●RAPUH 4●

379 13 0
                                    

Aku terasa ada tangan yang memegang bahuku dan mengerakkan tubuhku .

"Akmal wake up ." Mataku tercelik dan memandang ke arah mama yang menatap aku .

Aku meraup wajahku dan terasa ada air yang mengalir di pipi .

'Aku menangis betul-betul ?' desisku dalam hati . Aku menyeka saki-baki air mata dan memandang ke arah mama semula .

"Doktor dah keluar tu . Mari ." Mama menarik tanganku merapati doktor yang menanggalkan masknya .

Wait ! Situasi ni serupa macam dalam mimpi buruk aku .

Aku berlagak tenang dan cuba untuk berfikiran postif .

"Macam mana keadaan anak saya ?" Umi menanya dengan suara serak akibat terlalu menangis tadi .

Doktor tersebut mengangkat tangannya separas bahu tanda meminta kami untuk bersabar . Perbuataannya itu menambahkan gemuruh di hatiku .

"Encik...Puan... pesakit...." doktor itu berjeda seketika . Dia tak tahu yang hati aku menahan amarah .

Aku pun manusia biasa so aku pun ada tahap kesabaran . Tapi aku tak dapat bersabar sekarang .

Aku menarik kolar baju doktor itu .

"Kenapa dengan tunang aku ?!" Aku menjerkahnya . Dia seperti bermain-main dengan kesabaran aku .

Ayah menenangkan aku dan menyuruh aku bersabar . Aku meleraikan pegangan tanganku di kolar baju doktor lelaki tu .

Aku meraup wajah kasar .

"Pesakit dapat diselamatkan tapi..." doktor tu berjeda lagi seperti ayat yang seterusnya tersekat dan tak dapat diluahkan olehnya .

Sekali lagi aku mencapai kolar baju doktor tu .

"Tapi apa ?! Straight to the point lah ! " Aku tak dapat bersabar dah sekarang . Aku bengang sangat dengan sikap doktor ni .

"Tapi pesakit dalam keadaan koma . Kita hanya tunggu bila dia boleh sedar semula . Saya harap encik, puan dapat bersabar . Kita tunggu perkembangan pesakit . Saya minta diri dulu ." Doktor tu berlalu sambil memberikan senyuman ikhlas dekat aku . Mujur sahaja aku dah minta maaf tadi .

Kami menapak masuk ke bilik yang menempatkan Izyani .

Sekujur tubuh yang terbaring lesu dan wayar berselirat di sekelilingnya menarik perhatianku .

Satu persatu air mata lelaki aku menitis di pipi . Aku rasa bersalah . Sangat bersalah .

Aku menapak ke sofa yang  berada di dalam bilik tu dan menunduk memandang lantai .

"Akmal nak jaga Izyani ." Ayat itu melomtar keluar dari mulut ku .

Ayah dan walid kelihatan mengangukkan kepala mereka tanda bersetuju . Aku tersenyum hambar ke arah mereka . 

Dalam beberapa minit , aku meminta diri untuk ke cafe yang berdekatan dengan hospital . Nak dapatkan makanan untuk alas perut masa jaga Izyani malam nanti.

"Aku bersyukur Izyani masih bernafas . Sekurang-kurangnya dia tak tinggalkan aku . ' desisku dalam hati .

Aku menapak ke arah lif dan menuju ke tingkat bawah .

RAPUH Where stories live. Discover now