Penulis Oleh : Aina Sfaz
"Maafkan saya...puan." Waziff terdiam sejenak. Terasa perit tekaknya, menahan perasaan. Protokol kerja, tak mampu digubah. Dia terpaksa."Anak puan.. kami terpaksa tahan. Apa-apa urusan berkaitan, boleh buat laporan di balai." Wajahnya, dipaling ke arah lain. Sakit.
"Waziff.."Suara Puan Zahrah, separa merintih. Menantu lelakinya, dipandang. Ingin menghalang, dia tiada daya. Hatinya remuk. Anaknya yang sudah digari, dipandang tanpa upaya.
"Tuan?!"
Waziff mengangguk, isyarat pada anak buahnya. Isterinya di bawa masuk ke dalam kereta. Matanya merah. Hatinya meruntun. Saat kereta yang membawa isterinya hilang dari pandangan mata, dia jatuh terduduk ke lantai. Di hadapan mentua, dia menangis. Perit. "Ibu..."suaranya lelakinya, melirih. Dukanya hatinya, sebagai suami.
"Maafkan ibu..ibu.." belakang menantu, ditepuk lembut. Perihnya ungkapan yang ingin dia luahkan. Apa salah dia? Apakah dosa dia, sehingga diduga seperti ini?? Hanya air mata, yang mampu diluahkan.
"Ibu, mana Kak Ainaa?? Mana Kak Ainaa?"air mata, diseka. Detik hati mula, dirasakan ada sesuatu yang tidak kena. Deru nafasnya, cemas tiba-tiba.
"Ada, ada di dalam bilik."jawab Puan Zahrah perlahan. Serak suara, masih kedengaran. Menantunya di pandang, tatkala menantunya itu, bingkas berdiri. Kaget. "Kenapa, Waziff?" Ajunya, hairan. Kelihatan kedutan di dahinya, bersatu. Mempamer riak walau wajah basah dengan deraian air mata.
Roman Waziff bertukar cemas. Tangannya lekas, meraba poket seluar, telefon pintar itu dikeluarkan. Pantas tangannya, membuka smartphone miliknya. Link blog isterinya ditaip, laju. Debaran mulai menjalar. Mujur sahaja, dia gemar membaca hasil karya isterinya.
Dan kerana sebab hasil nukilan isterinya, isterinya ditahan, atas persamaan penulisan dan tragedi yang berlaku. Kisah yang ditulis isterinya, benar-benar memeranjatkan.
Paparan skrin smartphonenya, tertera blog ' Creative Humor Style'. Jarinya, cepat-cepat scroll halaman cerita ke bawah sehingga terpapar halaman baru. Cerpen baru telah lima minit dipublish. Setara masa update, dengan penahanan isterinya. Mata Waziff membulat. Jam tangan, di lihat sekilas. Pukul satu lima minit. Dadanya berombak laju. Berdebar.
Anak matanya ligat, membaca barisan cerita. Setiap kali dia menghabiskan bait setiap perenggan. Setiap kali itulah, debaran di dadanya memuncak.
Blog dibaca. 'Ainaa tersengih panjang. Perangkap sudah mengena mangsa. Tiada siapa mampu menahan langkahnya lagi. Sofea sudah terpenjara oleh tangan suaminya sendiri. Aina bersandar di pintu biliknya yang terkunci.'
"Kesian kau dik. Padan muka kau! Kau tahu..apa salah kau?! Sebab kau..kembar aku! Hahahaha!!" Hilai tawa bergema, di tingkat atas. Mata Waziff membuntang. Dialog yang baru sahaja dibaca, sama dengan lontaran yang didengarnya.
"Akak?!!" Puan Zahrah yang turut terdengar? Bergegas ke bilik anaknya. Perasaan ibunya, cemas. Waziff turut berulah sama. Kakinya pantas memanjat anak tangga tanpa ragu.
" Ka ! Kak, bukak pintu!!" Bonggol pintu, di pulas berkali-kali. Lantas pintu bilik kakak iparnya, diketuk dari luar. Bilik terkunci. Tawa yang didengarinya, sudah tidak kedengaran lagi. Perasaan risau, membuak-buak. "Ibu, bilik Kak Ainaa terkunci." Ujarnya sebaik Puan Zahrah tiba dengan beberapa gugus kunci.Puan Zahrah, kelam. "Ibu..ibu kunci tadi. Ibu, risau. Takut kak ipar kamu, mengamuk." Kunci bilik Ainaa diberikan. Wajah tuanya, sudah kering dengan air mara. Jiwanya dirundung perasaan keliru,cemas dan berdebar dengan reaksi menantunya yang berubah sikap tiba-tiba. Hatinya kian bergelodak.
