" Kau kelam kabut nak pergi mana ni ? " Erin merangkap officemate Maheen bertanya apabila kelihatan Maheen sibuk mengemas mejanya yang bersepah dengan kadar yang cepat .
Maheen memandang Erin sekejap sebelum menyambung berkemas . Erin hanya menggeleng kepala melihat Maheen . " Aku terlupa yang harini aku sepatutnya kena jemput along aku dekat airport . Itu yang kelam kabut ni " Maheen menjawab sambil tangannya ligat mengemas apa yang perlu .
'Kesian pulak aku tengok Si Maheen ni' detik hati Erin . " Kau nak aku tolong tak ? " Erin bertanya ingin menghulurkan bantuan .
"Takpelah , dah siap ni . Aku pergi dulu tau . Bye Erin " Maheen berjalan laju sambil melambaikan tangannya ke arah Erin . Erin tergelak kecil melihat gelagat rakannya itu . 'Maheen , Maheen'
***
" Along Malik ! " Maheen memanggil abang sulungnya , Malik sambil melambai tangan ke arah lelaki itu . Malik yang terasa dirinya dipanggil berpaling dan tersenyum apabila adik ternampak adik kesayangannya . Dia segera menghampiri Maheen .
Maheen segera menyalami tangan abang sulungnya itu . Mereka berpelukan melepaskan rindu .
Pelukan dilepaskan . " Dah lama Yeen tunggu ? " Malik memulakan bicara . 'Yeen' panggilan manja yang hanya dipanggil oleh keluarganya sahaja . For you guys information , Maheen ni ada dua orang abang . Yang seorang lagi tu namanya Muhaimin . Dia panggil abangnya yang itu 'angah' . And dia anak bongsu ! Umi dengan walid tinggal dekat Johor . Dia dengan angah tinggal sama-sama di Kuala Lumpur . Along pulak tinggal dekat Sabah . Okay back to the story ,
"Takdelah lama sangat , Yeen pun baru sampai"jawab Maheen . Dia tersenyum kecil . "Angah tak datang ke? Sampai hati" Malik memuncungkan mulut tanda merajuk sambil membuat muka sedih . Maheen yang melihatnya gelak geli hati . Maheen menampar manja lengan alongnya .
"Buruklah buat muka macam tu . Angah tak dapat datang sebab dia ada meeting la Along" Maheen menerangkan perkara sebenar .
"Yelah , along saja je . Ha Yeen , ni tolong bawak" Beg sandangnya disangkut pada bahu Maheen . Beg bagasi pula dibiarkan disitu . Malik berjalan menonong meninggalkan Maheen .
" Along ! " Maheen menjerit memanggil abangnya manakala Malik sudah tergelak besar . 'Ish , nasib sayang' rungut Maheen dalam hati . Dia segera menyandang beg dan menarik bagasi lalu berlari ke arah alongnya yang sudah jauh kehadapan sambil mulutnya menjerit memanggil Malik .
Nasibnya malang apabila dia terlanggar seorang lelaki .Tubuh Maheen melayang jatuh . "Auch" Maheen mengaduh kesakitan sambil memegang pinggang dan kakinya yang mungkin terseliuh .
Someone's POV
'Ish sapa pulak langgar aku ni' rungutnya dalam hati . Dia memandang gadis yang sedang kesakitan itu sebelum berlalu pergi
End of POV
'Eh senyap pulak si Maheen ni ' Malik berpaling ke belakang tetapi kelibat adiknya tidak kelihatan . Dia segera mencari adiknya . Yelah , bimbang juga . Sekarang ni kes culik banyak . Tak kira tempat .
Hampir lima minit mencari , dia ternampak adiknya yang tengah duduk dia atas lantai sambil memegang kaki . Hatinya sudah berasa tidak sedap . 'Menyesal dia tinggalkan adiknya' kesal Malik dalam hati .
Maheen's POV
" Ish , dah langgar orang bukannya nak tolong . Harap muka je handsome " Maheen merungut apabila orang yang melanggarnya tadi hanya membiarkan dia yang jatuh itu . Dia mengeluh . Macam mana dia nak bangun . 'Mana along ni ? Along ... sakit ' rintih Maheen dalam hati . Air matanya keluar sedikit . Manja . Itulah Maheen .
End of POV
"Adik ! " Malik segera mendapatkan adiknya yang kelihatan sakit itu .
"Along ... sakit" Maheen mengadu kepada abangnya sambil menangis . Malik membantu adiknya bangun . Dia segera menyandang begnya .
" Kenapa ni ? " Malik bertanya kepada Maheen sambil memapah Maheen dan menarik bagasinya . Terbit rasa bersalah dalam dirinya . 'Salah aku jugak . Kalaulah aku tak tinggal Yeen tadi' .
