"Sayang" panggil Mikael sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Dilihat kereta Lamborghini kesayangan isterinya sudah berada di dalam garaj tetapi tiada yang menyahut pula.
Mikael melangkah ke dapur. Kosong tiada orang.
Langkah diatur naik ke biliknya.
"Sayang are you there?" soalnya sambil menutup pintu bilik.
"Yes I'm here sorry I'm on the phone just now" ucap Nureen berjalan keluar dari walk-in-closet lalu duduk di atas katil.
"Miss you" ucap Mikael sambil mencium ubun-ubun isterinya lalu melangkah ke walk-in-closet untuk membersihkan dirinya.
Setelah Mikael mengucapkan perkataan ini Nureen hanya mengangguk kerana matanya sibuk memandang ke arah skin telefon pintarnya untuk menyusun kembali jadual-jadualnya yang sudah berterabur.
30 minutes later
"You nak makan apa harini?" soal Nureen.
Sepanjang mereka berkahwin, dia masih belum menghidangkan Mikael dengan air tangannya kerana masing-masing jarang berada di rumah.
"It's up to you. You nak masak apa?" kata Mikael lalu baring di sebelah Nureen yang duduk di atas katil.
"Serious la. Nanti you kena ikut high-protein diet I pula" gelak Nureen.
Kepala Mikael yang baring beralaskan lengannya itu terus terangkat memandang ke arah Nureen.
"Oh sayang you tak perlu diet pun still nampak kurus. And you sekarang tak elok kalau you diet. Kesian baby" kata Mikael.
"Yea I know" balas Nureen.
Dia kembali meneliti jadualnya.
"When is your next check up?" soal Mikael sambil bermain dengan hujung rambut isterinya yang tidak berikat itu.
"Next month. You will company me right?" balas Nureen.
"Of course I will"
"Dah jom turun bawah. Tolong I masak. Bonda kata you reti masak" kata Nureen sambil menarik lengan Mikael.
"Ala I malas la nak tunjuk skill. You la pula tunjuk skill. I teringin nak rasa masakan you"
"Yela I nak masak la ni. Jom la turun" tutur Nureen.
Mereka berdua turun ke dapur. Mikael duduk di atas stool chair di island dapur.
"Sayang I nak tanya" ujar Mikael.
Nureen yang sibuk mengeluarkan bahan masakannya dari dalam peti ais hanya mengangguk.
"You don't use the money that I transfer to you in your bank account?" soal Mikael lembut.
Nureen meletakkan bahan masakannya di tepi singki lalu berpusing menghadap Mikael.
"No I don't use it. I never use it. I know yang you ada masukan duit dalam akaun I tapi I tak pernah guna" jelas Nureen.
"Why?"
"Entah lah maybe I dah biasa cari duit sendiri and guna duit yang I cari tu. I pun tak pernah harapkan duit mama. So I tak nak lah terlalu bergantung dengan orang lain. Jeff do the same. But maybe I will use his money to buy his wedding gift maybe. Who knows" kata Nureen.
Mikael terdiam.
"Dah la I nak masak. You duduk diam-diam" sambung Nureen lalu memulakan tugasnya untuk memasak.
Manakala Mikael akur dengan arahan isterinya lalu memeriksa message yang masuk ke dalam telefon pintarnya.
8:30 P.M
Nureen menghidangkan makanan di atas meja.
Mikael memandang sepinggan spaghetti yang diletakkan di hadapannya.
"Smells good" puji Mikael lalu mencapai sudu dan garfunya.
"Rasa la mesti sedap resepi mama. When I was 18 mama ajar I masak hampir setiap hari sebab mama kata perempuan tak kesah lah besar nanti kerja apa tapi tetap akan end up in the kitchen" kata Nureen.
Mikael memandang anak mata coklat cair isterinya. Dari situ keakraban isterinya dan Puan Sri Wardah itu benar-benar seperti anak dan ibu kandung.
Amat wajarlah jika wanita itu akan menyokong mamanya habis-habisan.
"Sedap kan?" soal Nureen.
Mikael mengangguk bersama senyumannya.
Dia hairan walaupun Nureen ini seorang model tetapi pakejnya cukup sempurna seperti seorang suri rumah. Beruntung pula rasanya mendapat isteri seperti Nureen ini.
11:30 P.M
Selepas makan Mikael terus menuju ke meja kerjanya untuk menyambung menyemak beberapa fail projek.
Nureen selepas meneliti outfit-nya untuk shooting esok, berjalan masuk ke dalam bilik tidur mereka.
"Still a lot of works?" soal Nureen.
Mikael menurunkan pennya.
"Yes you can sleep first" kata Mikael.
Dia sendiri sudah tahu bahawa Nureen bukanlah 'burung hantu'.
"Good night" ucap Nureen lalu menyelimutkan badannya.
"Sleep well dear" balasnya.
Mikael tersenyum kecil dari meja kerjanya.
Terasa sejak akhir-akhir ini Nureen kelihatan sangat comel bukannya elegant jika berada dengannya.
Kadang-kadang terbayang akan Nureen sahaja sudah cukup membuatkannya tersenyum seorang diri. Nasib belum dikatakan gila sahaja.
YOU ARE READING
CHANGED✔
RandomChanged Everything can be changed. Heart? Feeling? Fate? Past life? For 'this person' all that can be changed even if all it was a bit painful. Start:12th June 2017 End:31st July 2018 ⇨Rank⇦ 13/12/17:#51 in random 17/12/17:#37 in random 26/6/18:#30...