Part 1

2.1K 121 72
                                    

LOCATION : AT CYBER RAYA CITY
DATE : 1 hb NOVEMBER 2042
TIME : NIGHT

Alicia menongak memandang ke langit. Kelihatan bintang bintang bertaburan dan menyinari kepekatan malam. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Mukanya jelas terpancar kekecewaannya.

Dia kini berada di atas bumbung sebuah bangunan yang tertinggi di cyber raya.
Dia memandang ke bawah. Kelihatan begitu banyak kereta yang bersesak sesak di lebuh raya. Kaki Alicia sengaja dijuntaikan ke bawah.

Kota cyber raya memang sentiasa sibuk. Dah 14 tahun berlalu dan kota itu tidak pernah berhenti membangun dan semakin pesat membangun. Bangunan bangunan tinggi dibina di kota itu terlalu banyak menyebabkan landskap di tempat itu berubah menjadi seperti tempat itu dikelilingi dengan gunung gunung batu. Ianya berbeza dari 14 tahun yang lepas ketika Alicia masih lagi 12 tahun.

Namun begitu pemandangan di kota itu sangat indah, kerlipan kerlipan lampu yang pelbagai warna terpancar indah di seluruh kota.

"Hoii kau nak bunuh diri ke apa?" Suatu suara menjerkahnya

Alicia berpaling ke arah pemilik suara itu.

Rudy tersenyum sinis. Dia mengangkat tangannya dan melambai ke arah Alicia

Alicia merengus tetapi tangannya tetap membalas lambaian Rudy.

"Mulut kau memang dari dulu lagi memang celupar kan?" Alicia menjeling Rudy seketika sebelum memandang kembali kota cyber raya. Dia sampai sekarang tak faham dengan perangai Rudy yang suka bercakap ikut sedap hati dia.

Rudy mengangkat bahunya malas. Dia berjalan mendekati Alicia dan kemudian berdiri di sebelah tempat duduk Alicia.

"Siapa suruh kau duduk kat hujung bangunan ni. Kalau orang lain tengok pon ingatkan kau nak bunuh diri." Rudy membela dirinya. Matanya tertancap pada pemandangan indah kota cyber raya.

Apabila mendengar kata kata Rudy itu Alicia memutarkan bebola matanya.

'Mulut celupar sungguh' gumam Alicia dalam hati

"Kau fikirkan dia ke?" Soal Rudy kepada Alicia

Alicia terdiam. Suasana sepi antara mereka.

"Kau rasa macam mana keadaan dia sekarang?" Alicia berpaling menghadap Rudy. Skaf yang dipakainya berkibar di tiup lembut oleh angin. Rambutnya yang sekarang semakin memanjang hingga melepasi bahu dibiarkan ditiup angin.

Rudy mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Antara aku dan kau, aku rasa kau lagi rapat dengan dia.. jadi aku rasa soalan tu kau je yang boleh jawab... " Rudy membalas

Alicia berpaling balik menghadap bandar cyber raya. Mereka memandang pemandangan indah itu sambil tenggelam dalam fikiran masing masing.

"Kau masih tunggu dia ke?" Rudy menyoal

Alicia mengangguk.

"Kau pasti dia akan kembali?"

Alicia diam.

"Walaupun dah genap enam tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar berita?" Rudy duduk mencangkung di sebelah Alicia

"Aku yakin dia akan pulang....... Aku yakin..."

Rudy mengeluh

"Alicia.. kau tak perlu tipu diri sendiri......"

Apabila mendengar kata kata Rudy. Alicia memandang ke arah Rudy. Muka dia sudah mendung. Dia mengeluh lemah.

"Habis tu apa patut aku buat? Aku hanya mampu berharap je buat masa sekarang ni"

"Itu aku tahu. Kita semua berharap dia dapat pulang dengan selamat.... tapi kau patut tau yang kau tak patut pendamkan perasaan kau seorang diri...." Rudy menasihatinya

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Still Waiting (Ejen Ali)Where stories live. Discover now