C 42

21.5K 800 11
                                    

Mikael dan Mya masuk ke dalam sebuah hall yang kebiasannya digunakan untuk melaksanakan majlis besar bagi keluarga mereka sahaja.

Hotel ini pula dimiliki oleh salah seorang ibu saudara mereka.

"Mika long time not see" tegur seseorang sebaik sahaja memerhati lelaki itu masuk bersama sepupunya.

Lama juga dia memerhati pintu masuk itu selepas Tengku Hamisah bersama dengan seorang perempuan masuk.

Rupa-rupanya masa dia tidak sia-sia menunggu jejaka itu untuk muncul.

Mikael menjeling perempuan itu.

"I should go and find Reen" tutur Mikael sebagai alasannya untuk melarikan diri.

Perempuan itu menarik mukanya. Riak kecewa jelas dapat dilihat oleh Mya.

Mikael berlalu pergi.

"Haih tak reti nak give up ke?" soal Mya sedikit meluat melihat sepupunya yang satu itu.

Tengku Diandra Maira yang berusia 2 tahun lebih muda daripada Mikael dan setahun lebih muda berbanding Mya dan Nureen.

Sememangnya anak muda ini menaruh harapan yang agak tinggi agar dia dijodohkan dengan Tengku Mikael.

Tetapi alih-alih ibu saudaranya itu lebih memilih menantu yang tidak mempunyai sebarang pangkat di pangkal namanya. Itu yang membuatkan dia terkejut dan keputusan ini langsung tidak diterimanya sama sekali.

"Suka hati aku la" balas Diandra.

'Biadap betul perempuan ni'

Mya menjelingnya dan beredar. Malas mahu merosakkan matanya lagi dengan muka badut gadis itu.

Mikael segera duduk di sebelah isterinya. Sebelum itu dia menyalami ayahnya yang baru tiba dari business trip di luar negara.

Lelaki kacukan Britain-Canada ini tersenyum senang melihat anak lelaki sulungnya yang sudah mendirikan rumah tangga dan tidak lama lagi akan menimang cahaya mata.

"Mukhlis kamu bila lagi?" soalnya.

"Uhuk uhuk" tersedak jejaka itu dibuatnya.

Mya yang duduk di meja itu juga sudah terburai tawanya.

"Apa Ayahanda ni? Tersedak Mukhlis" tuturnya.

Tengku Rayden tergelak.

"Hah Mya jangan gelakkan orang sangat kamu pun sama" tegur ibu kepada Mya Adeliya itu.

Anak tunggalnya ini selalu sangat sibukkan diri dengan kerjanya. Entah merasa atau tidak dia mempunyai menantu.

Kini giliran Mukhlis pula menggelakkannya.

"Alah nanti Syahmie masuk jarum la tu" tutur Mikael selamba.

Mya memberikan pandangan maut kepada sepupunya itu.

"We just friend" tutur Mya yang cuba membela dirinya.

"Kalau betul pun apa salahnya Kak Mya" sakat Mukhlis.

"Diam kau" marah Mya.

Kedua-dua keluarga ini tidak habis-habis mengenenkan dia bersama Syed Syahmie itu yang sudah tentunya jejaka idaman malaya.

Nureen pula hanya diam tidak terkutik. Tidak tahu di mana ingin mencelah.

"Hai Aunty"

Tiba-tiba ada satu suara yang kurang enak didengari oleh Mikael.

"Eh Dian tak sibuk pula kamu" tegur Tengku Haslina iaitu ibu kepada Mya.

"Nak sibuk apanya. She just an extra" celah Mya selamba.

Diandra merenungnya.

Mata Diandra menangkap seorang perempuan yang duduk di sebelah Mikael yang sedang meneguk minumannya.

"Oh this is your daughter-in-law, Aunty?" soalnya.

"Ye la. Cantikkan kakak ipar I" jawab Mukhlis bagi pihak ibunya.

Menyampah pula dia dengan sepupunya yang sama baya dengannya ini. Tidak habis-habis ingin mendapatkan perhatian abangnya.

"Tak tahu pula Dian yang Mak Su carikan isteri untuk Abang Mika ni perempuan biasa-biasa je. Oh yang paling terkejut bila Dian dapat tahu dia supermodel. Ingatkan daripada keluarga yang sopan-santun. Bukannya apa adat keluarga kita kan selalunya menantu perempuan yang bekerja akan berhenti kerja and duduk rumah jaga makan minum suami" sindir Diandra pedas.

Nureen mula tidak senang duduk.

Terasa malu dirinya dihina sebegitu. Tahulah dia bukan siapa-siapa lagipun Mikael serta Mya sudah mengetahui asal-usulnya.

Mya juga sepertinya bila-bila masa sahaja akan meletop.

"Aku yang tak bagi dia berhenti. Lagipun she's Mya's partner" balas Mikael.

Perlahan-perlahan di bawah meja tangannya memegang jari-jemari Nureen. Menyalurkan segala kekuatan yang ada kepada isterinya itu.

"At least dia seorang yang bekerjaya. Bukan macam kau harapkan duit family je" bidas Mya.

"Girls stop it. Dian behave. She already be a part of our family" tegur Tengku Haslina.

Di matanya Nureen ini tiada cacat celanya. Walaupun sebagai seorang model, Nureen tetap nampak seorang perempuan yang mahal. Dia juga senang melihat Nureen dan anaknya itu bersama-sama meluaskan empayar besar fashion Puan Sri Wardah yang juga kawannya.

Dia juga tidak mengharap sangat anak perempuan tunggalnya itu bekerja di syarikat kerabat mereka. Biar tahu rasa hidup berdikari.

"Excuse me for awhile" tutur Nureen yang sudah tidak tahan duduk di situ.

Sudahlah dirinya sendiri tidak berapa sihat. Dalam sehari sahaja macam-macam yang berlaku ke atas dirinya.

Mikael juga mengambil keputusan untuk mengekori Nureen.

"Reen stop"

Mikael mengejar Nureen yang sudah jauh di hadapan.

Nureen tidak menghiraukan kata-kata Mikael.

"Reen"

Akhirnya Mikael dapat menangkap lengan isterinya.

Nureen berpusing menghadap Mikael.

Serentak itu muntah yang ditahan oleh Nureen dikeluarkan ke arah Mikael.

"Uwelk"

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now