BAB 1 : Urban lagend

3.6K 220 37
                                    

Asrama. Siapa yang tidak pernah mendengar tentangnya. Tempat mencari ilmu serta erti kehidupan. Ada juga mengatakan tempat melepaskan tanggungjawab ibubapa - Entahlah.

Bagaimanapun, asrama juga boleh dijadikan suatu tempat yang misteri. Awas! Cerita ini boleh membuatkan tidur malam pembaca menjadi ngeri. Maka, bertabahlah.

* * * *

Hujan yang lebat mula membasahi sekitar kolej sejak tengahari lagi. Angin yang dingin membuatkan tubuh sesiapa sahaja menjadi layu untuk tidur. Ada di antara pelajar yang mengambil peluang ini untuk bersuka ria di dalam hujan dan ada juga suka mengelamun kerana dek bunyian hujan yang tenang. Tapi yang pasti, segelintir dari mereka mengambil peluang ini untuk membasuh baju - bijak!

"Su... taknak join kami ke?" Soal Ain ringkas dengan pakaiannya yang basah kuyup bersama dengan 2 orang lagi temannya di gelanggang.

"Tak kot... nanti demam pulak. Cari nahas je." Suraya memberi alasan ringkas.

"Alah... kalau demam, esok takyahlah gi kelas. Hahaha..."

"Taknak la aku... esok aku nak kena hantar tugasanlah. Nanti kalau demam, tergendala semua benda."

"Taknak takpelah... aku tak paksa pun. Tapi..." Ain membuat muka mengada-ngada secara tiba-tiba. Pertukaran reaksi muka itu membuatkan Suraya kebingungan sebentar.

"Tapi apa pulak ni? Jangan buat muka macam tu boleh tak?" Suraya kehairanan.

"Tapi kau kan dah janji dulu - tak ingat la tu."

"Janji yang mana pulak ni?"

"HAA! Tengok tu... suka lupa tau. Kau kan dah janji nak bercerita malam ni. Dah lupa ke?" Ain malas lagi berteka-teki. Ternyata Suraya sudah pun melupakan perjanjian di antara mereka.

"Cerita? Owh... cerita tu... okey-okey, sory lah otak aku sebuk fikir pasal tugasan yang Sir Zack bagi. Hehe... Sory tau." Suraya hanya memberi senyuman dengan membuat gaya ampun.

"Tulah kau... suka sangat over thinking. Dah malam ni tunaikan jugak janji mu itu." Ain bercekak pingang.

"Ermm... yelah-yelah. Nanti lepas makan malam baru aku ceritakan. Sebelum tu aku nak siapkan dulu tugasan Sir Zack tu. Esok nak kena hantar dah."

"Aku okey ja... selagi kau tunaikan janji kau, aku takde masalah." Suraya tersengih kecil mendengar luahan Ain.

Dia sebenarnya kurang pasti untuk bercerita tentang kisah yang dijanjikan itu kerana agak lupa dengan perjalanan ceritanya.

Walaubagaimana sekali pun, Suraya akan cuba yang terbaik kerana bercerita adalah bakatnya sejak dari sekolah rendah lagi, fikir Suraya di dalam hati - Hmm.

* * *

"Pernah tak korang semua dengar kisah-kisah urban legend? Mesti pernah kan. Maka... Hari ni - aku akan tunaikan janji untuk bercerita tentang satu kisah yang boleh dikatakan legenda jugak. Cerita ini pernah berlaku dan berkaitan di blok asrama lama kita. Hehehe." Tatapan Suraya menjadi serius seperti seorang penglipur lara yang profesional. Otaknya terus memproses ayat-ayat yang terbaik untuk diceritakan.

Suasana malam itu sepi. Kadangkala dapat juga mendengar cengkerik berbunyi tetapi perlahan. Manakala angin yang bertiup lembut mula menembusi ruang-ruangan cermin tingkap yang terbuka kecil.

Malam itu sungguh sejuk taktala hujan di petang hari tadi. Di satu sudut pula, terlihat sekumpulan remaja perempuan sedang melepak di sekitar katil Suraya dan juga Lin.

Di dalam bilik tu hanya menempatkan empat orang pelajar sahaja iaitu Suraya, Lin, Syikin dan Ain. Bilik itu pula tidaklah besar dan tidak juga kecil. Ianya hanya cukup dengan perkataan selesa.

"Hang biaq betoi Su... Malam-malam cam gini nak chite bende gini. Aku seram ooo..." Lin mula menarik selimut di hujung katil dan terus menyelubung dirinya seperti hantu bungkus atau lebih tepat, hantu pocong.

"Yeke ni? Mana ang tau citer tu? Entah-entah dongeng je pun." Syikin pula mula bersuara. Dia tidak pernah mempercayai dengan cerita pelik yang pernah diceritakan oleh Suraya. Apatah lagi cerita tahyul seperti malam ini juga - walau apa pun dia suka mendengar.

"Aku tau la... Dulu makcik aku pernah cerita dekat aku. Dia pun sebenarnya bekas kolej ni dulu." Suraya menjawab selamba. Tak sedikit pun menunjukkan rasa takut atau seram dengan kisah urban tu atau mungkin Suraya juga tidak percayakan tahyul.

Baginya kisah-kisah seperti ni hanya sedap untuk mengisi masa bosan dan diceritakan, barangkali.

"Citer la cepat Su, aku nak dengar. Diorang taknak dengar - lantaklah, yang penting aku boleh dengar cerita kau. Best tau kisah urban macam ni. Lagi-lagi macam buku novel Fixi yang aku baca, bapak seram doh." Suraya mula bersemangat apabila Ain mula memberi galakkan padu kepadanya untuk teruskan bercerita.

Suraya menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan sambil memikirkan ayat bagus untuk permulaan cerita urban tu.

"Okey-okey... aku nak mulakan sekarang. Kepada sesiapa yang nak mendengar - silakan dengar dan sesiapa yang taknak - boleh lah dipersilakan tidur di tempat masing-masing, okey?"


Bersambung...

Sneakpeek:
Bagaimanakah perjalanan cerita yang akan diceritakan oleh Suraya? Adakah anda dapat mentafsir nya? Mungkin ya, dan mungkin juga tidak...

Nota Author

Sangat terima kasih kepada pembaca yang sudi untuk membaca novel ini. Harap anda semua boleh share and vote supaya ramai lagi boleh membaca cerita-cerita menarik ini. Tq. Guys!

P/s: komen-komen la ye, boleh kita berinteraksi.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now