Keadaan bilik masih dalam berkeadaan gelap gelita tatkala lampu yang sudah dipadamkan sejak permulaan pergaulan mereka lagi. Suasana di sekitar asrama tersebut juga turut lengang kerana kebanyakan pelajar-pelajar di kolej itu telah pun melelapkan mata masing-masing.
"Okey-okey... aku nak mulakan sekarang. Kepada sesiapa yang nak mendengar - silakan dengar dan sesiapa yang taknak, boleh lah dipersilakan tidur di tempat masing-masing, okey?" Jelas Suraya.
"Jap-jap!" Ain mula bergegas ke loker dan kembali ke katil Suraya semula. Semua kehairanan dengan tindakan spontan si Ain.
"Dah kenapa kau ni lari lepastu patah balik? Aku baru nak bercerita kau dah kacau." Suraya berkerut muka.
Kisah baru nak bermula, si Ain boleh pulak spoil-kan moodnya. Bertuah punya Ain, fikir Suraya sambil menggeleng kepala.
"Hahaha... sory-sory. Ni... aku bawak bende ni. Kena pasang baru best dalam gelap-gelap macam ni. Lepastu, barulah rasa ada feel kau punya cerita tu." Ain mula menyalakan lilin dan menempatkan di tengah-tengah ruang kosong antara mereka.
Kini mereka berempat hanya bertemankan cahaya dari sebatang lilin yang baru separuh digunakan. Mungkin ini adalah baki lilin yang telah diguna pakai ketika blackout akibat disambar petir dahulu."Okey... ada sesiapa lagi yang nak kacau suasana seram urban ini? Anyone? Nanti kalau ada yang kacau lagi - aku cucuk dengan api lilin ni." Lin dan Syikin menggeleng serentak. Ain pula hanya tersenyum menahan gelak. Dia tahu Suraya sedang memerlinya.
Keadaan mula kembali serius dan Suraya cuba memikirkan kembali kisah urban yang diceritakan oleh makciknya. Suasana di bilik mereka kembali sunyi.Cengkerik yang tadinya aktif juga menyepi. Kipas di syiling pula berputar perlahan-lahan dengan bunyian tuanya.
"Diceritakan kisah misteri empat orang pelajar perempuan yang hilang tanpa diketahui punca asal kehilangan mereka... " Suraya memulakan kata.
"Uih... dahsyat sangat citer ni. Hang biaq betoi? Kisah benar ke?" Syikin mencelah tiba-tiba. Kepercayaannya pada bende karut mula terisi sedikit.
Suraya pula mengecilkan mata sambil membuat kerutan serius di mukanya akibat celahan Syikin itu. Kesabarannya tercabar, barangkali.
"Owh, Sory-sory. Hehehe... silakan bersambung cik penglipur lara." Syikin memujuk dengan gayanya yang gedik. Suraya pula hanya memandang dengan pandangan mata yang tajam. Mungkin dia sudah malas untuk menegur. Cukuplah dengan gaya serius sudah memadai.
Suraya hanya perlu fokus dengan ceritanya. "Kisah ini terjadi pada tahun 2000. Dahulunya... tempat ini bukanlah seperti sekarang. Hutannya lebih tebal dan tanah pula masih merah kekuningan. So... nak dijadikan cerita, ada satu bilik asrama ini; biliknya sungguh misteri. Tak ada seorang pun yang berani menetap di dalam bilik itu kerana dipercayai telah dihuni oleh sesuatu yang sukar ditafsirkan oleh sesiapa saja. Oleh itu, penghuni-penghuni terdahulu mempercayai ianya dihuni oleh roh 4 orang pelajar yang hilang sebelum mereka menetap di situ."
Ain mendengar dengan begitu teliti sekali. Baginya ini adalah satu cerita yang menarik dan lebih seronok dari menonton cerita di panggung wayang.
Antara kisah ini benar atau sekadar hiburan, diletaknya ke tepi dahulu kerana itu boleh difikirkan kemudian. Apa yang penting, input cerita ini dapat memikat hatinya untuk didengari.
Syikin mula meniarap dan menongkat dagu di katil Lin. Dia juga turut menjadi pendengar yang setia selepas ter-spoil-kan suasana Suraya tadi. Lin pula hanya kelihatan mukanya saja di sebelah Syikin. Selimut yang diambilnya tadi sememangnya telah membaluti keseluruhan tubuh kecil milik Lin itu. Jelas sekali dia memang seorang yang penakut.
Suraya menyambung cerita lagi. "Makcik aku kata, dulu sebelum kolej kita ni menjadi moden - ada sebuah blok yang berhantu disebabkan benda-benda misteri ini. Blok itu sudah pun menjadi dewan sehingga sekarang. Sebelumnya, blok itu dulunya adalah tempat tinggal pelajar asrama pada tahun tersebut. Kalau tak silap aku... Blok A - ditingkat 3, bilik nombor 5 rasanya. Dan pada zaman tu jugak, orang yang tinggal di bilik itu akan selalu kena kacau sehinggalah pihak sekolah terpaksa tutup kerana melibatkan ramai budak perempuan yang menghuni di situ terkena histeria yang melampau. Setelah lama terbiar, pihak kolej bercadang untuk membuat blok baharu untuk pelajar asrama perempuan. Blok yang berhantu itu pula terus dijadikan dewan sehinggalah sekarang."
"Eh? Tu maknanya dewan kita tulah kan? Owh... dulu asrama ke? Seram sejuk dah aku ni Su..." Ain menggosok-gosok lengannya akibat bulu roma yang mula meremang lurus.
"Haah, aku rasalah... dewan kita yang sekarang ni kot. Sebabnya blok dia pun masih nama Blok A. Cuma... tingkat 3 yanng diceritakan tu... sudah pun dijadikan dewan yang panjang. Tingkat-tingkat yang lain pulak telah diubah suai untuk aktiviti kelab." Lin mula bersuara tetapi perlahan - alahai comel.
"Pastu... apa jadi?" Syikin jelas tidak sabar dan mula tertarik dengan cerita urban ini. Suraya pula menarik nafas dalam-dalam sekali lagi dan bersedia menyambung ceritanya.
"Diceritakan lagi, kasut yang berada di atas bumbung kolah yang tempat kita mandi tu juga ada kaitannya dengan cerita misteri ini." Suraya memandang sekeliling. Setiap muka rakannya dia perhatikan betul-betul.Bersambung...
Sneakpeak:
Haaa... Dah kenapa Suraya tengok muka kawan dia macam tu? Kena rasuk ke? Atau ada misteri yang terungkap? Jangan lupa baca lagi bab akan datang YE... Like, vote and share ye. Cayalah!
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...