Ramai sungguh tetamu mak hari ini. Takkan mak buat kenduri kesyukuran semperna kepulangan aku kot? Gila gempak! Serupa nak perli aku yang jarang balik kampung aje.
Tapi, tak ada pula mak cakap nak buat apa-apa hari ini. Kalau tak, kompom mak dah turunkan 1001 pesanan untuk aku.
"Banyak betul kereta kat rumah Cu Yah. Ada orang masuk meminang kau kot, Najla?" kata Farhan, sepupuku yang duduk di tempat pemandu seraya melepaskan tawa kecil di hujungnya.
Terus aku jeling dia. Mamat ni, kalau tak kena gaya, mahu arwah di dalam kereta ini sekejap lagi. Bab meminang jangan buat main. Sensitif tahu tak?
"Kau jangan nak mengarutlah, Paan! Adalah tu keluarga jauh datang melawat mak ayah aku," jawabku sekadar hendak menyedapkan hati sendiri.
Mungkin betul ada keluarga jauh datang melawat mak dan abah. Macam aku dengan Farhan juga. Semalam, selesai saja menjawab kertas terakhir, terus aku ajak dia balik kampung. Farhan pun, ibarat mengantuk disorong bantal hotel lima bintanglah, terus bersetuju. Sanggup pula jadi supir aku hari ini.
Maklumlah, masing-masing sudah lama tak balik kampung halaman, kan? Mestilah rasa eksaitod semacam bila dapat balik!
Setelah Farhan mematikan enjin kereta, kami sama-sama melangkah ke rumah mak dan abahku. Tangan entah kenapa rasa sejuk semacam. Macam mana kalau apa yang dikatakan Farhan itu betul? Ada orang masuk meminang aku?
Ah, merepeklah!
Siapalah yang hendak dekat aku ni? Dari zaman sekolah rendah sampailah habis diploma, semua orang tahu yang aku ni spesis gila. Otak masuk air tak keluar balik. Kalau ada yang berkenan juga, tak tahulah aku nak kata apa.
"Assalamualaikum..." Aku beri salam seraya memanjat tangga rumah. Rumah kampung, biasalah. Tangga kat luar rumah.
Ada satu... dua... tiga... Sepuluh pasang mata tertumpu kepada aku saat itu, termasuk mak dan abah. Semua menjawab salamku. Kalau perempuan lain, mungkin mereka akan membalas dengam senyuman manis. Tapi bila dah namanya Nur Najla binti Nordin, terus saja aku tersengih lebar, tayang gigi putih aku macam dalam iklan ubat gigi.
Namun, sengihanku tidak kekal lama apabila mata dilarikan memandang beberapa buah kotak jernih yang diletakkan di atas dulang.
Kalau kata orang datang merisik, memang tidak lain tidak bukan, untuk aku. Kenapa? Sebab aku anak tunggal. Agak tinggi kemungkinan berlakunya kes pembunuhan tanpa belas ihsan kalau mereka datang nak meminang mak aku.
Tapi aku tengok elok saja abah dan mak bersembang dengan mereka. Rancak pulak tu!
Kelip-kelip mata aku pandang kotak itu sebelum memandang mak dan abah. Abah tayang wajah tidak bersalah, manakala mak... Mak sedang tersenyum lebar seperti tipikal villain dalam kartun Disney.
"Kan aku dah kata, ada orang meminang kau!" bisik Farhan di sebelah. Dia pun tidak kurang lebih macam mak. Tersenyum jahat!
Aku? Pengsan!
YOU ARE READING
SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)
Genç KurguBerjumpa, tak pernah. Bertegur sapa apatah lagi. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia dilamar seseorang yang tidak dia kenali. Dan tiba-tiba, dia sah bergelar seorang isteri. Si Pilot yang penuh rahsia. "Najla percayakan abang, aba...