C 36

20.7K 769 7
                                    

One week later

"Bluwerk"

Nureen memuntahkan segala isi perutnya. Sejak akhir-akhir ini tekaknya terasa amat loya.

Sering sahaja muntah dan pening kepala.

Mya menghulurkan tisu kepada rakannya itu.

"Kau okay tak ni?" soal Mya.

Nureen mengangguk.

Risau benar dia melihat kawannya ini dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu.

Nureen masuk ke pejabatnya selepas beberapa kali berulang dari tandas.

Seminggu telah berlalu tetapi bayang Mikael masih belum kelihatan.

Kadang-kadang dia juga tertanya-tanya ke mana lelaki itu menghilang. Dengan keadaan kesihatannya yang begini.

Mya pula ada beberapa kali mengajaknya untuk ke hospital tetapi dia menolak dan hanya menyatakan itu mungkin kerana dia terlalu penat dan sibuk dengan FWS.

Sepanjang persiapan dia untuk FWS hal Mikael ditolak ke tepi dahulu kerana esok hari pentingnya.

Puan Sri Wardah juga telah pulih sepenuhnya dan kembali ke posisi asalnya seperti biasa.

Nureen melihat jam pada skrin telefon pintarnya.

Kepalanya terasa pening.

Terasa ingin pulang awal ke rumah untuk berehat dan bersiap sedia untuk esok. Jadi dia membuat keputusan untuk pulang ke penthouse-nya.

Sejak seminggu yang lalu juga dia tidak pulang ke rumah Mikael dan tinggal di penthouse miliknya.

Sabah

"Hello. How is she?"

"Erm for a week she's not staying at your house but at her penthouse and I just keep eyeing on her from far"

"Oh"

"But something weird because keadaan kesihatan dia tak menentu sekarang. Kerap muntah-muntah. Itu apa yang Cik Mya bagitahu saya la"

"Ada pergi hospital or klinik?"

"Dia tak nak. Lagipun harini her comeback stage at FWS. Live on tv and youtube"

"Okay thanks for that. I need to go"

"Okay bos"

Panggilan dimatikan.

Royal Chulan Hotel

Nureen bersandar pada kerusi meja soleknya di dalam bilik menunggu.

Sudah lima kali dia ke tandas untuk muntah. Lima botol mineral juga sudah diteguknya kerana tekaknya berasa tidak selesa.

Kepalanya juga terasa berpusing.

"Reen are you okay?" soal Mya buat ke seribu kalinya.

Nureen mengangguk.

"Reen please standby. We're going to live right now"

"Aku pergi duduk dulu" kata Mya sebaik sahaja menghantar kawannya itu ke belakang pentas.

Pekerja-pekerja serta model yang mengambil bahagian semua membuat persediaan terakhir mereka.

Fashion show ini sudah diatur dengan teliti agar tidak berlaku sebarang kesilapan ketika disiarkan secara langsung di tv.

Pada kali ini Nureen juga menjadi main model kerana rekaan bajunya memenangi majoriti undian daripada pakar fesyen yang membuat penilian.

"Finally let's welcome our secret weapon tonight known as International Talented Supermodel, Reen from Beauty House"

Nureen berjalan naik ke atas pentas.

At the same time 

Syahmie melihat telefon pintarnya sementara menunggu lif tiba di lobby utama.

"Kau tengok apa?" soal Mikael.

"Live FWS" balas kawannya pendek.

Ting

Mereka keluar dari lif dan berjalan melintasi kawasan menunggu di lobi hotel itu. 

Mikael terlihat ke arah televisyen yang sedang memaparkan sesuatu.

Dia berhenti melangkah.

"Model terkenal Reen Beauty House tiba-tiba sahaja pengsan di atas pentas comeback-nya di FWS. Kejadian ini amat mengejutkan kepada semua tetamu yang hadir.

Reen juga telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kami masih belum menerima apa-apa statement dari pihak pengurusan Beauty House ataupun kawan baiknya Mya.

Video mengenai Nureen pengsan di FWS ditayangkan selepas berita itu.

Mikael membatu.

"Sediakan my private plane. Kita balik sekarang" arah Mikael.

Syahmie yang melihat berita itu juga terkejut.

Dua pengawal peribadinya segera menyediakan kereta.

Mikael tergesa-gesa untuk pulang ke Kuala Lumpur setelah melihat berita sebentar tadi.

Meanwhile

Sudah hampir sejam Nureen dirawat di wad kecemasan.

Pintu kaca itu terbuka. Seorang wanita berjubah putih keluar.

"Suami Puan Nureen?" soalnya.

"Dia—"

"Saya"

Mereka yang berada di situ menoleh ke arah suara itu.

"Mika" tutur Mya.

"Congrats your wife pregnant two weeks" ucap doktor itu.

Masing-masing yang mendengarnya terkejut.

Mya dan Mukhlis berbalas pandangan seperti tidak percaya apa yang telah disampaikan oleh doktor itu sebentar tadi.

Tengku Hamisah dan Puan Sri Wardah masing-masing sudah memeluk sesama mereka.

Manakala Mikael juga turut terkaku di tempatnya.

'Pregnant? Two weeks?'

Kejadian di Belgium itu berputar di fikirannya.

"Tetapi keadaannya masih lemah akibat kekurangan air dalam badan serta memerlukan rehat yang secukupnya" pesan doktor itu.

Mikael yang masih dalam keadaan itu hanya mengangguk.

"Terima kasih doktor" ucap Tengku Hamisah.

Senang hatinya mendengar berita itu. Tidak lama lagi dia akan menimang cucunya sendiri.

Nureen dipindahkan ke wad VVIP.

Old Town

Jeff masuk ke dalam cafe itu. Baru sahaja dia dalam perjalanan ke hospital, tiba-tiba dia menerima panggilan yang tidak dikenali tetapi dari suara pemanggil itu dia dapat mengagak orang yang bakal ditemuinya.

Dia duduk di hadapan orang itu.

"Dr.Nurain if I'm not mistaken?" soalnya mendatar lalu meletakkan spek mata hitamnya di atas meja.

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now