Bab 1.

17 0 0
                                    

Angin malam menghembus lembut di pipi. Sayu dan sepi. Joanna termenung sambil menghadap ke luar jendela biliknya. Sedang asyik mengelamun, dia sendiri tidak sedar mamanya sudah duduk di sebelah. Datin Noriah tersenyum kelat.

"What did I do to deserve this, Ma?" tanya Joanna. Kelihatan raut wajahnya amat sedih sekali. Mana mungkin seorang ibu mampu melihat keadaan anak gadis tunggalnya itu bersedih.

"You do nothing, sayang. Dah ditakdirkan Anna dan Razif bukan berjodohan. You can't blame yourself on this. Dia yang dah buat keputusan untuk pergi dari hidup Anna. Jangan merayu lagi. Biarkan dia pergi." Jelas Datin Noriah panjang lebar.

"But I love him, Ma. You know we're getting married, right? Lagi sebulan kot majlis perkahwinan tu. Semua dah siap, baju dah tempah, cincin dah beli. I just don't understand why. Kenapa semua lelaki kejam, Ma?" Menangis teresak-esak Joanna memikirkan hal tersebut. Yelah sepatutnya hujung bulan ni Joanna Ameerah dan Razif Ashraf bakal berkahwin tapi tiba-tiba sahaja Razif Ashraf membatalkan hasratnya itu. Joanna semestinya tidak dapat menerima hakikat. Kegembiraannya bertukar menjadi kesedihan yang dia sendiri tidak mampu luahkan. Perit. Sakit. Semuanya bercampur baur.

"Not all men, Anna. Ingat pesan Mama ni, setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. Mama percaya ada sesuatu yang lebih baik lagi yang Dia nak beri pada kamu. More than you ever think. Dah, jangan sedih lagi. Buruk lah muka tu. Mama lahirkan Anna terus cantik tau!" Datin Noriah mengusap lembut air mata di pipi anaknya. Betul lah orang kata. Kasih sayang seorang ibu tiada tandingan dan tiada gantinya. Terasa nyaman Joanna dalam dakapan mamanya itu.

Sedang mereka bergelak ketawa, tiba-tiba pintu bilik Joanna sedikit terkuak. Mereka berpandangan sesama sendiri. Ah sudah. Hantu ke apa tu? Malam-malam begini jangan main-main.

"Amboi seronoknya gelak. Dah malam ni pukul berapa tak tidur lagi?" Papa rupanya. Kus semangat.

"Anna...esok Anna tolong handle cafe, boleh? Papa ada hal lah dengan Dato' Bernard. Kena pergi Kuantan pulak. Pleaseeeee. Oh, and also, Papa nak bawa isteri Papa ni." Papa membuat muka comel meminta Joanna menguruskan cafe buat sementara waktu. Sempat lagi Dato' Affendi mengenyit mata pada Datin Noriah, meminta untuk ditemani ke mesyuarat itu.

Cafe De Fleur yang berkonsepkan ala Perancis itu sebenarnya idea Datin Noriah. Kononnya mengimbau kembali kenangan manis bersama suami tercintanya Dato' Affendi ketika sama-sama mengambil jurusan International Business Administration di Montpellier Business School, Perancis 30 tahun yang lalu.

"Apa abang ni? Anak kita ni sedih dia tak hilang lagi dah suruh urus cafe pula. Are you out of your mind, darling?" Tegur Puan Noriah yang tidak berpuas hati dengan sikap suaminya itu sambil mencekak pinggang. Tapi masih lembut bicaranya.

"Eh, Ma. It's okay lah. I'm fine. Anna rasa kalau Anna urus cafe buat sementara waktu ni maybe boleh lupakan apa yang dah terjadi harini. So, why not kan? Lagipun Anna tengah cuti 3 bulan. Terperap kat rumah selalu bosan juga." Jelas Joanna panjang lebar yang cuba meyakinkan mamanya itu walaupun jawapannya seperti acuh tak acuh saja. Bukan apa, dia tidak mahu kedua-dua orang tuanya itu risau tentang dirinya. Lagipun dia dah besar, dah anak dara. Masalah seperti ini sepatutnya kecil saja. Mungkin kerana dia terlalu cintakan Razif, dia jadi begini. Ah lupakan Razif. Bangkit Joanna! Bangkit! Kau kuat kan?

"If that so, okay lah. Tapi jangan makan banyak sangat donat kat cafe tu. Mama banyak terima aduan donat perisa coklat topping Kinder Bueno tu lesap dalam 5 minit je. Tak syak lagi memang kamu punya kerja."

"Hehehe. Alaaa sedap sangat rasa dia, Ma. Siapa je tak suka donat air tangan Datin Noriah ni." Cuit Joanna. Dalam sedih dia pun sempat lagi mengusik. Haih. Joanna. Joanna. Moga kau baik-baik saja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan Pergi Lagi.Where stories live. Discover now