three

10 2 0
                                    


Gila tak takut ? Time aku masuk dalam syarikat yang bapak besar tuh , lutut aku dah shaking habis . Yoongi lagi haru , terus tanak masuk . Dia rela tunggu dalam kereta kancil dia yang tak de air cond tu , semata mata tanak interview . Teman aku pon tanak . Hih , bangang jugak dia ni .

Dalam takut-takut tu aku masuk jugak.Aku bukannya apa , aku kesian kat mak . Dia kerja sorang -sorang jadi tukang sapu kat CIMB bank , bayar bil tu , bil ni , makan lagi . Rasa besalah jugak bila biarkan mak yang dah dekat umur 50 tu bekerja . Aku yang muda belia ni duduk goyang kepala dengar lagu je dalam bilik . Harap harap hari ni aku dapat kerja .

"Kak , saya datang nak mintak kerja ."  Aku terus ke kaunter pertanyaan .

"Oh , sekejap ye dik . Akak nak jumpa bos kejap ."
Akak yang lawa tuh menghilang. Keletuk keletak bunyi kasut tumit tinggi dia....

Aku tercangak je kat depan kaunter pertanyaan tu . Macam budak tadika baru masuk kelas pon ada jugak sikit sikit.

"Adik boleh isi borang dan berikan IC , akak nak fotostat . Lepas isi borang , adik tunggu sekejap kat sini ye ."
Manis senyuman akak tuh . Patot lah bos dia letak dia kat meja depan pintu masuk tuh . Memang sesuai .Nampak muka dia terus stim na kerja dengan penuh semangat.

HANDSOME MAN  -KSJ Where stories live. Discover now