"Tak mahu!" Waziff semakin cemas. Kunci yang diberikan ibu mentuanya, di pulangkan semula. Berkerut dahi wanita tua itu, menerimanya kembali. Waziff tiada pilihan. Dia perlu mencari jalan untuk mengeluarkan kakak iparnya. Pintu kayu itu, dihentak dengan kudrat lelakinya. Masih belum menunjukkan hasil. Suara Ainaa langsung tidak kedengaran. "Kak!!" Panggilnya, berulang kali. Cemasnya memuncak!
"Kenapa, ni?? Bagi tahu, ibu? Kenapa?? Apa yang berlaku?? " Puan Zahrah turut merasa cemas. Penuh tanda tanya. Desak hati, tak dapat ditahan lagi. Dia, tidak tahu..apakah yang berlaku sekarang.
Waziff meraup mukanya. Smartphone miliknya, diserahkan pada mentuanya. Terasa tangannya mengigil. Telefon bertukar tangan.
Blog anaknya, dibaca. ' Waziff bergegas ke tingkat atas tatkala terdengar hilaian tawa kakak iparnya. Puan Zahrah turut sama, mengikut rentak menantunya walaupum buntu. Pintu bilik kakak iparnya, di kunci dari luar. Tiada jalan lain, hanyalah satu pintu sahaja sebagai laluan masuk dan keluar dan tingkap yang siap di pasang jeriji dari luar.
Deringan panggilan dari balai diterima. Sofea, sudah tidak sedarkan diri ketika sampai di balai. Waziff semakin cemas. Kakak iparnya, pula terperangkap di dalam biliknya sendiri. Manakala, isterinya dibawa ke hospital.'
Puan Zahrah mengetap gigi. Deru nafasnya berombak. Wajah Waziff direnung. Takut! Hatinya meresah. Deringan panggilan yang tiba-tiba dari balai, tertera di skrin smartphone milik Waziff. Badan Puan Zahrah mengigil. Hampir-hampir terlepas pengangan telefon bimbit tersebut. Anak matanya tertancap pada Waziff. Apa, semua ini?
Puan Zahrah mengangkat panggilan. Matanya berair, ketakutan menjelma. Kenapa fantasi menjadi realiti. Gugup. Kelu. Reaksi wajahnya berubah.
"Waziff tahu." Menantunya pantas mengambil kembali smartphone miliknya dari tangan ibunya. Panggilan dari balai, hinggap di corong telinganya. Lama dia, berfikir. Apakah jalan yang terbaik. "Jangan hantar isteri saya ke hospital. Letakkan dia dalam sel, dan buat pantauan setiap 5 minit. Pastikan sel itu hanya ditemani, dari luar sahaja." Arahnya, tegas. Panggilan dimatikan. Hatinya mula mengesyaki sesuatu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Deria hatinya, mendesak. Hakikatnya dia buntu. Kelu akan situasi yang di hadapinya.
"Waziff, biar ibu panggil orang." Utara Puan Zahrah, lalu wanita berusia empat puluhan itu bergegas turun. Keselamatan anaknya yang masih terkurung, memberi kekuatan walaupun, dia masih diselubungi rasa ketakutan. Walau apa yang terjadi, dia perlu berusaha. Menantunya, mengangguk. Akur. Malah, mereka tiada hak untuk mempunyai pilihan.
Waziff menyandar penat. Dia keletihan. Fikirannya berkecamuk. Isterinya tidak sedarkan diri..sudah dipenjara. Tetapi, kenapa blog isterinya masih hidup. Bahan dan setiap hasil kerja isterinya, masih dalam rampasan. Siapa?!!! Siapa?!!!! Siapa, penulis yang sebenar!! Adakah..ini hanya satu perangkap?
