<BAB 1>

1 0 0
                                    

Hidup umpama bayangan yang tiada penghujung hari...Tetapi apabila namamu dicabut segalanya sudah berakhir,kau tiada apa apa lagi untuk membantu kau,untuk kau bergantung...Kau cuma perlu hadapnya...SAHAJA.
__________________________________

Dr.Eric Valmont Jekyll atau lebih dikenali sebagai Dr.Jekyll, merupakan seorang pengembara,pencari khazanah,pengkaji sejarah,dan seorang doktor.Beliau sering pergi ke tempat-tempat yang berbahaya,hanya untuk membuat kajian.Kajian-kajian yang beliau lakukan tidak pernah menjumpai jalan buntu.Pasti akan ada benda baru yang ingin ditunjukkan pada dunia.

Suatu hari,Dr Jekyll pergi menerokai sebuah gua di Minnesota,Amerika Syarikat.Beliau bersama rakan seperjuangan beliau,Dr.James McMannon.Beliau dan rakan beliau ingin membuat penemuan baru.Tapi apa yang mereka rancang,tidak berjalan seperti yang mereka inginkan.Mereka telah diserang oleh makhluk yang amat ganjil dan hodoh.Makhluk tersebut amat buas.Makhluk tersebut ingin menyerang Dr.Jekyll tetapi,Dr.James lompat,lalu menolak Dr.Jekyll ketepi.Manakala Dr.James pula,mengalami cedera parah di bahagian perut.Perut Dr.James hampir terburai.Dr.Jekyll menarik Dr.James dan sandarkannya pada batu berdekatan.

Dr.Jekyll memberanikan diri untuk bertarung dengan makhluk itu.Beliau mengambil kapak pendaki di dalam begnya.Beliau menjerit lalu melompat dan manghayunkan kapaknya ke muka makhluk tersebut.Makhluk tersebut terjatuh ke tanah dan meronta-ronta sementara kapak milik Dr.Jekyll melekat pada muka makhluk itu.
Dr.Jekyll mengambil batu dan menghempas batu itu ke muka makhluk itu beberapa kali untuk melepaskan geram kerana makhluk itu telah bunuh rakan baiknya.Dr.Jekyll meraung sekuat hatinya dan menghempas batu itu ke muka makhluk itu buat kali terakhir.Makhluk itu mati terkulai.Dr.Jekyll mengambil botol kecil didalam begnya lalu memasukkan darah makhluk tadi kedalam botol itu.Beliau meminum sedikit darah itu untuk memulihkan tenaganya.Selepas itu,beliau mendukung mayat Dr.James yang mati akibat kehilangan banyak darah itu keluar dari gua.Setelah keluar dari gua,Dr.Jekyll mengambil telefon satelitnya dan menghubungi bantuan.Bantuan tiba beberapa jam kemudian.Mereka berjaya dibawa keluar menggunakan helikopter.

Dr.Jekyll amat kesal.Kehilangan rakan karibnya amat
tidak boleh diterima.Beliau masih tidak dapat menerima hakikat tentang kehilangan rakan karibnya.Kalau diberi peluang
kedua untuk putar semula masa , beliau ingin menggantikan tempat Dr.James sebagai mangsa korban makhluk tersebut.

Dr.Jekyll masuk kedalam makmalnya untuk berehat dan meratapi kehilangan rakan karibnya.Beliau mengambil,gambar Dr.James dan menyimpannya di dalam sebuah peti kecil milik Dr.James.Selepas beberapa jam tertidur,beliau terbangun dari tidurnya dan berasa pening serta mual.Mungkin terlalu penat.

Beliau sentiasa terfikir apa akan jadi pada keluarga Dr.James jika tiada sesiapa ingin menanggung mereka.Beliau mengambil keputusan untuk melawat keluarga Dr.James.
Dr.Jekyll hendak keluar tapi tiada sesiapa ingin menjaga makmalnya.Beliau memanggil pembantunya Steven Reddess

"Steven,saya nak keluar kejap...Saya nak melawat keluarga Dr.James...kamu jagakan makmal untuk beberapa jam...Kalau sampai pukul 7 saya tak balik lagi,kamu kunci makmal ya?" arah Dr.Jekyll

"baik,doktor" kata Steven menerima arahan.

Sewaktu dalam perjalanan pulang selepas melawat keluarga Dr.James dengan menaiki teksi,Beliau terasa seperti ada sesuatu berada didalam badannya.Tidak selesa,gemuruh,dan rasa ingin marah.
Kemudian,beliau tiba-tiba menjerit lalu badannya bertukar menjadi besar dan berbulu,matanya bertukar bentuk,giginya menjadi tajam.Seperti ada orang lain yang berada di dalam badannya.Beliau membayar pemandu teksi tersebut lalu keluar dari teksi dan lari kearah hutan.Tiada jejaknya dapat dikesan.

AKU DALAM DIAWhere stories live. Discover now