang masih bersisa digunakan demi menyelamatkan dirinya.

ALLAH, selamatkan aku. Aku masih pendosa. Aku banyak dosa. Izinkan aku untuk bertaubat, ya ALLAH.

Bisik Luthfi ketika tubuhnya berada di awangan sewaktu dia melompat meninggalkan kenderaannya.

BUKKK!

"ALLAH!" Jerit Luthfi dengan kuat. Dadanya semakin senak saat badannya menyentuh permukaan tar yang kasar itu. Sesaat badannya berada di atas jalan tar, bunyi rempuhan kuat terhadap kenderaanya bergema. Lori itu benar-benar merempuh keretanya.

Semuanya berlaku di depan matanya. Semuanya kelihatan berlaku dalam keadaan slow motion. Serpihan-serpihan dari keretanya mula tercabut akibat dari rempuhan itu sehingga melantun merata.

Pintu yang menempatkan pemandu tercabut dan juga melayang. Malangnya, pintu itu melayang ke arahnya.

Luthfi hanya mampu melihat. Dia sudah tidak berdaya. Andai itu takdirnya, dia terima. Andai saat ini penghujung hidupnya, semoga ALLAH mengampunkan segala dosa-dosanya.

BUK!

Belum sempat pintu kereta itu mengenainya, Luthfi sudah tidak sedarkan diri. Dunianya gelap. Walaupun pintu itu tepat menghentam tubuhnya, Luthfi sepertinya tidak merasai apa-apa.

Written by : Han.
2248, 190618

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BROTHERHOOD : A TALE OF US Where stories live. Discover now