"Ada orang langgar Yeen tadi . Lepastu dia pergi macam tu je " Maheen menerangkan apa yang telah berlaku . Tangisannya sudah berhenti .
Malik yang mendengar sudah panas hati . Yela , dah lah langgar orang . Lepastu tak reti nak tolong . Kalau tak cedera takpe jugak . Ni sampai kaki adiknya terseliuh . Sesampai sahaja di kereta , Malik meminta kunci daripada adiknya . Segera dia membantu adiknya masuk dalam kereta dan meletakkan beg beg nya di dalam bonet . Dia memandu kereta adiknya pulang ke kondominium yang disewa Muhaimin dan Maheen .
***
Kelihatan seorang lelaki sedang duduk di kerusi sambil menunggu seseorang .' Mampus aku , mesti dia dah lama tunggu ' Arrian berkata dalam hati . Dia segers mempercepatkan langkah ke arah adiknya .
" Bro ! " Arrian menepuk bahu adiknya Andra , yang kelihatan ralit memerhati orang ramai . Andra segera berpaling .
" Weh kau gi mana bang ? Lama kut aku tunggu " Andra membuat muka tidak puas hatinya manakala Arrian hanya tersengih macam kerang busuk !
" Abang terlupa kena jemput kau harini , lepastu tadi abang terlanggar orang " Arrian menerangkan sebab kelewatannya . Dia meminta maaf kepada Andra .
Andra hanya buat muka menyampah . " habistu kau tolong tak ? Lelaki ke perempuan? " Andra mula bertanya .
"Perempuan . Aku tak tolong pun sebab aku nak cepat . " Arrian berkata sambil membuat muka tidak bersalah . Andra yang mendengarnya sudah naik angin . Dia menjentik telinga abangnya itu .
"Bongok , asal kau tak tolong ? Kalau dia cedera macam mana ? " Andra bertanya dengan nada keras . Arrian menjeling ke arahnya sambil meggosok telinganya yang kemerahan . Boleh tahan kuat jugak si Andra ni jentik !
" Lantak lah , buat apa aku nak kesah " Arrian berkata sambil berjalan laju ke arah keretanya . Andra mendengus kegeraman .
" Aku ingatkan dah lama tak balik Malaysia , perangai kau berubah . Tapi tak berubah langsung . Masih sama . Tahu la kau anti perempuan . Tapi takpayah la sampai macam tu . Semua perempuan bukan sama " Andra menyindir abangnya . Arrian hanya memekakkan telinga . Sesampai sahaja di kereta , dia segera masuk tanpa membantu Andra memasukkan barang ke dalam bonet kereta . 'Bertuah punya abang' getus Andra dalam hati .
***
" Auch , pelan pelan la along . Sakit " Maheen mengaduh kesakitan sambil menghalang tangan along Malik daripada mengurut kakinya .
" Tahan la . Sikit je ni . Macam mana nak elok kalau macam ni " Malik kembali mengurut kaki Maheen yg kelihatan bengkak itu .
"Assalamualaikum"Muhaimin memberi salam seraya menanggalkan kasutnya . Maheen dan Malik memandang serentak sebelum kedua duanya menjawab salam .
" Dah lama along sampai? Eh , Yeen kenapa ni ? " Tanya Muhaimin . Dia mendekati Maheen dan Malik .
"Along baru je sampai . Ni ada orang langgar dia dekat airport tadi " Malik menjelaskan hal yang telah berlaku . Maheen hanya memerhati tangan alongnya yang sedang mengurut . Dia takut untuk memandang angahnya . Takut dimarahi sebab tak berhati hati .
" Kenapa Yeen tak hati hati . Nasib baik seliuh je tau . Kalau patah ? " Angah nya sudah mula membebel . Muhaimin ni bukannya boleh tengok adik kesayangannya sakit . Dia membebel pun sebab sayang .
" Benda dah jadi la ngah . Lagipun bukan salah Yeen . Ada orang langgar dia tadi . Tapi tak reti nak tolong . Panas jugak aku " Malik membela Maheen sambil meluahkan rasa tidak puas hatinya .
" Kalau aku tahu sapa yang langgar tu , aku cincang dia letak dalam air panas . Berani dia langgar adik aku " Muhaimin membuat muka acah acah garang . Maheen dan Malik tergelak dengan telatahnya .
" Takpelah , angah naik mandi dulu . Harini adik tak payah masak . Along masak eh . Hehehe " Angah segera naik ke biliknya . Sebelum itu , dia sempat berpesan supaya Maheen pergi ke klinik .