*1*

3 1 1
                                    






Tina terkejut daripada tidur apabila badan-nya digoncang kuat. Sebaik sahaja membuka mata, seorang perempuan tua dengan mata-nya yang besar dan bulat berdiri memandang tina dengan pandangan tajam. Namanya Luna. Perempuan tua itu adalah wanita jahat yang selalu menyusahkan tina.

"Bangun cepat dan masakkan air!" perintah Luna dengan suara yang kuat.

Tina segera bangun dan berlari ke dapur. Dengan mata yang masih mengantuk, tina me-nyalakan api menggunakan kayu-kayu yang tersedia di situ. Cerek yang dipenuhi air segera di letakkan di atas tungku batu. Sebentar sahaja api mulai menyala dan memanaskan cerek yang berwarna hitam itu.

"Masakkan juga bubur nasi bercampur daging buatku," jerit Luna dengan suara yang nyaring dari arah hadapan.

"Baiklah, mak cik Luna," jawab tina

"Jangan panggil aku dengan panggilan itu! Panggil aku permaisuri Luna!" Luna menjerit.

"Baiklah, permaisuri Luna!" jawab tina takut takut.

"Sudah! Teruskan kerja kamu!" arah Luna.

Tiba tiba, tina terdengar suara ketawa halus dari bawah meja berhampiran kakinya. Tina mencari cari arah suara itu. Dia dapati jungkook, arnab kesayangannya yang berwarna putih bersih sedang ketawa.

"Mengapa kamu kamu ketawa?" tanya tina dengan suara yang perlahan.

"Benarkan perempuan itu permaisuri?" tanya jungkook dengan ketawa yang semakin panjang. Sebenarnya hanya tina yang dapat memahami kata kata jungkook. Tiada orang yang tahu tina dapat berkomunikasi dengan jungkook.

"Jangan bising. Nanti taehyung terdengar suara kamu," tina menaikkan jari telunjuk ke bibirnya kepada jungkook sebagai isyarat diam.

"Taehyung yang hitam dan busuk itu masih tidur," kata jungkook sambil ketawa lagi. Taehyung ialah musang hitam kesayangan Luna. Ke mana sahaja Luna pergi, pasti taehyung bertenggek di atas bahu Luna.

"Jangan bising, nanti taehyung terjaga dan menggigit kamu," kata tina sambil mendukung jungkook menuju ke bilik tidurnya.

"Saya mahu menyediakan makanan untuk Luna. Kamu jangan keluar dari bilik ini kerana saya khuatir taehyung mencakar kamu dengan kukunya yang tajam itu," kata tina dengan penuh rasa risau.

Tina sangat sayangkan jungkook. Hanya jungkook yang menjadi temannya. Hanya jungkook tempat tina mengadu. Tina tidak dibenarkan bercakap dengan pekerja istana yang lain. Malah, tina juga jarang melihat pekerja pekerja istana itu bercakap sesama sendiri. Mungkin mereka takut diherdik dan ditengking oleh Luna. Bukan itu sahaja, Luna pasti menyeksa dan mengurung mereka yang melanggar arahannya di dalam penjara bawah tanah.

"Baiklah. Awak pergilah masak dahulu. Nanti perempuan tua itu menjerit lagi," kata jungkook yanga melangkah perlahan lahan ke dalam bilik tidur tina berdekatan dengan daput itu.

Tina terus menyediakan bubur sebagaimana yang dipinta oleh Luna. Tanpa melengahkan masa, tina membancuh minuman untuk Luna sejurus selepas air mendidih. Minuman itu terdiri daripada campuran ramuan yang dibuat sendiri oleh Luna. Baunya yang menusuk hidung tidak disenangi oleh tina.

"Mengapa kamu termenung? Mana bubur dan minuman aku?" Luna muncul di belakang tina.

"Sudah masak, permaisuri Luna," jawab tina takut takut lantas mencedok bubur sebagaimana yang dikehendaki oleh Luna. Bubur yang sudah masak dan masih menggelegak itu dihidangkan kepada Luna yang sudah siap duduk di meja makan.

Seperti biasa, taehyung yang bertenggek di bahu Luna turun dan duduk di atas meja berhampiran mangkuk bubur Luna. Ekornya yang mengebang itu seakan akan mengenai mangkuk bubur Luna.

Luna menjamah bubur itu dengan lahap meskipun masih panas berasap. Matanya yang tajam dan bersinar itu memandang ke arah tina yang berdiri tidak jauh dari situ.

"Siapkan air panas. Aku mahu mandi sebentar lagi," perintah Luna dengan suara paraunya. Taehyung ketawa dan matanya meliar seolah olah mencari jungkook.

Tina mengangguk dan segera berlalu ke dapur bagi memasak air di dalam kawah besar. Dalam kawah air mandian itu, diletak pula pelbagai jenis akar kayu yang disediakan sendiri oleh Luna.

Apabila akar akar kayu dimasukkan ke dalam kawah, air itu bertukar menjadi hitam dan kebiru biruan. Baunya sangat busuk. Tina terpaksa menutup hidungnya setiap kali memasak air mandian Luna.








Sambung.....................

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 20, 2018 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Kristal AjaibTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang