"Reen we need to talk" ujar Mikael sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik.
Nureen berpusing berdiri menghadap jejaka itu.
"I don't want to fight with you. I'm tired" kata Nureen.
Mikael tidak membalas apa-apa dan jalan melintasi Nureen lalu baring di atas sofa.
Sudah hampir dua bulan lebih mereka berkahwin namun tempat tidur mereka masih berasingan.
Lampu ditutup memandangkan Mikael tidak mahu meneruskan perbualan mereka.
8:00 A.M
Mikael mengemaskan kot berwarna birunya.
Manakala Nureen sudah selesai dengan solekannya.
Kedua-duanya hanya mengunci mulut mereka. Seperti tiada apa-apa untuk dibincangkan bersama.
Mikael meninggalkan bilik tidur mereka.
Nureen sedikit mengeluh. Dia juga tidak tahu bila mereka mahu duduk serta berbincang mengenai keadaan rumah tangga mereka yang sememangnya mungkin tiada sinar kebahagiaan untuk diselamatkan.
Pada awalnya, dia sedikit pun tidak mahu ambil peduli tetapi memandangkan ibu mentuanya sudah mengharapkan sesuatu, amat sukar dirinya untuk membuat keputusan.
Beauty House
Nureen berjalan masuk ke dalam bangunan itu tanpa menghiraukan pihak media yang sudah memenuhi kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan itu.
"Parah la macam ni. Aku tak buat scandal pun kena redah wartawan" rungut Mya yang kebetulan tiba pada masa yang sama.
Nureen hanya melihat rakannya itu sepintas lalu.
"Ye la mana tahu kau ada buat scandal dengan mana-mana pelakon or model ke" sindir Nureen lalu mereka masuk ke dalam lif.
"Eh tak ada masa aku. Banyak kerja lain yang aku boleh buat lagi" balas Mya mempertahankan dirinya.
Ting
Lif itu berhenti di tingkat bahagian pengurusan utama Beauty House manakala butik terletak di tingkat satu dan dua.
Studio pula berada di basement jika mereka mempunyai apa-apa photoshoot ataupun rakaman iklan.
Nureen masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Komputer dihidupkan.
Drit drit
Tiba-tiba telefonnya menerima satu message.
Nureen terus menyentuh nombor-nombor yang terdapat pada skrin telefon pintar itu.
Private number
Along nak jumpa Reen boleh?
Membulat mata Nureen sebaik sahaja membaca message yang baru sahaja diterimanya.
"Kau nak apa lagi la?" gumamnya seolah-olah menyampah.
Jarinya ligat menyentuh papan kekunci untuk membalas message itu.
Aku dah kata aku tak nak jumpa kau lagi. Eh susah sangat ke nak faham. Tak guna kau nak kutip aku balik. Pasal gambar tu aku tahu kau hantar. Motif? Stop all these nonsense things.
No. I won't. We need to talk.
I don't want. Just die off
Telefon itu terus dicampak ke atas meja.
'Aku takkan jumpa kau lagi'
Kebetulan Jeff masuk ke dalam pejabatnya bersama beberapa dokumen di tangannya. Selain mempunyai agensi risikan sendiri dia juga membantu mama angkatnya untuk menguruskan hal kewangan di syarikat serta butik itu.
"What's wrong with your face?" soalnya.
Nureen menyilangkan kedua belah tangannya.
Jeff terus mengambil telefon pintar Nureen yang baru sahaja dicampak di atas meja itu sebentar tadi.
"You want to meet him?"
"Are you crazy of course no way!" tegasnya.
"So what's your plan? By the way I think your sister fall in love with Mikael" ujar Jeff lalu bersandar pada kerusi.
Nureen memandang Jeff.
"Go and meet him. Deal with him. About that girl we just need to wait" arah Nureen.
"Okay then as you wish. I need to go for the board meeting" pamit Jeff lalu meninggalkan bilik itu.
'Perempuan tu kau pun sama je. Oh yea should I meet you. I'm sure you miss me a lot sister. I'm not the same Nureen'
Tok tok
"Come in"
Tersembul wajah PA kepada dia dan juga Mya di muka pintu.
"You need to go to the studio right now. For Dior advertisment"
"Ok please give me a few minutes" balas Nureen.
Gadis itu hanya menunduk lalu menutup pintu pejabat anak majikannya.
Nureen mengemas fail yang bersepah di atas mejanya lalu mencapai telefon pintarnya untuk dibawa bersama.
Hanya itu sahaja yang diperlukan.
Dengan membawa nama Reen dia kini mampu berdiri megah di atas pentas peragaan serta beribu-ribu lensa kamera memfokuskan ke arahnya.
Tetapi masa silamnya masih tidak dapat dilupakan hanya dengan satu cahaya yang keluar dari lensa kamera.
TBC
YOU ARE READING
CHANGED✔
RandomChanged Everything can be changed. Heart? Feeling? Fate? Past life? For 'this person' all that can be changed even if all it was a bit painful. Start:12th June 2017 End:31st July 2018 ⇨Rank⇦ 13/12/17:#51 in random 17/12/17:#37 in random 26/6/18:#30...