Author Note:
Hai semua, kita berjumpa lagi dalam buku ke-2 The TUX. Moga anda akan terus terhibur dengan jalan cerita fanfiction INI.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3rd Person POV.
Kekasih hatinya sedang tertidur nyenyak ketika kereta Ferrari F60 America itu memarkir di salah sebuah tempat khas yang berdepan dengan koridor masuk ke bangunan A , kondominium mewah diatas bukit, Aries Estate.
Pemandu tinggi lampai itu lantas membuka seatbelt nya lalu berlalu untuk membuka seatbelt si penumpang. Kali ini, sang Kekasih tampan tidak berniat untuk membangunkan kekasih comel nya, melainkan untuk mengendong Ala pengantin baru!
"Wayo......, jangan bergerak kasar ya, P'Pha sedang mengendong mu sekarang ini. Nanti, tak pasal pula kita jatuh terjelupuk. Bukan kah sakit Wayo nanti?" Pujuk Pha lembut tatkala Wayo mengeliat keras akibat tidurnya yang terganggu.
Dan sekali lagi Pha harus melalui ujian yang sama; menggunakan hujung kaki zirafah nya untuk menekan suis Lift agar terbuka, tertutup dan sampai di tingkat mereka. Kesian pula kaki zirafah P'Pha ini kan? Namun, demi Wayo tersayang, apapun pasti akan Pha korban kan, walau korbankan Ego dan tenaga nya seperti sekarang ini!
Berat juga kekasih comel nya ini, fikir Pha namun mana mungkin dia katakan semua itu. Nanti tak pasal-pasal hubungan yang baru tercipta Satu jam lepas, terputus begitu sahaja! Hish, fikirkan saja sudah mampu buat Pha menggigil takut!Ketika sudah sampai di muka pintu, Wayo yang sudah terbangun sejak tadi, namun berpura-pura tidur, akhirnya bersuara,
"P'Pha, terima kasih ya. Turunkan Wayo disini. Selamat malam P'. " katanya seraya cuba menurunkan kakinya untuk memijak lantai.
Namun, sebelum sempat dia berbuat demikian, Pha terlebih dahulu meminta sesuatu.
"Yo, boleh atau tidak malam ni..... P' minta agar Yo tidur disebelah P' ? " tanya Pha jujur.
"Memang nya kenapa P' ? P'Pha takut ya? " kata Wayo separuh bergurau. Lalu mulut nakal itu mengeluarkan ketawa kecil, lebih berupa mengejek.
Dia tahu, mana mungkin badan segagah dan setegap P'Pha takutkan sesuatu, namun sengaja dia ingin menguji. Mana tahu, andai betul CEO kacak dihadapan nya ini benar-benar penakut, ya kan?!
"......Ya! P' takut andai besok P' bangun tidur, dan ini semua hanyalah mimpi," jawab Pha seperti mengalah lemah pada perasaan nya.
Mata tajam serta dingin milik Phana menikam jauh kedalam jiwa muda Wayo, sehingga tawa nya yang bersisa, dimatikan begitu sahaja. Lantas, dia tiba-tiba diburu rasa malu! Cilaka P'Pha, jangan memandang Yo begitu Phi, kutuk hatinya resah.
Ya, pastilah dia malu kerana dia tahu maksud tersirat disebalik kata-kata Pha. Jujur, dia juga merasai yang sama, iaitu dia tidak mahu andai ini semua adalah mimpi, namun tidak mungkin dia mengaku, ya kan?!
(Hey, dalam perhubungan ini, Wayo tahu bahawa dialah peranan perempuan, jadi seharusnya dia Shy-Shy Cat gitu, kan? 😂😂😂)
Wayo lantas menurunkan kedua belah kakinya agar memijak lantai, lalu dia bertingkah malu dengan melihat kearah tempat lain, sebelum dia mengangguk kecil.
"Um......, baik P'Pha."
Pha yang menerima jawapan positif itu lantas tersenyum lalu secara perlahan-lahan, dia mencapai tangan comel Wayo dan menggenggam nya kemas.
"Boleh kan P' memegang tangan Mu?"
Wayo tidak menjawab, sebaliknya pipi comel itu yang bertindak balas dengan segaris rona merah. Matanya hanya memandang kebawah dan tangan kecil nya sedikit menggeletar digenggam tangan posesif milik Pha.
YOU ARE READING
THE TUX - Book 2
Fanfiction•••••••••••••••COMPLETE/TAMAT•••••••••••• THE TUX 2 (My Perfect Nightmare!) MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI "THE TUX: Where the Spark's Begin". Bagi anda yang belum lagi membaca THE TUX: Where the sparks begin, sila lah membacanya agar anda tahu bagaimana...