Sinergi merupakan buku tulisan Hilal Asyraf. Mengenai sebuah persahabatan, Ukhwah yang terjalin kerana Allah. Ukhwah yang berlandaskan keimanan. Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Keimanan merupakan tunjang kepada sebuah persahabatan.
Iman. Iman. Iman.
Perkataan ini kerap diulang di dalam Sinergi. Lekat di hati.
Iman adalah asas.
Ada iman, ukhuwah kukuh.
Ada iman, dendam terhapus.
Ada iman, sabar terbentuk.
Ada iman, cinta terkawal.
Bak kata Hilal Asyraf…..
“ Apabila semua dihubungkan dengan keimanan, maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa”
Bukan 1+1=2 tetapi 1+1=3.
Itulah Sinergi.