bab:12

1.4K 104 37
                                    

Setelah seminggu berlalu mel dan ean sudah berbaik dan pergi ke sekolah seperti biasa. Mel berasa kurang selesa di sekolah apabila banyak mata yang memandangnya memandangkan dia dan ean sekarang menaiki satu kereta untuk ke sekolah manakala dee pula pergi bersama rith.

"Sayang what's wrong?" Ean sedar akan perubahan muka mel setibanya mereka di tempat letak kereta.

"Shhh, ean suara tu kuat sangatlah and I told you don't call me sayang at school" mel bertambah cuak apabila ada pelajar pelajar perempuan yang memberikan jelingan maut kepadanya.

"Fine, jomlah masuk kelas. Ladies first?" Ean memberikan senyuman yang manis buat mel sambil memberikan laluan untuk mel berjalan dihadapannya.

///////skipp//////

.

.

"Woii mel, kau dah kenapa? Jalan laju sangat pergi kantin ni? Ada orang kejar ke? Jangan risaulah aku dah warning rith dengan ean tadi supaya tak menempel dengan kita kat sekolah." Mendengarkan kata kata dee, mel terus berhenti dan berpaling.

"Erk?" Tanya mel dalam blur nya

"Yeeeee. Kau ni....sanggup tinggalkan aku kat dalam kelas sorang sorang" dee sengaja pura pura hendak merajuk dengan mel.

"Ala ala best friend cousin kakak kesayangan aku ni. Mana aku boleh lupa kau. Kaulah antara ahli keluarga aku yang paling aku sayang tau. Mehlah aku belanja makan, nak?" Mel cuba memujuk dee yang seakan akan berjauh hati dengannya.

"Eleh yelahtu. Jawablah dulu, kenapa jalan laju tadi? Ada orang kejar kau? Kau okay tak? Ada luka ke?" Ada orang nak sa-" belum sempat dee bertanya lagi mel menekup mulut dee.

"Woi woi mulut robot ke? Aku okaylah! Aku cuma taknak ean tu menempel je dekat aku so better aku cau dulu. Faham tak niiii? Jangan nak membebel boleh tak?" Dee hanya tersengih memandang mel yang membalas kembali das das tembakan yang lebih power dari mulutnya.

"Alaaa tanya pun tak boleh" sedang asyik mereka berjalan dan berbual tiba tiba seroja dan kawan kawannya melanggar mereka dengan sengaja.

"Woii apeni? Kurang ajar punya perempuan!!" Jerit dee pada seroja.

"Amboi amboi kau nikan, tak sedar diri bila bercakap. Jalan tu pandanglah depan lain kali. Kan dah terlanggar kasut dan baju mahal aku ni. Jijiklah bila badan aku kena dekat orang macam korang ni." Dengan angkuhnya seroja berbicara dihadapan mereka. Kalaulah seroja tahu dengan siapa dia orang bercakap ni mahu sahaja dia dibuang sekolah. Cucu pengetua kott dan bakal pewaris segala harta serta private school ni.

"Well, I think kau yang patut jaga sikit mulut kau tu seroja. Oh my god seroja, look at you. Dahlah hodoh, perangai tak senonoh. Uh come on please sedar diri tu sikit. Belajarlah berbudi bahasa mana tahu nanti susah orang taklah kedekut nak tolong. Bisnes parent you pun tak memberangsangkan kan? So pergi sekolah tu belajarlah untuk tolong dia orang?bukan menyalak macam anjing dekat sini?"

Seroja terpana dan terdiam melihat mel. Dia sudah semestinya tertanya tanya bagaimana mel tahu akan masalah keluarganya. Untuk orang yang kaya dan hidup mewah seperti mel segalanya bagaikan dihujung jari tapi tidak pernah pula dia menunjuk nunjuk akan kemewahan hidupnya.

Hati seroja mulai panas dan mukanya merah menahan marah. Dalam sekelip mata wajah mel ditamparnya.

"Hei perempuan!! Kau dengar sini!! Ean tu aku punya and kau tak payah nak campur tangan dalam masalah keluarga aku. Stay away from ean or else aku buat benda yang akan menyusahkan hidup kau. Jangan menyesal!! Perempuan pelacur macam k-" belum sempat seroja menghabiskan ayatnya ean telah pun menengking dan menjerit ke arahnya.

mr.tengku vs mrs. tengkuWhere stories live. Discover now