Dendam Haelena

2.2K 15 3
                                    

"Jangan! Tolong..jangan!!!"

Aku terjaga dari tidur. Haih, aku mimpi lagi. Mata ku melihat jam di dinding. Terlajak tidur. Telefon ku berbunyi tanda ada panggilan masuk. Mika..

"Mikaaa!!" Aku menyebut namanya separa menjerit. Suara yang serak2 basah tidak diendahkan.

"Tak payah jerit bodoh!" Jerit Mika kembali. Hahaha, marahlah tu.

"Okay2 sorry hahahaha."

"Woi kau kat mana? Lama gila kot aku tunggu kau." Soal Mika di hujung talian.

"Jalan jammed lah Mika. Okay, gotta go. Aku drive ni.." Belum sempat Mika bersuara, aku menutup talian. Bibirku terukir senyuman sinis.

'Biar kau berulat tunggu aku kat cafe tu Mika, memang tak sampailah aku dekat sana.' Aku mengomel sendiri.

Aku bangkit dari baringan lalu menuju ketandas untuk membersihkan diri. Selesai mandi, aku kembali memeriksa telefonku sambil menggosokkan tuala pada rambutku. Mungkin ada pesanan masuk.

Mika
-Kau cepat sikit, aku dah kebulur ni..

AKU
-Kau makan lah dulu..
-aku ada hal..

Aku tersengih. You better eat before...ah nevermind. Aku meletakkan telefon tadi kemudian menuju ke closet baju. Seusai mengenakan baju tshirt hijau yang ada koyakkan kecil di lengan dan seluar ketat putih yang berkesan sedikit hitam pada bontot, aku terus menuju ke tingkat bawah.

Air mineral yang berada di atas meja aku teguk. Jaket kulit paras lutut juga aku sangkutkan pada bahu. Aku berlalu keluar rumah lalu memanaskan enjin kereta. Setelah beberapa minit, aku melucur laju keluar dari kawasan rumah.

[ Villa ê ]

Aku keluar dari perut kereta kemudian masuk ke Villa peninggalan Ayah. Villa ni sudah lama terbiar tanpa pengunjung. Tapi aku selalu datang sini untuk melakukan kerja aku.

Rokok di bakar lalu di sedut, kemudian di hembus perlahan. Aku membuka aplikasi WhatsApp. Kemudian nombor Mika di cari. Jumpa!

Aku
-Mika, kau datang sini cepat!
- (share location)
-Dekat je dengan cafe..

Mika
-Sial kau! Okay tunggu kejap..

Telefon aku letakkan di atas meja bulat. Punggung ku di bawa pada sofa yang menjadi kegemaranku seperti selalu. Rokok kembali di sedut, dan di hembus perlahan. Aku termenung seketika. Kisah pahit 3 tahun lepas masih mekar di mindaku.

Flashback

"Jangan! Tolong..jangan!!"

Jeritanku tidak di endahkan. Mereka masih melakukan hal terkutuk itu terhadap ku. Aku hanya mampu menangis, dan membina harapan agar mereka menghentikan semua ni.

"Ketat siakk..hahaha." Salah seorang lelaki menuturkan kata2 lucah. Aku rasa jijik dengan diri aku. Sesalan menyelubungi diri aku kerana tidak mendengar nasihat Ibu. Ibu maafkan Lena Ibu. Lena tak mampu nak jaga diri Lena.

Aku menangis tanpa melakukan apa2. Mampukah aku untuk melawan 3 orang lelaki yang sedang memperkosaku? Tidak! Ya Allah ampunkan aku.

Setelah hampir 2 jam aku di perkosa, salah seorang lagi lelaki melemparkan wang kertas ke muka ku.

"Thank you so much! Your treasure was perghh..very sweet dear..hahahahaah." Seusai ayat itu di tuturkan aku memandang wajahnya dengan pandangan kosong. Mereka berlalu pergi dari pandangan mata. Aku mengambil baju dan seluar ku semula yang tadi di lempar ke sisi.

Dendam HaelenaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang