"What"??
Adam terjerit sedikit apabila mendengar bicara yang disampaikan ibunya ketika ini,suapan di tangannya di hentikan serta merta seleranya juga mati apabila mendengar suara penuh mengharap ibunya saat ini.
"Why me mom?"
Adam mula bersuara setelah sekian lama terdiam.
Wajah sunggul jelas kelihatan
"Adam tolonglah ibu,..adam saja yang boleh tolong Uncle Izzuddin sekarang ni,keluarga uncle dalam kesusahan sekarang ni Adam..
Puan Aini menagih simpati.
"But mom, im not ready yet to become a husband.."
Adam mencuba lagi menyuarakan suara hatinya yang sebenar kepada ibunya,
"Adam tolonglah ibu kali ini je..please...
Puan Aini tidak mengendahkan penolakkan Adam.
Petang semalam, panggilan dari rakan baiknya,Zaiton merangkap bekas jirannya dahulu memberitahu akan perkhabaran yang menyedihkan ini.
Keluarga Izuddin banyak membantunya selama ini..dahulu mereka berjiran Izzuddin dan Zaiton la yang banyak membantunya selepas pemergian arwah suaminya..
Ketika itu,abang dan Adam masih lagi kecil dan ketika itu jugalah arwah suaminya meninggalkannya sendirian bersama anak-anaknya..
Sekarang mungkinlah masa untuknya cuba membalas semua budi dan kebaikan yang pernah dihulurkan oleh Izuddin sekeluarga meskipun tidak dipinta.
Tetiba sahaja kenangan lalu mengamit memori..
"Kenapa ibu buat Adam macam ni?wajah sunggul Adam jelas kelihatan
"Ibu tak ada niat sayang nak musnahkan hidup Adam,percayalah inilah pilihan yang terbaik untuk Adam dan Sofiea,lagipun siapa lagi nak tolong selamatkan maruah Sofiea,kesian dia Adam.
Ibu merintih pilu.
Sungguh kesian Puan Aini terhadap anak jirannya yang sorang itu,
Terbayang di mata wajah Sofiea yang manis,sopan santun dimatanya saat ini,meskipun dia tidak mengetahui punca sebenar Sofiea ingin membatalkan pernikahannya sendiri,tetapi dia yakin kesalahan itu bukanlah datangnya dari Sofiea,dia sungguh kenal dengan anak manis itu.
***
Suasana suram menyelubungi ruang bilik tidur Adam saat ini,seperti hatinya saat ini.
Diantara kasihkan seorang ibu dan kasihan terhadap seorang yang telah dianggap bapanya dari kecil. Uncle Izzuddin bagaikan bapanya sedari kecil lagi, selepas kematian bapanya semasa umur Adam 5 tahun,abah Din la yang banyak membantu keluarganya meskipun keluarga uncle Izuddin juga serba kekurangan tetapi kasih sayang yang ada pada keluarga itu sudah cukup bagi Adam saat itu.
Kehilangan seorang bapa pada waktu itu, seusia itu bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi disaat Adam yang mulai membesar dan sudah mengenal insan yang bernama bapa.
"Adam nak tahu tak?Kalau Adam asyik nangis macam ni mesti arwah abah Adam sedih dekat "sana". Adam nak ke abah sedih kat syurga nanti,pujuk Izuddin kepada anak kecil yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri
Esakkan terhenti. Air mata yang tadi bergelinang di sapu kasar.
"semua orang cakap abah ada kat syurga, Adam pun nak ikut abah pergi syurga jugak tapi kenapa abah tak balik- balik lagi, adam dah lama tunggu abah ni.
"Adam penat cari abah tapi ibu cakap abah dah tak ada, ujar Adam polos.
Izuddin tersenyum mendengar celoteh dari anak kecil yang tidak mengetahui apa-apa itu.
YOU ARE READING
En Doktor VS Cik Nurse
Random"Kahwinlah Adam,saya izinkan!!!.Dengan sepenuh hati saya.Saya rela bermadu asalkan awak bahagia.Keputusan ditangan awak samaada awak ingin kekalkan saya sebagai isteri awak atau sebaliknya,saya redha!!-AISHA SOFIEA "Saya sudahpun memikul tanggungjaw...