"Sofea!!! Keluar!!!" Pekiknya lantang. Sengaja nama isterinya, dipanggil. Walaupun dia ragu, dia perlu mencuba. "Sofea!!!! Kak Ainaa!!!" Nama kembar dua beradik itu, dipanggil tanpa jemu. Gerak hatinya kuat. Melantun-lantun suara Waziff, memenuhi sudut rumah dua tingkat.
"Berani..so brave.." Suara isterinya kedengaran. Suara kakak iparnya bergema.
Suara itu bersatu, darah Waziff tersirap. Matanya meliar. Bersiaga. Duganya tepat. Naluri hatinya, betul. Jadi.. siapakah yang berada di dalam sel? "Keluar!" jerkahnya. Berjaga-jaga.
"Kau tak takut, isteri kau mati? Kakak ipar kau, mati??" Lembut suara itu menyoal. Mirip suara isterinya. Waziff bergetar.
"Apa semua ni??!" Ajunya. Waziff merendahkan suara. Tiada lengkingan darinya. "Sayang..." panggilnya lembut. Dia juga keliru.
Suara dekahan tawa memenuhi mengisi pendengaran Waziff. " Jangan buat lawak!" Suara kakak iparnya, kedengaran bertingkah dengan tawa. Bersilih ganti.
"Sofea!!!" Jerit Waziff marah. "Kakkk!!! Apa yang kau nak!! Apa yang kau, nak hah!!!" Amarahnya meletus. Barannya menguasai. Hilai tawa makin memenuhi ruang banggunan. Makin lama, makin kuat. Seolah-olah tawa itu hanyalah sebelah telinganya. Arghhhh!!!" Teriaknya, nyaring. Telinganya bingit saat tawa itu tidak berhenti. Pantas tangannya menekup kedua belah telinganya. Tawa yang kedengaran, hilang. Sunyi. Kedua tangannya, melurut ke bawah.
"Abang.." Waziff tersentak.
"Sofea..."
"Waziff!" Waziff melempiaskan pandangan. Suara kakak iparnya kedengaran. "Kak?!" Panggilnya. Tiada sahutan. Pintu bilik, terbuka sendiri. Waziff menolak perlahan pintu bilik kakak iparnya, dia melangkah masuk.
Kosong-
Waziff terduduk. Panggilan dari balai, mematikan degup nafasnya. Kelu lisannya untuk menyoal. Hilang. Isterinya hilang, dalam pemantauan. "Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!" Waziff rebah. Gelap!
....
'KEHILANGAN penulis porpular yang berbakat besar, kedua-dua adik beradik mengemparkan satu Malaysia. Sehingga kini, khabaran dua beradik ini, masih menjadi tanya tanya jutaan netizen. Pihak berkuasa juga, sudah menutup kes sebagai 'hilang' kerana tiada bukti kukuh untuk mensabitkan sebagai jenayah. Ada juga yang menganggap, dua beradik ini telah hilang angkara karya, yang bertajuk"Ainaa Sofea" yang menjadi tular di media sosial. Adakah, ini punca utama?-Berita Sensasi Tular.'
Surat khabar dilipat lalu diletakkan di atas meja. Hatinya sayu. Puan Zahrah mengelap air matanya yang tumpah. Enam tahun sudahpun berlalu. Kedua anaknya, hilang tanpa jejak. Entah hidup..entah mati. Anak kembarnya umpama berkongsi satu jantung. Jika seorang mati, seorang lagi tak akan hidup.
Waziff yang duduk termenung di bangku putih, dielus penuh kasih. Sejak kejadian Sofea hilang, menantunya tak tentu arah. Sakit mental. Kini, dia di tahan wad kerana menganggu kawasan kejiranan.
"Ibu.." Waziff bersuara. Puan Zahrah memandang menantunya. Anak itu tersenyum buat kali pertama setelah enam tahun berlalu. Puan Zahrah menanti.
"MEREKA AKAN PULANG, IBU." Sambungnya dalam sengihan. Senyuman yang dalam.
~Tamat~
YOU ARE READING
Ainaa Sofea~
Mystery / Thriller"Maafkan saya...puan." Waziff terdiam sejenak. Terasa perit tekaknya, menahan perasaan. Protokol kerja, tak mampu digubah. Dia terpaksa."Anak puan.. kami terpaksa tahan. Apa-apa urusan berkaitan, boleh buat laporan di balai." Wajahnya, dipaling ke a...