"Kalau belum ready jangan berangan lah nak kahwin. Kahwin ni bukan perkara suka suka. Besar tanggungjawabnya"
"Eleh kalau nak tunggu ready sampai mampuih pun tak kahwin" Balas My Love sambil membetulkan tudungnya pashmina yang mula menyenget.
Petang itu aku bawa My Love keluar jalan-jalan sebab dia pernah kata nak tonton cerita Jumanji. So, aku dah janji, kenalah tengok juga Jumanji.
Aku gelak sedikit. Mungkin dia masih belum faham barangkali. Mata aku tetap pandang kehadepan fokus pada pemanduan. Sesekali anak mata menjeling ke arah My Love.
"Apa tengok-tengok? Bawa kereta tengok depan laa ishh..."
"Begini. Perkahwinan ni indah. Sebab bukan perasaan dua insan je, tapi ahli keluarga, kawan kawan, orang sekeliling pun turut rasai gembiranya. Tapi ada satu yang tak suka bila kita nak mendirikan masjid. Syaitan dan ex sayang. Kah kah"
"Ishhh dia ni, mula la tu. Nak sebut pasal ex pulak, karang haaa". Bibir halusnya mula muncung sedikit tanda seakan mahu mula merajuk. Tapi aku kembali mengawal keadaan.
"Hehe... Okay, okay serius balik. Sorry sorry"
"Dalam perkahwinan ni bukan boleh dibuat main. Perkahwinan bukan perlumbaan. Perkahwinan juga bukan perjudian"
"Tapi ada je yang selalu kata perkahwinan ni perjudian sebab untung nasib kita tak tahu. Kot la berpisah esok lusa. Menangis bawah shower" My Love tiba tiba menyampuk. Tanda-tanda seperti sudah mula serasi dengan topik yang dibincangkan ini.
"Habis kalau nak samakan dengan perjudian, hidup kita pula macam mana? Bukankah juga satu perjudian?" Aku mula main angin.
"Hmm. Entah tak tahu"
"Sebab itu perkataan perjudian itu tak boleh diguna pakai. Lebih tepat ialah takdir serta qada' dan qadar yang memang sudah tertulis oleh Tuhan. Kita pun kenalah...."
"Dah dah dah, orang lapar laa, jom laa pergi makan. Pastu tengok Jumanjiiiii weee"
Belum sempat aku nak habiskan ayat, My Love dah potong dan tutup perdebatan petang itu dengan alasan yang kukuh.
Betul lah orang kata, perempuan kalau lapar jangan dibawa berdebat. Kita tak boleh menang.