Sophie
Sy tidak jangka pun begini sejuk pula di luar hotel sekarang ne. Sy sapu2 lengan sy supaya boleh terasa sedikit haba panas. Sambil berjalan sy tengok kiri kanan dan belakang. Demi memastikan tiada orang yang ikut sy.
Hampir 10 minit berjalan akhirnya sy sampai juga di simpang masuk Kampung Sunset Lake. Ada signboard disitu tapi masuk ke dalam kampung tu ada 2 KM lagi. Memandangkan sy terasa penat betul, sy jalan ikut laluan pejalan kaki. Turun sikit sy jumpa pondok tapi masuk dalam dekat hutan lagi. Di sana baru sy berehat sampai tertidur sendiri. Sy terasa badan sy kena goyang baru sy perlahan-lahan buka mata. Depan sy sekarang ada seorang nenek kelihatan risau denga keadaan sy.
"Cu.. Bangun.. Kenapa tidur sini? Nasib nenek yang jumpa kalau penjahat susah lah cucu nanti."
Sy duduk kemudian perhatikan keadaan sekeliling sy. Sy tidak sedar oh sy tertidur tempat yang menyeram seperti ini. Gara-gara penat berjalan dengan berkasut tinggi lagi. Nenek suruh sy ikut dia dulu balik rumah dia. Nanti baru cerita bab dia cakap kawasan hutan tidak bagus untuk perempuan mengandung. Terus sy tengok nenek lagi masa kami sedang turun bukit.
"Macam mana nenek tahu?"
"Tengok perut cucu nenek tahu lah. Sudah. Jangan banyak fikir. Ikut nenek k."
Tidak juga jauh rumah nenek dari pondok tadi. Rumah nenek cuma rumah papan saja terus sy teringat rumah kami dengan arwah abang. Pandai terkeluar air mata sy ne. Nenek yang pujuk sy. Dia cakap kalau ada masalah bagitahu saja nenek. Dia cakap tidak bagus perempuan mengandung ada tekanan dari segi emosi. Bila di rumah nenek, dia kac hidang sy teh panas dan sy betul-betul ingin minum minuman panas sekarang. Bila sudah lega baru sy cerita yang sy lari Tuan dan perlukan tempat perlindungan. Sy cerita sambil menangis lagi. Tu nenek pun ikut ternangis. Dia bersimpati betul dengan keadaan sy.
Lepas dengar cerita sy, nenek terus offer sy tinggal dirumahnya. Nenek cakap dia sama 1 orang cucu dia saja tinggal dirumah ne. Nenek bilang sy boleh tinggal berapa lama pun boleh dirumah dia. Lagipun nenek cakap dia sunyi. Cucu dia sekolah diasrama. Time cuti jak baru cucu dia balik.
Rumah nenek ada 2 bilik dan 1 tandas. Tu pun tandas di luar rumah. Rumah nenek tetap cantik walaupun papan saja. Nenek cakap sy share room dengan dia sebab bilik yang 1 lagi tu bilik cucu dia. Oh yah.. Nenek suruh panggil dia Nek Yah.
Bermula lah hidup baru sy di Kampung Sunset Lake bersama Nek Yah. Nek Yah layan sy dengan bagus sekali. Paling dia marah kalau sy buat kerja berat contoh cuci kain atau angkat benda berat. Sy cuma dibenarkan sapu-sapu, kac makan ayam, jemur dan lipat kain dan masak. Kalau masak tu sebenarnya tidak kac benar tapi sy cakap dengan Nek Yah sy boring betul di rumah.
Asal nenek balik dari berkebun atau mencari makanan dihutan, mesti nenek bawakan sy buah-buahan. Biasanya pisang, betik, mangga, berry hutan dan jambu. Nenek cakap makan banyak buah bagus untuk baby. Sy lebih banyak makan sayur berbanding daging-daging. Ikan saja dapat sy makan. Makan minum sy memang kena jaga. Beruntung kan sy dapat kenal dengan Nek Yah.
Kalau malam sebelum tidur mesti sy pandai teringat Tuan. Pandai juga sy rindu dia ba. Kadang risau pun ada. Entah perasaan sy ne sekarang susah mahu diterangkan. Cincin kawin yang Tuan hadiahkan masih sy pakai tapi bukan di jari sudah sebab bum-bum sudah kan sy. Hehehe.. Sy buat rantai guna benang. Setiap hari sebelum tidur mesti sy cium dulu tu cincin baru tidur.
Kandungan sy masuk 8 bulan sudah baru sy dapat berjumpa dengan cucu Nek Yah. Nama dia Gardon Remy baru umur 13 tahun. Mula-mula dia sampai dia fikir sy pencuri sebab masa tu sy tengah mencari barang di almari dapur. Gardon teriak lagi ba nasib nenek masa tu ada diluar sedang sediakan kayu api untuk sy masak makan malam. Cepat-cepat Nek Yah masuk di dapur. Si Gardon kena marah ba. Kesian pula. Hahaha...
YOU ARE READING
Hardest Time.. Completed.. 😊
RomanceDendam boleh membuatkan diri seseorang berubah. Kekadang menyebabkan orang tidak bersalah turut menerima kesan sampingan. Begitu lah yang terjadi kepada Sophie Yana. Peristiwa hitam yang terjadi telah mengubah hidupnya 100%. Dia cuma berusia 16 tah...