Prolog

5.4K 255 32
                                    

ONCE A SETAN, ALWAYS BE A SETAN

•─────⋅☾ ☽⋅─────•

“Manda, ingat tu nasihat Daddy. Jaga diri bagus-bagus..” Daddy mengusap perlahan kepala saya sebelum dia keluar rumah.

“Ya, Dad. You too k? Jangan terlampau bekerja sampai lupa makan on time..” saya bagi amaran keras sama dia. Daddy terlalu bekerja keras sehingga pandai terlupa mau makan on time. Saya terpaksa set alarm di handphone dia untuk makan itu pun kalau dia makan lah.

Bikin susah hati juga mau kasi tinggal dia sendirian di sini tapi saya terpaksa juga buat pilihan ini sebab sampai bila saya mau menanam anggur di rumah? Hampir 7 bulan sudah saya graduate tapi masih tiada panggilan kerja yang saya dapat.

Syukur saja lah sekolah tempat Sis Dorothy kerja itu memerlukan seorang guru ganti bagi subjek Pendidikan Seni dan saya terus saja grab itu peluang bila Sis Dorothy menawarkan jawatan itu kepada saya.

Lagipun St Anthony High School adalah sekolah idaman saya sejak dahulu lagi. Biarpun saya masuk ke sana sebagai guru ganti saja, saya sanggup. Sekolah elit yang terkemuka dan berprestij di negara pula ni. Siapa yang begitu bodoh untuk lepaskan peluang yang hanya sekali dalam seumur hidup?

Wengggg! Weennnggg!

Bunyi yang bingit mengejutkan saya dari lamunan dan tanpa sebarang amaran pakaian saya sudah habis basah kena air yang bertakung di depan bustand yang saya berdiri sejak 20 minit lepas.

Arghh! Silaka! Punya malang nasib saya pagi ni! Sudahlah sesat, menunggu lama lagi ni perkhidmatan E-Hailing lepas tu basah lagi kena air kotor.

Wennggg! Wennggg!

Sekali lagi saya terdengar bunyi bingit tadi, bila saya berpaling itu rupanya bunyi itu datang dari motor kuasa besar pula. Pasal tu motor lah saya basah ni kan! Setan punya motor! Kau tunggu ya! Saya segera menghafal number plat motor itu sebelum dia bergerak pergi.

S E 7 4 N. SETAN. Ngam laitu setan macam tuan dia juga.

✿°•∘ɷ∘•°✿
ST ANTHONY HIGH SCHOOL

Woah! Punya besar ni sekolah? Macam mana saya mau cari Sis Dorothy ni? Ohya! Kan ada handphone. Tskk! Handphone yang berada di dalam handbeg saya korek dan mulai menelefon Sis Dorothy.

“Sis. Ambil saya sini gate besar. Kalau ada baju ganti, kau tolong bawa juga ah. Kotor baju saya ni..” saya bilang tanpa menunggu sebarang jawapan dari Sis Dorothy. Lagi 15 minit sebelum jam 7 pagi, iaitu jam perhimpunan waktu pagi di sekolah ini. Ini saja info yang saya ingat dari Sis Dorothy sebenarnya yang lain saya tidak ingat sebab terlalu terkejut dengan tawaran emas yang tiba-tiba saya dapat malam tu. Haha.

Tidak pun sampai 5 minit, Sis Dorothy muncul sudah dengan satu bakul di tangannya.”Nah.. Pigi tukar baju..” dia cakap sambil terkapus-kapus. Ketara ni dia berlari pigi tempat saya.

“Mari lah kasi kawan saya. Mana saya tau di mana mau tukar?”

"Kau pigi saja. Mau perhimpunan pagi sudah baini lagipun  saya bertugas bah ni pagi..”

“ Alar, kalau saya sesat?”

“Mana pandai sesat tu. Kau jalan lurus saja ikut ni hallway pastu belok kiri. Ada tu sign tandas perempuan..” dia cakap sambil berjalan menuju ke satu bangunan di sebelah kanan saya. Saya nampak ada ramai sudah student sana. Mungkin itu lah dewan tempat perhimpunan pagi tu.

Jalan lurus dan belok kiri?

Saya pun mengikut saja arahan Sis Dorothy dan bila sampai di penghujung hallway ni langsung saya nda nampak toilet perempuan. Toilet lelaki adalah.

Dalam keasyikkan saya mencari di mana toilet perempuan, saya terlanggar seseorang dari belakang serentak dengan itu ada bunyi benda jatuh terhempas berbunyi kuat di belakang saya. Terbesar mata saya sebab ketakutan dan saya langsung tidak berani menoleh ke belakang.

"Pukima!! Butakah kau!!!" teriak seseorang di belakang saya.

Mampus! Ini kali lah kau, Manda. Ini kali lah!!

SETANWhere stories live. Discover now